Saturday, June 22, 2013

Gaya Mutu Keunggulan

Hooray... setelah memegang title ibu, dan title hot mama. Beberapa isu mula dibangkitkan oleh orang sekeliling yang baru berkenalan dengan aku. Agak pelik tapi ikutkan saja.

1. Ditegur oleh seorang staff yang sgt muda dan tak memanggil aku akak dengan alasan igt kami sebaya.... Adush.... Senyum juga orang igt saya muda tapi macam rasa kurang senang bila title kakak digugurkan begitu sahaja.

2. Ditanya adakah saya fresh grad, kerana dilihat sgt bersungguh-sungguh melakukan kerja... aik orang dah berpengalaman lagi semangat...

3. Selamba ditegur tak kawin lagi, nasib baik saya perempuan, kalau lelaki sudah pasti jawapan mereka beris1.

So apa tips nak nampak muda dari usia sebenar...

Sejak melahirkan permata sulung Alayna Aisha.... wow kulit sedikit cerah mungkin akibat pengembangan.... Tapi bila kendur kerap mandi susu selama setahun untuk pastikan kulit tak berkedut. Kata En. Hubby nak nampak muda lagi u kena beranak lagi.... Sambil gelak nakal.

Senyum dan senyum sebab bila kita stress tapi kita masam then baru kita tahu kita menjemput banyak kedutan di wajah. Senyum juga membawa banyak rezeki.

Bermain dengan anak dan bergurau seperti budak-budak menjadikan kita lebih muda sebab kita rasa macam budak2. So kalau orang kata kau ni macam budak-budak then jangan marah senyum dan kata ini tips awet muda.

Hahaha inilah tips merapik aku.....


 

Tuesday, June 18, 2013

Tuan Punya Almera.....

Akhirnya Rahsia adikku tentang Almera dah pecah.... Dia memaklumkan kepada kedua ibu bapa tentang new bfnya Nissan Almera. Hmm Mak tak marah tapi senyum ayah jeling2 jer....

Hahahaha kenapa kami agak takut nak tayang kereta baru sebab  bagi kedua orang tua kami duna kan sesuatu sampai dah tak boleh guna baru boleh tukar. Kecuali pakaian... maklumlah anak darez kene jaga saham... Erk... saya dah kawin...Oleh itu selagi iswara aeroback itu masih sihat dan gagah adalah dilarang sama sekali untuk mencari pengganti beliau. Ok setel.... Kemudian, adalah menjadi benchmark lepas beli kereta second, beli asset i.e rumah, malangnya dik saya memilih untuk tak membeli rumah... hehehehhe... beselah budak muda... biarkan dia rasa nikmat berkereta. Prestij memanglah tapi paling best mungkin setahun selepas itu you what it is.... Sudah menjadi kebiasaan biar kereta buruk duit berkepuk.... Hooray... maksudnya kakak saya yang kedua duitnya memang berkepuk.....

Okies now let me share with you something, some people bila mendapat sesuatu yang baru sure akan buat teaser di fb adakah itu nak share atau nak riak. Apa yang pasti niat mereka hanya mereka yang tahu. Baru-baru ini akak aku telefon dan bergossip bahawa bff dah beli kereta baru tapi buat teaser poyo dlm fb... Apa lagi aku cuma ketawa biasalah mereka memang bangga dengan perkara yang biasa bagi kita tapi luar biasa bagi mereka.

Itu bezanya kita dan mereka... So jangan pelik kadang-kadang orang kata kita ni memang high class tapi sebenarnya kita lebih jumud sebab perkara-perkara remeh dan tak penting rasanya tak perlu kongsi dengan semua.... Enuff of that...



Saturday, June 15, 2013

Oh Kasihan Si Isteri Mereka

Semalam aku dengar luahan mengenai keluarga mertua orang yang mepunyai kesemua anak lelaki. Tak ada sorang pun perempuan. Hmmm memandangkan 4 orang dah berkhawin tinggal anak yang ke lima bakal menepum alam perkahwinan... Oleh sebab aku kenal dengan mereka dan agak masak dengan perangai mereka maka situasi kewangan dan mentaliti pasangan tirut dapat aku jelaskan disini...

