Thursday, November 24, 2011

Realiti yang Sebenar - Part 1

Hmmm ramai orang selalu kata kete tu asset tapi sebenarnya tak kete adalah liability sbb tibe kalau waris mati kete tak akan dapat free tapi akan ditarik kalau tak bayar. Melainkan dapat kete ansuran mudah macam aku dapat dari mak aku walaupun tak comel tapi suka ati aku nak bayar biler sampai dah berapa lama baru aku sedar dah habis bayar. Ramai juga kata rumah tu asset, ye tapi kalau kita dapat rumah free ataupun kita duduk rumah free macam rumah pusaka atau rumah sewa percuma (hush... untunglah customer aku nie 7 tahun tak payah bayar paper kecuali cukai tanah dan pintu) dan tiap2 bulan dapat sewa atau rumah kita sewakan dan cashflownya positif (alah baru ader 2 bijik nak lagi 3 sbb lepas tu kene pergi tanah suci dulu)   ataupun rumah tu kita boleh dapatkan keuntungan.

So kalau tak beli kete cane nak gi keje cari duit so nak keje kene melabur kepada liabiliti ini. Caner plak kalau tak beli rumah tapi tetiap bulan kene sewa macam rugi jer. Tetiba nanti ada orang tak bagi saya duduk rumah sbb dia nak jual mana saya nak duduk. Atau saya tumpang rumah sedara mara bayar memang sederhana tapi lama2 rumah nie jadi rumah dia. So sebenarnya rumah yang kita duduk adalah masih liabiliti selagi kita tak jadikan orang bayarkan rumah untuk kita sebenarnya. Aku ada satu sbb buat masa sekarang aku bayar dan duduk dengan suami, nak sewakan bilik kosong En. suami tak bagi sbb nanti tak pasal2 rumah dia menjadi sasaran. Lagipun dia selalu memakai pakaian yan seksi, dan aku plak... hmmm mini skirt so sangat2 bahaya. Rumah sendiri takpelah. Bila orang ketuk pintu sila lari dengan memakai pakaian yang sedap mata memandang bukan sedap nafsu memandang..

Agak2 kalau kita beli rumah lagi tinggi dari sewa rumah macam mana. Alah kalau seratus tu okeyah. Tapi kalau 2 kali ganda amacam.  Aku ingat dulu sewa Forest Heights RM400 then tiap bulan aku cuma bayar 60 jer. Hehehehe yang lain housemate tolong bayarkan. Itulah rahsia perabot aku banyak sbb aku beli pakai duit rolling orang sewa padahal bukan rumah aku. Macam2 dapat. TV, Video, mesin basuh, tilam, boleh kata hampir 2 lori barang2 cash and carry. Then duduk umah mertua dengan hubby... still tak bayar sbb umah mak dia takkan nak bayar bilik sewa kang kene luku ngan hubby aku sambil dia tanya u dah kenapa.... Tapi sbb duduk 3 bulan je kot... Time dah kawin dia kene uruskan. Pandai dialah. Then umah apartment. Byar 3x ganda dari bilik sewa mula 180 je kot then aku bayar lebih dalam 250 sbb nak cepat habis bayar. So what happen then. Tak sampai setahun, aku pindah lagi rumah teres bayar dua kali ganda RM 550 sebulan, tapi sbb rumah-rumah sewa boleh bagi income, aku cumpa bayar RM250 gak so tak le terbeban. Itu strategi aku.

Camner pulak orang yang gaji ciput lepas sewa rumah katalah amik rumah sewaku RM350 then pergi beli rumah baru harga RM 150k termasuk insuran, katalah interest 4%( nie bergantung pada KPA, kalau naik, then naiklah), then bulan nak bayar RM 750. Amboi lazatnya. Setahun dah RM 9000 tu habis. Belum masuk cukai segala bagai lagi. Tiap2 bulan2 kalau tak mampu bayar sewa rumah boleh lah pinjam mak n ayah atau minta tambahkan kalau tak cukup. Itu kalau mereka bagi dan hidup lagi dan muka tak berapa nak malu. Tapi kita kene berdikari dan jaga maruah suami, takkan nak mintak kat mak aku lagi walaupun dia banyak duit. Sepatutunya aku yang bagi dia duit, bukannya aku suruh dia tampung hidup aku, hish malu sey, maruah suami kene jaga. Kalau tak, baik letak muka kat dalam toilet bowl nanti. Nasib baik aku tak amik rumah harga nie, walaupun dah bayar booking, kira pandai juga perancangan aku nie.

