Friday, January 27, 2012

Membeli Belah untuk Permata Sulung Kami

Hmm List dah ready so macam mana...


BARANG ASAS KEPERLUAN BAYI

1) Bakul Pakaian Bayi  - 2 toyogo box. Cukup kot.
2) Baju Lengan Panjang - sudah beli
3) Baju Lengan Pendek  - sudah beli
4) Seluar Panjang - sudah beli
5) Seluar Pendek- sudah beli
6) Rompers
7) Barut- sudah beli
8) Bedung
9) Pampers (New Born)- sudah beli
10) Mitten Booties- sudah beli
11) Tuala Kecil - sudah beli
12) Topi Kepala- sudah beli
13) Berus Botol
14) Baby Bip
15) Diaper Bag
16) Alas Getah Bayi- sudah beli
17) Tilam Bayi 
18) Bantal Bayi
19) Selimut /selimut bertopi- sudah beli
20) Kelambu


Hmmm almost sumer dah beli..... hoorayy disitulah bonus kami habis.... Mahal juga barang baby yer.... 8 item lagi....


BARANG MANDIAN BAYI

1) Bakul Barang Mandian
2) Baby Bath- sudah beli
3) Baby Shampoo- sudah beli
4) Baby Powder- sudah beli
5) Baby Wipes- sudah beli
6) Kapas Kecil 
7) Tab Mandian Bayi


Hmm tinggal 3 barang lagi yerk.


HEALTH CARE

1) Bakul Barangan Grooming &Health Care
2) Minyak Yuyi Cap Limau
3) Vicks
4) Gunting Kecil
5) Pemotong Kuku
6) Baby Lotion
7) Baby Oil
8) Krim Lampin
9) Sikat / Berus Rambut
10) Cotton Bud 
Nampaknya belum siap shopping list kami untuk part yang nie...

Thursday, January 26, 2012

Islam Tak Suruh Umat Kaya

Aku agak tergelak bila baca post nie. Tapi jawapan dari blog pak di memang patut ditapau macam tue... thanks bro for the bright ideas....

Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.




#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai

Wednesday, January 11, 2012

Kalau aku tahu lebih Awal

Hmm cek dan balance kewangan dah pun dibuat. Dengan selamba aku tanya hubby apa yang dia nak buat dengan duit dia. Sbb kita kene buat perancangan perbelanjaan yang betul. Aku tunjukkan jumlah yang dia boleh belanja. Hmmm senyum panjang nampaknya kekanda yerk.....

Jawapannya mudah - habis ke girilfriend dia aka kereta kesayangan... Biasalah lelaki akan panggil kereta girlfriend, kalau tak percaya cuba bawak kereta kepunyaan mereka... omg kene macam2.... Seat, tinted, radio, speaker.... Wah... meriah betul. Tapi tak aper itu hasil usaha keras dia so kita kene sokong sbb nanti nak bawak saya jalan2 guna kereta dia juga. Hujung minggu lepas semua telah siap. Dan hasilnya memang puas hati.

Hmm semalam ke pejabat ASNB. Wah ramai sungguh keluarkan duit dan update dividen dan bonus. Meriah. Aku pulak cuma keluarkan duit untuk bayar duit mak, tukar alamat untuk statement, buat buku baru ASW yang dah hilang (walaupun jumlah dalam dah kosong tapi sijil ada 1k dari EPF), buat AS1M untuk EPF dan masukkan duit. Wah... makan masa betul semua perancangan. Setelah selesai semuanya aku pergi ke PBB untuk ambil EPF statement. Dan hasilnya duit EPF akan bergerak ke AS1M. Terima kasih untuk penerangan.

Personally aku tak guna EPF aku untuk unit trust public mutual sbb tak nampak hasilnya. So aku cuma guna untuk ASW 2020 dan AS1M. Jadi lebih selamat dan terjamin. Tapi jumlah yang tinggal kene cukup sbb ada formula yang sesuai kene follow bukan boleh kuar suka2 hati.

Kalau aku sedar peranan menyimpan ni dari awal nescaya aku akan lebih berdisiplin. Tapi sbb suka ikutkan nafsu aku simpan dan kuarkan duit untuk berjoli. Apapun aku bersyukur sbb aku sedar awal dan aku bersyukur sbb aku belum terlambat.

Misi aku lepas ni nak menyimpan untuk pergi haji. ayuh penuhkan tabung haji saya.

Saturday, January 7, 2012

Bonus 2012

Hmm bulan ni gaji aku diawalkan oleh staf2 berjoli sempena raya cina. aku dengan tak berhemah telah menghabiskan gaji hujung bulan lepas dengan membeli barang dan berbelanja mengikut suka hati aku dan laki aku tanpa memikirkan apa kan berlaku. Tapi dengan berkat dan kudrat awal bulan satu aku boleh kuar duit bonus ASB untuk top up semua perbelanjaan yang short.

