Friday, February 24, 2012

Hutang Oh Hutang sewa

Tak sudah2 orang mengadu itu tak cukup dan ini tak cukup. Sama jugaklah dengan aku. Macam biasa bila kita ingatkan keperluan diri kita, kita selalu lupa keperluan orang lain. Mungkin sebab itu, Allah akan mengutamakan orang yang mengutamakan keperluan insan lain sebelum dirinya. Tapi hati-hati jangan sampai pijak kepala.

Oklah apa yang terjadi pada diriku.... Diam tak diam dah dekat 2 tahun kakak nik sewa rumah dengan aku. Hmm hasilnya memang positif. Oleh sebab dulu ada masalah anak sakit dan ayah... sepanjang 2 tahun pernah kurang bayar tapi sudah selesai isu tersebut selesai dengan ansuran mudah. December 2011 dia dikurniakan bayi baru. Alhamdulillah anak lelaki pelengkap keluarga. Anak pertama dan kedua perempuan. Hujung bulan, dia bagitau yang tak boleh bayar sewa sbb anaknya sakit kuning. Keluar masuk hospital. Hmmm dengan hati yang cekal aku kata ok tapi bulan depan en. hubby akan kutip. Target sbb bulan Jan akan ada bonus untuk diriku jadi taklah berat sangat berbanding dengan dirinya.

Allah menduga sejauh mana sabar dan tawakal kami. January 2012, sepatutnya dapat dua bulan terus, tapi dikejutkan dengan berita yang suaminya ditipu. Hmmm oleh sebab tak mau panjang cerita aku mintak separuh dahulu... pun tak boleh... hmmm macam mana ni... Aku bertegas sikit tapi tak banyak sebab memikirkan anak kecil tue... Akhirnya dari satu minggu ke satu minggu, dia minta sampai 24 Feb. Adush... aku pun telefon kakak sedara yang sama tempat kerja dengan suaminya. Tanya pasal bonus kilang dia dan macam2 lagi. Katanya gaji 25.. hmmm macam mana nie...

Hari nie 24 hb. Kak Sal dah tepon aku gitau gaji dah masuk so pergi collect sewa segera. Hmmm malam ni dengan cergas akan panjat tangga rumah untuk amik sewa okay. Berapa ratus lah dapat. Tak mungkin 3 bulan terus sbb aku pun rasa mungkin 2 jek... or sebulan setengah. Apapun bila jadi tuan rumah kita tak boleh terlampau berlembut dan terlampau berkeras.

Adakah aku berlembut? Tak juga. Adakah aku berkeras? Pun tidak. Apapun malam nie aku dan suami akan ke rumah sewa untuk kutip sewa. Wahh rasa macam zaman dulu2 plak. Nak buat macam mana, dia memang tak suka masukkan dalam bank. So terpaksa pergi sendiri.... Yang penting dibayar... sebab kalau tak bayar parahlah saya...

P/s: Sila keluarkan resit rasmi yerk untuk pembayaran kali ini.

Thursday, February 23, 2012

Kisah Mengidam Saya-Kue Tiaw

Hmmm dah 28 weeks... Apa yang pelik so far. Portion makan tak le banyak. Sbb bila pregnant perut akan jadi lebih kecik. Tapi keinginan untuk makan memang kuat. Sumer nak diterai... Dari kecik sampai besar aku memang tak makan kue tiaw or char kue tiaw so tak peliklah kalau aku tak tau masak. Kalau mak masak sarapan pagi mesti dia kene buat dua set sarapan sbb anak dia yang sulung dan yang ketiga mesti tak makan. Sentuh pun tak.

Masa zaman universiti, ramai kengkawan usik. Nanti suami kau feveret dia ke tiaw habis lah.... akak dengan konfiden biarlah dia makan tapi nak suruh aku masak.... sori ye bang... order kat kedai tau... Apa nikmatnya kue tiaw ek.... Sampai sekarang bila tgok mesti tekak aku kembang. Walaupun aku tak terai walaupun sesudu.