Nak pindah rumah hakikatnya kene lagi keluar duit, ko ingat duit lampu, kipas, lori, dan segala bagai free ke. Belum masuk kabinet Itali aku yang dari sekarang tak sampai sbb kapal dah kene samun dengan Pirate Somalia. Hahahaha... Itali sangat... Takpelah sbb aku rajin masak suami dah buat kabinet khas monier dan hardware pon oklah. I am very sempoi tak kisah pon, still aku boleh masak jugak. Open house aku masak tok almost 100 orang lagi. Habis jer. Kira sedaplah tue. Sbb aku tgok ada yang bertambah makanan 2-3 kali. Wakakaka.Sila sediakan duit paling ciput pon RM 5000 melainkan kalau nak open concept macam Putrajaya tak payah pasang grill so RM 700 pon cukup tok kipas lampu. Lori aku je sorang boleh dapat RM100 siap dengan  3 orang pekerja. Ko pergi tempat lain lazat kau kene RM 500 minima. Haish.....

Mana nak cekau lagi lebihan RM 400 sebulan tue tolong citer sikit kalau perbelanjaan pon deficit. MLM ke... sowi aku follower SNTMLM. Kalau terus potong gaji berapa yang tinggal. Tak sampai seratus. Adeh.... skang tak pening dah star besok time rumah siap you better watch out. Time tue sebenarnya barulah tahu langit tinggi ke rendah. Hmmm pa lagi makan kangkung jelah. Sedap juga. Sbb megi pon dah mahal.... Mungkin sbb tue ramai orang kata barang mahal gaji tak cukup dan segala bagai. Realitnya kita pon tau mana duitnya.

Gaji RM 2200 - realiti majoriti gaji zaman sekarang. Bukan gaji aku okay... kalau banyak nie memang tak layak jer pakai GOLD CARD hehehe.... thanks to Public Bank dan Hong Leong Bank... saper nak tahu gaji aku sila sediakan geran tanah kalau ader. Now I know what they always offer me loan. Kat bawah sample tapi bukan hutang aku atau utang hubby aku. Sbb hutang aku memang ada kat notis board dalam rumah aku. Hubby pon sama. Tapi yang pasti aku tak ader utang keter - dha habis kete nama aku tak der sapaer nak tarik kalau tak bayar, utang umah-ada orang sewa so tak bayar juga, utang kahwin-cash okay hasil simpanan bertahun2 then habisnya untuk tak sampai setahun sebb tue kene kumpul duit bila nak kawin, utang peribadi-alah murah dari installment kete kancil... patutlah bank asik tefon suruh aku amik banyak sket. manyak cantik bank  ko.

-Rumah - RM 750 - (kalau pandai sila berguru macam mana nak jadikan half macam hubby dan free macam saya. kalau tk pandai sila pandai membodek mak untuk topup sket, kalau malu sila makan kangkung macam arnab)
-Bil api dan air untuk 2 orang - RM 50 (nak lagi jimat potong terus)
-Astro - RM90 (nasib baik aku tak ader tapi tahun depan kene ader arghhh delay rumah baru yer kanda...)
-Internet - RM79 (ces ni semua hubby punya godaan please cari side income nak bayar yerk)
-Handphone - RM100 (ada elaun)
-Makan - RM 160 (tapau jer, kalau malas nak tapau macam aku syukur Alhamdulillah... sila allocate RM6-8 sehari okay)
-Keter - RM 250 kancil murah
-Minyak kete - RM 200 kalau tak berjalan atau kaki ayam senanglah...
-Hutang peribadi- RM500 (courts mammoth, hantaran kawin, duit majlis kahwin, joli honeymoon, iphone, kabinet itali, raya aidilfitri, renovate rumah dan apa2 yang orang suka amik tapi tak bayar cash dan pinjam kat bank)
-Kredit kad - Letaklah angka sendiri

Akhirnya hanya tinggal RM 111. Wahhhh good number.... Semanis kurma kan2..... itu belum masuk elaun dapur, susu anak, baby sitter, emergency, tgok wayang, shopping dan macam2 lagi. Kalau anak sekolah, tuition dan sebagainya. Jadi pakah penyelesaiannya.... See u in part 2..... 