Dengan tak berhemah lagi aku tak mau mengeluarkan duit untuk menggantikan short sbb aku sronok tgok duit berkepuk dalam buku bang yang dari dua angka bertukar menjadi 5 angka. Tapi aku terpaksa kuarkan juga skang dah jadi 5 angka balik. Pergh... Skang aku dengan bajet bagus tunggu bonus 15hb nie. Banyak ke? sikit ke? mak dah tanya? boleh ke nak sembelih kambing ni? alah sembelih kambing bapak je pun kene bayar ke.... hehhhehee.

So apa perancangan aku untuk memastikan bonus aku marvelles walaupun aku dah dinilai tahun lepas? Ini agenda aku buat untuk meningkatkan motivasi walaupun bonus tahun nie aku tak tentu boleh guna untuk beli rumah baru lagi. Down payment pon okay jelah.....

1. Simpan segala duit yang ada - huhuhu.... time tak ada duit nak simpan duit bila banyak duit sila banyak sedekah...
2. Buat part time - hubby aku nampaknya sedang berusaha keras dan hasilnya dah berbuah....
3. Naikkan sewa ruma - tak relevan sbb agreement tak expired lagi
4. Kutip hutang - hmm aku je banyak hutang saper ajer ader hutang ngan aku... oh lupa...
5. Solat Dhuha dan Baca surah Al-Waqiah - Hmm aku rasa amalan ini kurang sbb kengkadang solat lima waktu pun aku ader ponteng.
6. Rajin mengelim - pergh... ini benda yang den maleh nie....
7. Makan sandwich time makan malam sbb hubby aku on diet - hmmm badan dia kalau mengurus sebenarnya lagi banyak duit pakai sbb dia nak tv led baru dan pakai luar dan dalam baru.....
8. Bersyukur dengan apa yang ada...
Apa kata aku buat macam bese... berlagak amcam orang bese yang kelihatan tak ada duit dan biarkan orang pandang sebelah mata so rasa tak apa2 pon.... biarlah kete lama, baju recycle, kabinet monier, tepon pinjam, kasut lama dan tak payah gantikan yang baru mesti marvelles jerk....

Wednesday, January 4, 2012

PTPTN - Potong Gajiku

Hmm dulu orang belaja kita belaja. Memang mahal yuran pengajian. Selaku mempunyai adik beradik ramai, aku pun amiklah loan ni. Masa tue suka2 je bila dapat duit beli itu ini dan tak lupa adalah simpan sikit2. Macam bese, jumlah disimpan memang kurang dari jumlah dibelanjakan.

Bila dah habis belajar, aku terus dapat keje. Tak konvo lagi dah keje. Ramai gak kengkawan yang macam gitu dengan gaji degree boleh kata survivelah nak duduk kat kl tapi aku tak bayar pun sbb misi utama nak beli kete. Dah tiga bulan keje aku setat bayar. Then ikut suka, time aku rasa nak bayar, aku bayar lebihkan menjoli sana sini. At last rete tak ader hutang yang bertambah.

Gamaknya ramai kengkawan yang macam aku. Tapi bagusnya aku in total aku dah bayar almost 3k walaupun dah 5 tahun. Padan muka kos pentadbiran je yang susut. Orang lain, tahlah, adik beradik aku pon liat. Setelah ujrah diperkenalkan, aku firm nak suruh potong gaji aku terus. Target aku dalam 250 sebulan. Tapi kalau niat kita baik dan usaha memang allah akan juruskan jalan. Lulus dan dapat RM 162 je sebulan.

Sejak Mac 2011 sampai Dec 2011 dia tak ptong gaji aku. Time bonus aku bayar RM 800 tok PTPTN/ I lep u gomen. Btul gak kalau dah berhutang sila jelaskan. Kang berasap kubur. Tahun 2012 Jan, aku dapat surat menyatakan yang gaji aku akan dipotong. TQ HR sbb sudi potong gaji aku bulan nie. Seb bek ada bonos so tak rugi sangat. So apa strategi untuk setelkan hutang 21k ni. Pergh... utang kedua tertinggi selepas rumah kos rendah aku... Wakakaka...

Ramai yang tak suka potong gaji sbb:-
1. Gaji terus kene potong. Duit rokok, kasut dll kene cut.
2. Tak bleh bayar suka hati (terikat)
3. Malas nak berdisiplin untuk bayar
4. Proses leceh - yelah mau makan almost setahun jugak.
5. Kompeni malas nak buat - seb bek company aku rajin.
6. Keje sendiri.
7. Tak kerja.
8. Memang tak nak bayar.

Tapi bila aku fikir balik, masa mula2 aku keje dulu aku tak pernah bayar zakat walaupun itulah rukun islam. Tak pernah amik tahu langsung layak ke tak. Bila dah duduk n9 nie, kempen kesedaran berzakat aku buat potongan gaji sbb aku nak pastikan gaji yang dapat tue telah disucikan. Baru aku nampak perbezaannya.

