Saturday, May 18, 2013

Jangan Hakimi Orang Lain

Manusia sering rasa sedih, cemburu dan tak puas hati bila orang lain lebih dari mereka. Itu hakikat tapi kita kurang rasa bersyukur bila kita lebih dari orang lain. Ini merupakan sikap manusia. Tamak... Kenapa begitu sebab itu dalam agama menyuruh kita bersyukur dan bersuaha untuk mencapai lebih baik.

Sejak akhir-akhir ini, banyak yang berlaku, aku sedar aku kurang rasa bersyukur dan banyak mengeluh mungkin tak penah hadapi dugaan seberat ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, bila kita redha 100% baru kita akan jumpa jalannya. Selagi kita tak redha tiada penyelesaian yang kita akan jumpa. Macam manusia lain aku pun punyai sikap kurang bersyukur yang perlu dikikis. Sedikit demi sedikit aku cuba kikis rasa cemburu pada orang lain dan mula nak jadikan hidupku lebih baik....

Aku tak berhak hakimi orang lain sebab aku tak tahu dugaan yang dihadapi oleh mereka oleh itu aku perlu bersyukur untuk mereka dan mendoakan yang terbaik. Rasa cemburu perlu diselitkan jauh-jauh untuk elakkan supaya elemen tak baik meyelubungi diri aku...

Ada orang punya rumah besar tapi kita tak tahu bagaimana mereka bekerja kuat untuk memperolehinya. Maklulah rumah besar belanjanya besar, ansurannya besar, bil juga besar jadi usaha perlu berlipat kali ganda. Kadang kala mereka mengeluh sebab tak punyai masa dengan anak-anak, pasangan dan keluarga. Kadang-kala mereka sedih sebab tak dapat pulang ke kampung kerana urusan kerja. Lebih menyedihkan baru-baru ini orang yang aku kenali terpaksa menjual rumah besarnya setelah masalah keluarga menjadi isu besar dan hubungan suami isteri tak dapat diselamatkan lagi. Semoga Allah memberikan hidayah kepada pasangan tersebut. Aku yakin masih ada sinar dengan segala yang telah berlaku.

Ada orang punyai kereta mahal tapi kita tak tahu bagaimana peritnya bila kereta mereka dicalar. Menjadi takut kemana-mana kerana mungkin tak menjamin keselamatan. Kadang-kala berfikir 1000x untuk menukar tayar akibat kos yang berganda. Mereka mungkin terpaksa menghabiskan masa dirumah akibat memastikan kenderaan mereka tak calar....

Ada orang punyai masa dengan tak bekerja tapi ramai tak tahu bagaimana mereka sentiasa memastikan rumah sentiasa berkilat. Menjadi tempat mengadu anak-anak dan sumai ketika pulang. Kaum ibu yang tinggal dirumah hakikatnya lebih letih daripada mereka yang berkerja kerana kerja dirumah tak mengenal waktu rehat. Sering menjadi tempat untuk membantu itu dan ini dengan alasan tidak bekerja

Ada orang anak kepada hartawan dan punyai banyak harta tapi tekanan mereka lebih hebat kerana merasakan bahawa dengan wang segala-galanya boleh dilakukan. Dalam minda mereka segala-galanya boleh dibeli. Malangnya kurang perhatian menyebabkan mereka terpesong jauh daripada ajaran agama...

Allah Maha Kaya...

Jadi kalau rumah tak besar mungkin kita dapat masa yang banyak dengan keluarga dan anak-anak. Kalau ditanya pada mereka yang punyai rumah besar inilah keinginan mereka impikan. Masa bersama keluarga dan anak-anak dan tidak terbeban dengan kerja dan komitmen lain.

Kiranya tak punya kereta mahal tapi punya kenderaan... cuba bayangkan orang orang sentiasa berhempas pulas untuk mendapatkan nikmat menaiki kereta. Walaupun susah tetapi mereka tetap idamkan. Naik motor perlu panas dan berhujan...

Kalau mereka dapat duduk rumah tidak bermakna mereka bekerja dan goyang kaki.

Baru-baru ini aku handle beberapa orang yang beli rumah. Hmm rasa seronok bantu mereka beli rumah, bestnya mereka dapat beli rumah ini tapi malangnya bila mengetahui situasi mereka... Adush.... Sesungguhnya mereka lebih tabah dan dugaan mereka lebih berat daripada apa yang kita jangkakan....

Jadi kita jangan hakimi orang lain Hanya Allah sahaja yang berhak menghakimi mereka