Wednesday, November 23, 2011

Jerat Percintaan Miss Nasi Lemak - Tentang Dhia

Hmmm Soffiya dah habis. Skang Tentang Dhia. Layan jugak sbb tgok Nora Danish comel dalam tb tue. Hubby slalu tanya mak ayah orang melayu tapi dapat anak Pan Asian. Aku mesti gelak giler. Serius klakar. Hmm aku saun eleh yang u tue mak ayah orang melayu tapi mak u kata time u kuar dulu macam orang putih. Apa ada hal. Hehehehehe.

Okay skang aku pelik Dhia dah tak jadi kawin dengan cucu Tok Imam. Dia plak jual Nasi Lemak. Tolong mak dia la. Nak dijadikan citer, kalau dalam seremban ni ada ke orang jual Nasi Lemak cun macam tue. Dengan make up dan dress up macam nak pergi kenduri kawin. Wakaka... Tapi cerita punya pasal layankan saja. Aku gitau hubby, kalau ada awek jual nasi lemak cenggini, nasi lemak dia sold out dulu, regular customer dia mesti u. Dia senyum tanda setuju. Tapi realiti, orang jual nasi lemak mesti pakai tshirt dengan tracksuit. Wakakaka. Bagun pagi beb, mana ada masa nak makeup segala bagai.

Pagi nie aku gi keje ngan hubby. Amik Zaki kat rumah. Dan lalu tempat orang jual nasi lemak. Dan realitinya dalam sepuluh orang jual, tak ader sorang pon pakai lawa atau muka lawa atau lawa macam Dhia. Wooooo. aku pub gitau "Nilah realiti orang jual Nasi Lemak, kalau lawa macam Dhia mesti Nasi dah habis," mereka gelak sakan. Zaki turut setuju. I kalau beli datang dua kali, mula2 beli nasi lepas tue minta sambal sbb tak cukup. Haiii lelaki oh lelaki.... Agaknya manalah ada orang jual nasi lemak cun macam Dhia.

Tapi pertikaian pesal Dhia tak sambung belajar susah aku nak jawab. Mungkin sbb dia tak pandai dan mung Allah tu Adil. Sebab muka baik dan hati dia baik jadi kepandaian adalah subjektif untuk dia. Cita2 dia nak kawin anak tok imam okay bukan nak keje glamor. Lagipun diakan ajar mengaji. Aku saun suami, amboi pandai nak yang pandai dan cantik jer... aka macam saya.... Dia kata kalau tak berapa pandai susah gak nak masuk. Eceh... yelah orang belajar tinggilah konon..

So hati2 kalau hubby korang rajin beli sarapan sbb mesti awek yang jual lawa macam Dhia. Tapi sekadar beli sarapan dan menyedari cantiknya ciptaan Tuhan takpe. Jgn lebih dari itu sudah. Lelaki ni jgn disekat kalau setakat nak tgok sbb nanti mesti jadi benda lain. Kalau aku yang jual Nasi Lemak ensem macam Aaron Aziz mahu aku tersidai pagi2... Ops...


Saturday, November 19, 2011

Wahai Sahabat Jangan Cepat Mengalah....

Daripada syak wasangka lebih baik bertanya untuk mengelakkan fitnah. Jangan cakap belakang, itu prinsipku. Perit didengar dan pahit untuk ditelan. Akhirnya dengan pengakuan jujur dari sahabatku, segalanya terjawab kerana kini statusnya sudah 3 bulan sendiri setelah hampir 4 tahun melayar alam perkahwinan. Meskipun terkejut, sebagai seorang kawan, aku tetap berada dibelakang sbb waktu begini kita akan tahu siapa kawan di masa susah dan senang. 

Puncanya... hmm seperti yang aku teka cuma 3 kemungkinan 1. masalah anak kerana mereka belum punyai cahaya mata tapi masih muda. 2.orang ke3 3.wang. Jawapan ke3 adalah yang tepat. Dia menceritakan keadaan sebenar bagaimana pasangan yang tidak mahu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Aku memberi pandangan, kalau kita kaya raya perkara itu tak menjadi masalah. Malangnya, kita cuma wanita biasa bukan Dato Siti Nurhaliza yang kaya raya. Apapun kau perlu kuat setelah memegang status J. Pintanya jgan beritahu sesiapa, tapi aku beritahu suamiku perlu tahu kerana beberapa kes terserempak perlu diterangkan.