Aku ingat ada sekali mak mertua aku masak kue tiaw tok sarapan, (time mula2 kahwin duduk dengan mertua) dengan innocent aku cakap aku tak makan. Dia of cos terkejut..Sbb anak dia memang feveret kue tiaw. Tak pe boleh je abang nak makan tapi cuma saya yang tak makan. No hard feeling pon kalau orang nak makan depan aku. Tapi please no hard feeling also if aku tak sentuh langsung tau...

Entah macam mana, secara tiba2 bila masuk 6 bulan... aku bernafsu nak makan kue tiaw. OMG apakah. Adakah baby dalam perut ni yang meminta. Dengan selamba lepak kat JUARA CHAR KUE TIAW dan order kuetiaw special lagik.... aku memang tak tau rasa apa tapi tgok orang makan macam sedap. Sedap ke untuk orang yang tak pernah makan dan kalau makan mesti muntah macam aku nie. Tapi sbb baby mungkin nak rasa aku selamba je dengan Bismillah... Tekak aku rasa takut nak makan sbb kang muntah plak kat kedai tue malu den.... Boleh masuk... satu, dua dan tiga sudu dah masuk. Tapi malang nya bila tinggal suku aku dah tak boleh pergi... Otomatik kuar balik walaupun masih boleh isi lagi perut nie.... Tak pelah at least dapat baby rasa....Yang dah masuk sebelum tue tak muntah plak...

AKu tanya kak long aku.... pergh.... dia pun mengalami simtom yang sama iaitu mengidam kue tiaw ketika mengandung dan allegic balik bila dah bersalin... wakakaka.. so baru ku tahu....

Skang mengidam kue tiaw mak saya... omg... dah lah dulu mak masak tak mo makan....

Wednesday, February 22, 2012

Our Baby Shopping Spree....

Hmmm perut dah makin besar... Barang banyak yang dah beli dan banyak juga yang belum beli. Oops... tunggu hujung bulan ni nak beli tilam, botol susu, warmer, sterilizer dan macam2 lagi....

1. Baju sumer tue rasanya dah cukup tapi nafsu nak beli memang ada.... Meh tgok baju yang mak yong dah beli... So teknik melipat baju adalah menggetahkan setaip set... supaya senang nak amik dan kemas... Kalau mintak tolong En. Hubby amikkan so kira selamat closet. Nak lipat tak yah cerewet sgt... amik suar and baju, then gulung dan getahkan... Agak praktikal cara ini. Ada 17 pasang tak silap.


2. Atas tue blanket dan towel. so tak digetahkan sebab tak bayak baju. 4 helai tuala dan 2 helai blanket je yang kami beli. Cukuplah tue.

3. Barang mandi, pampers, nappy liner - Sengaja beli yang dalam beg senang nak bawak jalan2. Ada 2 set. Satu untuk kat rumah satu lagi tok jalan2. Pampers beli sikit2 dulu sbb nak tgok kesesuaian baby juga.


4. Mengikut petua orang cina, mula2 baby baru lahir, pakaikan dia denga baju yang baby lain dah pakai untuk kuatkan aura dan semangat. So tak aderlah baru. Nilah dari mami long... Perasan tak. Ada 2-3 helai yang lebih kurang sama dengan yang baru. Walaupun lama thanks yerk... Sebenarnya banyak lagi yang mami long kasi tapi shortlist yang ini sahaja. Ada towel dan blanket yang tak boleh nak amik sbb dah penat berdiri amik gambar2 ni... susun atas katil.


Botol susu belum lagi. Dah pre order brand Avent-bel;i murah jer. So hujung bulan ni baru dapat. Costing beli barang2 ni berapa. Hmm malas nak kira sbb anak sulung memang pakai banyak sket. Tapi toksah le beli yang mahal2... Stok baju amik yang bawah RM 12 sepasang shud be okay. Tilam tgah dijahit. So harap bersabar yerk....

Monday, February 20, 2012

Sikap Positif....