Anak sulung- Berkahwin dengan pelajar. Menjadi usahawan dan masih struggle untuk memastikan pendapatan bulanan mencukupi untuk menampung anak-anak. Ramai yang anggap dia senang tapi orang yang betul2 kenal tahu bagaimana kuat dan gigihnya dia bekerja. Berhempas pulas kumpul duit nak kahwin dan dapat anak.... 

Anak kedua - Bekerja biasa dan berkahwin dengan orang biasa. Kadang-kala apa yang kita nampak tak seprti yang kita sangka. Seperti yang aku cakap dulu selidik dari mana datangnya duit diperolehi untuk kahwin kerana kemudian hari tak menyusahkan semua orang.... Dang... akhirnya betul jangkaan ku... Pinjaman Wang Berlesen menjadi pilihan. Malangnya apa yang aku nyatakan sebelum ini tak pernah dipedulikan orang, alasan pandai-pandailah dia... Nah sekarang... kita yang kene tgokkan dia...

Anak ketiga - Wah untung dapat pasangan yang berpendapatan tetap. Kerja kakitangan kerajaan. Kasihan perempuan ini, pasti bakal mensubsidi bakal suami dalam bentuk wang hantaran dan majlis perkahwinan. Ramai perempuan khususnya kerja kerajaan bersikap menjadikan isu ini rahsia rumahtangga. Kalau mak bapak mereka tahu pengorbanan kewangan yang mereka beri. Kalau aku katakan senario ini pasti ramai yang menyangkal. Maklumlah perkahwinan kedua pastinya dia lebih bersedia tapi malangnya isteri yang perlu menanggung semua. Setelah berkahwin dan mempunyai anak, makan baru kita tahu masalah sebenar. Kepada isteri, sila jadi lebih tegas dalam pengurusan kewangan. Kepada suami, sila jalankan tanggunjawap kepada isteri. Kini bila susu dah jadi lassi baru orang tahu apa yang bakal mereka perolehi. Hmmm kali aku nak kata... Aku dah nampak tp korang yang tak nampak....

Anak keempat - Juga beruntung dapat isteri kerja kerajaan juga. Dah punya kereta dan punya diploma. Hmm melihat pasangan aku juga turut menyangka kes kahwin subsidi bakal berlaku. Alamat dapat disegerakan pernikahan tapi kesian isteri bakal menanggung hutang. Kini dah punyai anak seorang dan rata-rata semua isu menjadi isu besar.

Kepada semua perempuan, sila ambil ikhtibar. Jangan sebelum kahwin dah manjakan bakal pasangan anda dengan wang bank (berhutang) sebab hal ini menyebabkan pasangan anda kurang menghargai anda sebab mereka tak merasa susah payah untuk mengumpul wang. Dan jangan jadikan alasan tak cukup wang. Palajari dan faham selok belok berniaga yang sebenar untuk membolehkan mereka mendapat wang yang secukupnya. Selain itu bijak mencari peluang dan alternatif dan bersederhana dalam sesebuah majlis adalah lebih baik. Para wanita di luar sana anda perlu jadi lebih bijak..

Tuesday, June 11, 2013

Bau Masam Alayna vs Bau Wangi Baby

Wah anak daraku menjadi pujaan ramai telah mencecah setahun lebih.... alayna anak mama... Waduh... syok plak teringat time pregnant dulu2... Argh... sweet moment... Dengan breastfeed lagi... Sedar tak sedar cepat jer dia merangkak dan cukup umur setahun dah pandai berjalan... Tapi sekarang... rambut dah panjang... Setiap kali cium dia... Adush... tak nikmat macam dulu lagi.... Masam.... lebih kurang bau papa dia time balik keje.... Waseh....

Aritu borak dengan hubby... I rindu nak bau baby.... Wangi.... hilang stress... Dia tanya nak baby baru ker... Senyum dan senyum.... Soalan yang orang sering tanya sebelum dapat Alayna wether aku dan hubby merancang ke tak... Aku balas dengan senyuman... Now memang tak ambil apa-apa atas nasihat hubby to make sure my hormon stabil... Nanti nak balancekan balik susah..... Intan tak lama lagi boleh bagi adik pada Ayuni... wah best... Perancangan Allah lagi cantik kalau dulu dia kerja mungkin sekarang susah nak pindah ikot suami.... Semoga orang nampak cantiknya perancangan Allah.... Seronok dapat baby baru....