Sewaktu bersama pahitnya lain, sewaktu berpisah pahitnya lain, seperti yang aku kata, kalau kita ni kaya, semua itu tak menjadi masalah. Aku suruh dia sabar dan hati2 sbb dengan status baru, pasti ramai lelaki yang berhidung belang berbanding yang jujur memandangkan kategori kita ni wanita yang lawa. Semangat perlu diberikan. Bagaimana peluang ke2? Katanya akan dipertimbangkan sekiranya ada perubahan pada bekas pasangan. Tapi kalau tak berubah juga lebih baik membawa haluan yang jelas untuk diri sendiri.

Menurutnya, sekiranya perpisahan berlaku, pasti perempuan dipersalahkan.
-Tidak punyai anak - perempuan tak boleh beranak
-Punyai wanita lain - perempuan tak pandai jaga
-Punyai lelaki lain - perempuan yang gatal
-Wang - perempuan terlalu berkira
-Malas- perempuan tak bagi motivasi


Pendek kata setiap kegagalan disandarkan atas perempuan. Hmm sungguh tak adil judgment ini.

Thursday, November 17, 2011

3 hari lagi

Erm menghitung hari bahagia.... 3 hari lagi. Macam tak percaya pada semua yang berlaku. Apapun tingkatkan doa supaya bahagia ini kekal hingga ke syurga. Alhamdulillah... Apa yang berubah antara dulu dan kini.

1. Dulu kalau cakap 1-2 jam dalam telefon sekarang tak lagi sbb dah jumpa hari2.
2. Dulu makan luar jer skarang masak sniri, basuh pinggan pon sendiri.
3. Dulu berdua sekarang campur dalam perut bertiga pula.
4. Dulu buat apa-apapun sendiri, sekarang berdua dan berkongsi.

Banyak beza dulu dan kini.

Hmm aku kene masak macam kat PD haritue... Cabaran mendatang. Eleh igat kedai tue jer pandai masak ker. I pun pandai tau.

Wednesday, November 16, 2011

Aku rasa kesian....

Kalau dulu memang aku tak suka giler. Memang kadang2 rasa nak buat benda tak baik nak balas dendam. Tapi biasalah mesti tak buat dan selalu percaya pada karma... Buat tak baik mesti dibalas tak baik. My EX HR. Pity her. Dulu dialah yang sentiasa bermasalah dengan aku. Hmm bukan dengan aku jer, tapi semua orang. Tapi lepas kes kemalangan yang dialami dan hampir berapa lama dia tak datang keje rasa kesian pula. Walaupun sepatutnya cakap padan muka.

Macam biasa mendoakan lebih baik dari meminta yang tak baik setelah benda tak baik datang pada dia. Aman juga pejabat bila hampir dua bulan dia tak ada. Kurang orang menjerit. Sunyi pon ada. Aish ridu ker. Hahahaha. Cuma auditor tak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Memandangkan sekarang HR dipegang oleh orang lain so gaji tetap jalan itu yang penting. Biler teringat balik apa yang dia pernah buat sepatutnya waktu sekarang aku gelakkan dia guling2 tapi aku tak buat macam tue, malah lebih risau pasal kalau mc dia silap letak condition pasti kene amik cuti tanpa gaji. Arghhhh kesian pon ader. Semoga cepat sihat dan mc ditulis condition hospitalized walaupun amik outpatient treatment untuk memastikan gaji dapat penuh okay...

Sekurang-kurangnya dari perasaan ingin tahu aku tahu pasal hal2 berkaitan dengan HR ni macam mana nak claim warded leave. Hmmm best juga dapat belajar benda baru. Bila ingat balik, betul kata ustaz. Dendam tak perlu dibalas. AllahMaha Adil. Bila kita menyaksikan balasan yang Allah bagi mesti kita lebih muhasabah diri dan mendoakan lebih baik untuk orang yang pernah buat tak baik pada kita. Apapun Subhanallah..... Yang lepas itu biarkan berlalu.