So bila dah mula kene potong gaji, aku pun mula sedar tanggunjawab aku. Mak pesan, bayar kat semua anak2 dia. Tapi kalau dulu aku bayar sebulan seratus pun mungkin akan cepat susut hutang aku. but then tak pelah, aku kene bersyukur sbb sedar time tak lambat.

So apa yang patut PTPTN buat untuk menambah baik sistem pungutan ni.

1. Wajib bayar - Memang kat msia tak strict macam negara lain. Kalau betul tak keje, kene bagi alternatif untuk tak keje.

2. Orang gomen wajib potong gaji dulu -  tak kiralah kontrak ke, atau tetap ke atau sandaran ke atau sementara ke. Gaji seribu potong seratus kira okay. Potong at least 10% dari gaji. Kalau tak setuju bagitau yang akan mengakibatkan jawatan diberi kepada orang lain. Tapi potong gaji terus. Lepas tue buat untuk GLC, SEMI GOV dan lain2.

3. Wajibkan 5-10% bila mula bekerja. Boleh cek dengan EPF. Jadikan majikan sebagai ceti anda. Macam majikan ptong EPF lah. Bagi incentive kat majikan, kalau buat nie dan dapat colect berapa, dalam setahun akan dapat pelepasan cukai walaupun sket.

4. Freebies atau premium gift kepada pembayar PTPTN. Bangga sey.... bagi bagde ke aper ke...

Tu jelah yang aku terfikir.

Tuesday, January 3, 2012

January 2012 - Like and Scare the MOST....



What I love about this year... Of course early of the year you will have all the resolution to achieved and write them down to make sure it will give you a new beginning...

What I like the most is...

1. Its my birthday at the end of the month. Never failed to get a cake... I am the luckiest person so far. Thank God for all the Bless...

2. Bonus time - for the pass wonderful here work in this company I never failed to get my bonus eventhough it was little. I am very grateful for the joy. However when this time arrived you will forget the stress that have come all the years....

3. Dividen time - ASB dividen. Not much compare to my mum, however sufficient for me to have a large smile on my face...

4. Less job - time sto start all over again.... no more outstanding works from the previous year... Its a fresh start...

5. Increment - never failed to get them. Thank again to The Almighty for all the bless and joyful for all those years...

6. Forgive and forget - Eventhough Raya time is longer but you might never know when someone will left you and when you will left them... Forgive and forget their mistake and forgoes all the hatred that you have... Then can rest in peace if you die first or you can allow others to rest in peace without hesitation....

7. Clear old debt - Back to square 1, spend what you have thriftly.

What I scare the most....

1. Target to be achieved each with new resolution, individual, company and family - you will put higher expectation on yourselves every year. People also will put their expextation on you.... when you will have a baby, when you will buy new house, when you will find new job, when you will go vacation and the question continue.... The question will only stop after you go to the other world perhaps.

2. PTPTN -  start to deduct my salary after I persistenly asked them to do so. Why I hate, hmmm there ist goes my increment this year...

3. New exspenses - Baby sitter, baby stuff and baby wonderful thing. Always believed the more you give the more you get...

4. Stress - New income, new born and new thing will lead to new stress.... Stress because scare of getting stress... Hohohoho

5. Raya - Again not celebrating with my family because of rotation, how I wish melaka is just milestone away... 1st day would not be the same like the second day... for sure I will cry while calling my beloved mum than she will confort me...

Love and scare.... When you all in love and when you fall and scare....

Orang Belajar Tak Habis Tapi Pandai Menghasut

Hmmm skang kecoh kes demo sana sini. Naik muak pun ada. Maklumlah 9 Januari dah dekat. So kene buat diversi. aku tak paham pesal orang yang belajar tak habis ni suka mengkhasut dan but kecoh. Apa kau dapat. Well memang dulu aku pun blaja. Tapi benda2 yang mendatangkan faedah kepada kita memang kita patut join. Tapi setakat nak jadi penghasut dan batu api wedehel.

So skang bebudak u yang menghabiskan duit cukai yang aku bayar, kalau betul memang minat jadi aktivis, tak boleh ke ko blajar pepandai dulu. Penuhkan ilmu di kepala dan iman di dada. Jangan nak main hentam kromo je. Aku sius bengang. Mana taknya sbb korang syer aku yang mahal2 nih drop. Sengal aku bayar cukai nak bagi kau blajar tahu tak. Ade ke patut ko berdemo dan menghasut.

Kalau kene buang sbb tak fokus siapa yang salah. Diri sendiri lah. Ko ingat blaja kat u macam ko blaja kat skolah ke... I am seriusly PISS OFF with you... Please fokuslah kat study korang. Kalau dah cukup pandai tolong ajar junior2 korang supaya kita sentiasa mengembangkan ilmu....