Hmm Sikap yang bagus sebenarnya tetapi kadang2 sikap ni sebenarnya kita cuba menip diri sendiri. Tapi lebih baik kita bersikap begini untuk memberi semangat kepada diri sendiri daripada nak menanagis dan menderita sendirian. Walaupun hakikatnya kita sedih tai dengan bersikap begini skala kesedihan dan kemurungan kita akan lebih berkurangan....

1. Bonus sikit - Fikir positif dengan katakan alah nasib baik ada. Ada orang tak ada langsung... Kalau tgok orang banyak then kita pikir cuba saiko diri dengan kata cuba tgok mereka kerja macam mana... Memang macam nak mati... Hari-hari buat roadshow... mana ada can nak cuti Sabtu dan Ahad... mana ada can nak pergi gathering dan jalan2....Syukurlah bonus aku tahun nie......Aku buat cenggini bila dengar orang punya bonus sembilan dan sepuluh bulan.... Memang cemburu dan rasa sedikit down... tapi kalau competitor should be okay kalau kompeni aku memang aku buat piket....

2. Kereta besar - Hmmm susah nak parkinglah.... Sayang nanti kene calar... dan apa2 yang sewaktu dgnnya....

3. Cuti bersalin 3 bulan - Hmmm mari kita bagunkan negara dan tingkatkan produktiviti... Semua ini untuk masa depan anak kita.... Eceh....

4. Rumah dah habis bayar umur 30 tahun - Wow yang ini kene cakap macam nie... Semoga aku dapat lakukan walaupun mustahil....

5. Naik pangkat - bukan semua orang layak pikul tanggungjawab dan amanah okay... So amanah tue merupakan satu tanggungan sampai mati...

6. Orang kaya - Mesti sedekah dia lebih banyak dari kita so kalau nak kaya sila sedekah dan beramal lebih banyak dari sekarang....

7. Cantik - I will do my level best to look good -then kasi tempoh masa-

Wednesday, February 15, 2012

Whitney Houston.... Hope you rest in peace...

Memang aku terkedu sbb hari Khamis 9 Feb aku tgok OPRAH yang dia telah drug free, walaupun time interview dia dah bercerai dengan Bobby Brown dan come back lagu I Look To You. Masalah dadah yang menjdai kritikal akhirnya selesai. She looks so gorgous and helathy. Dadah suatu yang jgn sesekali dicuba sbb bila dah cuba naya...

Aku membesar dengan lagu dia. "I have Nothing", "I Will Always Love U", "Dance with Somebody" dan lain2 lagi. Dari rambut dia macam rambut aku sampai rambut aku macam rambut dia ..... hahahahha....

Apapun bila berita tue kuar I feel sad sbb dia mati dalam keadaan mengejut dan waktu bekerja bukan disamping keluarga.... Aku berdoa agar orang yang aku sayang kalau Allah nak amwil nyawa ketika orang yang mereka sayang berada disamping mereka bukan ketika bekerja......


http://www.youtube.com/watch?v=o8CGzhb7BJE

Saturday, February 11, 2012

Orang Memang akan Sentiasa Tak Puas Hati.....

Hmmm aku rasa perumpaan ini betul
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI... - semua orang tak suka bila kita jahat. Allah tak suka orang pun tak suka..

Bila jadi baik, ORANG MELUAT... - mesti ramai kata bajetlah, berlakonlah dan memacam lagi tapi jgn jadi penat untuk berbuat baik sbb kalau jadi orang baik memang susah. Kalau senang dah lama orang Yahudi jadi baik..

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM... - cuba kita tegur orang atau ditegur orang mesti jawapannya kau saper, suka hati aku dan bla2... so ubah mentaliti lepas nie bila ditegur. Terima kasih sbb igtkan saya..

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..." - beselah bila kita dengar orang buang anak sana sini, tapi bila kita nampak orang yang belum kahwin PDA lelebih kita diamkan ajer. Sibuk nak tgur orang yang dah kawin. So bagi yang dah kawin sila beri galakan macam ni kat couple yang PDA - Adik/abang, nampaknya anda dah berada dalam zon bahaya iaitu diwajibkan kahwin kerana kalau tak membolehkan sesuatu yang buruk berlaku. Lalalala...