Monday, November 14, 2011

Jaga Kesihatan

Hmm malam tadi sepatutnya along datang umah tapi sbb kepala pening aku plak kene pergi umah dia. Amik barang2 untuk distok up. Budak2 macam beselah belum tido. Dijamu laksa johor. Erm sorry tak minat sangat so makan pun sesuap dari En. hubby.

Sekarang along kata perut dah nampak besar then tak perlu risau sbb selasa ada cek up. Apapun kesihatan mesti kene jaga. Riso plak kakak sorang ni asik pening kepala sajer. Kenapa agaknya ya. Mungkin dia penat. Maklumlah perniagaan makin maju jadi bayak keje yang kene buat. Arisya sampai kena anta umah umi sbb dia tak larat. Rumah plak beselah rumah banyak budak kalau kemas tu pelik. Kalau semak tue normal. Rasanya masa aku kecik2 dulu pun macam tue. Jangan2 lagi truk.

Dah dapat kredit term dari Yew Lai so memang power. Barakallah. Tapi aku sedikit riso dengan kesihatan. I have voice out to her. Harapan mungkin cuma sbb banyak makan mee. Minta2 jgn yang tak baik. She raise her concern towards my problem. Amboi ramai betul yang sayang. Jangan riso dinda ni jiwa kental so benda2 ni memang boleh ditangani. Takut orang lain jer yang jadi saiko. Nak menyusahkan orang tapi menyusahkan diri sendiri.

Hubby dah semakin happy so berjaya langkah untuk gembirakan dia. Arnab dah kene sembelih lima ekor. Waduh... bukan senang nampaknya sekarang sbb stamina dah hilang kot. Cehh seb baik cik hubby tolong. Mak dia memang dah gerun dari dulu nak bersihkan tgok pun tak berani. Macam mak aku lagi bagus makan pun tak berani.

Skang dah pandai tgok statistik blog. Orang yang skodeng pakai url (direct link kot. sayang betul kat aku. follower dari dulu ropenya tetiba bagi alasan ada kawan bla2... minat mengaku jelah), pakai fb, follower dan memacam lagi. Nak trace dari pc mana pun boleh then boleh isu warm reminder of intruder kat MIS biar tindakan tegas diambil. Hmm baru tahu. Tapi mesti ada meroyan tak pat skodeng 2-3 hari. Sowi saje jer nak create traffic untuk bukti kemudian hari. Bukan susah nak kenekan orang balik. Nak buat lagi teruk pun boleh. Cuma tunggu masa jer. Pape pun jangan riso tak ada benda yang jemah deletekan sbb memang sumer dah list kat sini. Kalau delete pun hard copy ada senang nak tayang nanti. Tapi nak melayan third class mentality bukan senang. Patutlah dulu kelas paling last sekali mak yang kene ajar. Sebab dedikasi untuk mereka... Wargh... apapun kesihatan kene jaga, jiwa, raga, mental dan fizikal. Tak guna kalau fizikal sihat tapi mental problem. Saiko... isk2... kesian orang macam nie.


Friday, November 11, 2011

Good Lucks... and Barakallah

Hmm memang dah tiba masanya untuk dia pergi. As a fren and as a senior kita kene doakan yang terbaik. As per what she hint, perhaps she will success. Lidya aka tenant marul. Banyak budinya pada aku. susah nak cari orang yang susah senang bersama. Apapun semoga berjaya dalam apa situasi. Hari untuk dia tak jadi my subordinate semakin dekat. Be prepare okay...

As for me, dengan rezki baby rasanya stay in is better than out. Banyak benda yang perlu dikorbankan. Apapun all the best for her and for me. Allah bagi rezeki berperingkat, so jangan pertikaikan apa yang kita dapat tapi selalu bersyukur dengan apa yang kita dapat dan usaha untuk terus dapatkan yang lebih baik.

Semoga apa yang dicita-cita tercapai. Banyak wish list tok dia.
-Semoga join "kelab hot wive and mama" segera.
-Semoga business terus maju dan berjaya
-Semoga dapat mencari hidayah seperti yang dipinta
-Semoga dapat kerja dan boss lebih best dari sekarang
-Semoga dipermudahkan segala urusan.
-Semoga bahagia dengan insan tersayang.
-Semoga tidak terputus hubungan.