Kak ngah plak dah dapat anak no 4 perempuan.... Hooray.... Hana pon sama selang sehari.... Meriah betul dengan cucu Mak Cik tahun ini....

Tapi aku betul2 rindu bau baby yang wangi... . Wah.... nikmatnya hanya Allah yang tahu. Rindu untuk Breastfeed anak sendiri.. Rindu sangat2....Alayna yang semakin lasak kalau berpeluh... wow.... masam.... So kene mandi 3x lepas ni.....

Jadi sekali lagi diutarakan bila perancangan anak ke dua... wow perancangan Allah lagi menarik.... target 3 tahun tapi kalau awal itu rezeki namanya.... Ramai yang beri pendapat setelah mencapai 30an... agak lesu dan energy tak sama macam dulu...Mereka lebih dulu makan garan jadi jgn nafikan hak mereka....

Monday, June 3, 2013

Weekend Yang Penat

Sebab ari Sabtu bestday agung, aku telah bercuti dengan happynya... Sape keje sure dapat double or triple... Syok weh... hahahha... zaman yang aku memang tak dapat rasa kecuali time keje kilang... Sebab kat mesia ni ada undang2 buruh.... so pembahagian kelayakan menigkut kelas... menci...

Then pagi2 sabtu setelah bekfast kat OT dengan hubby dan baby... aku pon pergi ke Apartment tempat kami memadu kasih dulu.... Bukan nak memadu kasih kali ni tapi nak merepair kitchen kabinet dan juga merepair paip air dan juga plak dalam bilik master....

Semua bilik aku dah sewakan... Penyewa baru dah masuk sebab ada tilam kat katil yang aku beli itu...Hoooray setel masalah... Aku dan baby macam biasa mengemas... Erk aku tak kemas baby Alayna yang mengemas... Budak2 ni borak2 ngan aku... Wow teringat zaman anak darez dulu... Pak Uncu pun datang menghantar tong gas untuk mereka... Tak tau le berasap ke tak dapur itu yang penting aku dah jalankan tanggungjawab... 

Paip pon dah repair kan3... Selesai.... request almari pon dah selesai... beli dan claim adalah lebih mudah.... Setelah kerja hubby setel aku masih tunggu En. wireman untuk menyesaikan masalah wiring... Setelah selesai.... baru boleh balik... hmmm there you go my Saturday... Lunch tapau Giant dan akhirnya hubby ke Nilai untuk urusan kdai....

Aku pon apa lagi trus tdo dengan baby Alayna... Dalam setengah jam dikejutkan dengan jari kecil dalam lobang idong... bertuah punya budak... Hasilnya aku selsema sudah.... Malam sabtu pergi melawat mak mertua... Time datang... dah tido plak baby ni... then mak mertua pula suruh aku keluar makan dan biarkan baby tido ... Erk... agak serba salah tapi sebab dia suruh so buat jelah...

Malamnya makan Nasi Lemak Iza.... SambalPetai... sedap le....Lepas balik plak kene pergi ke Salam Specialist dan ambil wang perlindungan dan tgok orang sakit.......


Manakala hari Ahad... setelah bekfast kat Umai Kopitiam, aku pun pergi jenguk Client kat salam...Waduh.... kesian kesian kesian... Lepa setel aku gerak ke Sg Buloh... seronok betul tido dengan baby.... Hubby plak drive jew... Hmmm Akhirnya sampai ke Sungai Buloh... Tgok babies... Tapi dapat tgok 1 baby jew sebab lagi satu dah berpantang kat Melawati....

Malamnya aku ajak Rain Dinner di Sabath... Arabic Restoran... Chicken Grill Marvellous tapi Caramel indah menu dari rupa..... then balik umah along dan menyelesaikan masalah Alayna yang sudah buat kek...`Adush... Sampai Seremban pukul 1pagi.... Walla