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA... - time skolah kalau gi library, tak makan dalam kelas akulah yang mengatakan orang lain skema... tapi bila besar kene beratur bayar utang on time and everything baru aku faham mereka bukan skema tapi berperaturan...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN... - cuba buat tengok... ko gi bank tak beratur, datang kerja suka hati... bayar utang tak on time...


Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS... -biasalah kalau tgur orang lain kadang-kadang jadi tak bertegur berbulan-bulan dan bertahun-tahun walaupun teguran itu benar. So next time make it critical thinking bukan teguran nak menyedapkan lauk jer...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...-cakap bebaik tak mau dengar mau kene tempelak. Hmmm nasiblah. Tapi kurangkan kekasaran dalam kehidupan....

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...-cuba kita jumpa orang tgok wayang pakai baju kurung.... hmmm kurung kedah ke aper ke....aku memang tak suka orang kata macam nie

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..- yang bese kene orang perempuan... dan yang mengata pun perempuan... yang lelaki biasanya... tgok jer kot.... dia tak buat apa2 pon....

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....." -cuba ko tegur orang cara mereka layan anak, suami dan adik dengan baik.... mesti kene fire cenggini....  Walaupun kadang-kadang nasihat tue berguna...

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."- tapi kalau dah guna cara baik then boleh praktikkan cara nie...
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"... -boss aku pon tak suka aku tolong kerja orang lain.....
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..-hmmm ni berlaku time kenduri kot...
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia

Friday, February 10, 2012

Pemakaian Semasa Dalam Pantang

Agak horor bila aku memikirkan situasi yang bakal berlaku. Memang scary tgok orang dalam pantang. Itulah dia dinamakan pengorbanan. Tapi kenapa orang dalam pantang tak leh nampak vouge? aku tgok tv cun jer semua. Hokay itu dalam tv dalam ruma orang pantang adalah reality sebenar. Mana ada orang pantang pakai maskara.... Ada yang jadi mak lampir kalau macam tue.

Next.... pakaian pilihan adalah kain batik dan Tshirt... hmmm why... Aku takut makin sakit bila aku pakai macamtue... So setelah berfikir macam mana aku nak jaga penampilan sentiasa sedap mata memandang ketika dalam pantang... aku telah menghabiskan bonus aku memberli nursing kaftan.. Lawa2 jugak design... Batik custom made okay....

Skarang baju berpantang dah sampai... suami kata pesal u tak pakai kain batik je... Well elemen batik masih dikekalkan tapi dinda telah menukarkan konsep kepada baju kelawa for nursing mama... wow so rhyme....
Meh layan design yang aku beli.... Batik ni buat pakai tangan hokay... Kau ader...

tgoklah kat http://www.jalinankasih.com/.... hmmm comel tak... 4 helai aku borong....

Alkisah hari nie semua baju tshirt yang dipakai ketika zaman bergetah dah tak muat... Suami kata... kan ada baju custom made... pakailah pergi office... OMG adakah dia tak tau baju itu khusus untuk berpantang... bukan benda lain... sabar jelah...

Wednesday, February 8, 2012

Mengidam Lagi....

Hmm.... skang baru menampakkan perut yang makin membesar. Takdelah bila cek orang asik kata tak nampak dan bla2.... skang mana kau nak sorok. Dari belakang memang masih macam anak darez.... perasan jerk... Tapi bila kita tgok pandangan sisi dan pandangan depan... omg....mak buyung rupanya...

Apa yang pelik aku mengidam... Paling mahal adalah lobster... yang harganya diluar kotak pemikiran aku....

Then Mee Kari Kakak aku - pergh lama nak tunggu...

Then kuetiaw.... hahaha aku tak makan kuetiaw pon boleh makan sket... macam tak caya seb bek aku tak muntah...

Apa lagi yang aku mengidam tak dapat nie.... hmmm dim sum... anak mama tunggu gaji yerk... bulan nie dah habis bershopping.....