Semalam jumpa sorang trainee dulu train kat sini. Wow bangga dengan achievement dia. He is capable no red tape or cable or whatever, he is capable. big man in MPS skarang. Kalau nak submit plan dia kene observe. Skarang pakai Honda. Barakallah.... walaupun belum giliran berjaya macam tue tapi semoga kejayaan orang lain boleh menjadi pendorong semangat.

Dulu orang yang kita ajar lebih berjaya dari kita. Kita perlu bangga. Macam cikgu. Bila ajar orang, jadi lawyer, engineer, doktor, menteri dan macam2 lagi. Jadi bila anak murid berjaya sudah pasti akan dapat sedikit sebanyak keberkatan ilmu tersebut.

Dah nak beli rumah. aku pun ajar apa yang patut. Kalau tak mampu, tak per. Sabar dulu. Nanti mesti dapat. Confident and confidential okay.

Thursday, November 10, 2011

Bekorban apa saja.... Daging Korban

Hmm Alkisah daging korban yang dapat 1 1/2 kilo. Apa menu minggu ini yerk... Hubby kata buat sarapan sekali supaya cepat habis. Lepas ni jemput zaki makan supaya lagi cepat habis. Erm kene pakai baju

So ini adalah menu untuk menghabiskan daging

- Mee Sup Daging
- Spagetti Carbonara dengan daging panggang
- Nasi goreng daging cincang
- Daging Masak Merah
- Daging masak kari
- Daging dendeng

Semoga daging2 ini selamat dimakan dan habis dimakan. Daging korban tak boleh buang okay....

Wednesday, November 9, 2011

~Wordless Wednesday~

Gas Malaysia IPO. Hmmm nampaknya tak lama lagi nak kuar so apa persiapan mak jemah yerk... duits... erm... kalau beli tok baby saya macam best jer.. At least biler dia besar there are something mama buy for u... nanti dah banyak boleh bawak u pergi disneyland...

Ok about gas malaysia. what i know. memang famous this company. making money yes. making much money. erm not sure. but enough to increase the share price. yes. so dengan market yang volatile. still can make money. skang buat tok masa depan. the money market. so how. what the plan and your goal bebeh. Hubby kata gas malaysia jugaks yang terbakar aritue...

1. Get husband consent, eventhough it is my money, we have to understand the rule of universe. Then mintak petunjuk Illahi. Once you got that then time to seek other things.
2. Find money to purchased the unit - macam bese Mr. Bankers. this is the time i need you ASAP okay.
3. Tunggu IPO out -  blaja gak caner nak apply kat miti.
4. Apply and spread the love to everyone so saper yang bace blog saya memang untung kalau tahu faedah. kalau setakat nak stalk tak tentu pasal memang buang masa yerk.
5. Pray hard to get.
6. Result out.

huhuhuhu debaran demi debaran ler jawabnya. En. hubby dalam plant so tak boleh gitau statusnya.

Takpelah pakai kete dah 3rd party insuran tu yerk (ces myeg kenapa tak gitau this year last year, kalau i tau mesti suruh orang curi kete i. dah doploh tahun putih tue berkhidmat ropenya). Kabinet monier pun masih stabil lagi so lupakan RS Italia kitchen (darling please jgn bakar dapur i lagi bila u masak)

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Aidiladha....1432

Hmmm dah raya Qurban rupanya... Bekorban... Sungguh dalam maksudnya... Bukan setakat sembelih binatag dan niat bekoban ye tapi perlu bekorban segala yang kita sayang untuk agama... Itu tafsiran saya... Sebab tue bila nabi disuruh oleh Yang Esa sembelih anak... walaupun berat tetap jalankan amanah tersebut...

Hari Sabtu balik melaka... Lamanya tak balik... mak pun rindu.. hehehhee... Sampainya dah nak malam... Adik tengah mengemop.. Erm rajin anak dara ni.. puji suami.. Rajin bersebab ni.. Ayah macam bese di kebun. Nasib baik tak bawak mak sekali. Okay... mak nampak makin... erm.. makin berumur sebenarnya... Time goes very fast... Cepat betul masa berlalu... So buatlah dia happy selalu...

Malam lepas makan malam... macam beser supper time... Tauhu sumbat... pastu cucur udang... Tinggal orang kemudian... Yang dahulu dihahulukan... Yang kemudian dikemudiankan... semua ketawa... yang balik lastnya Tain... aish... jadilah dapat makan  gak... Edi memang dah seponsor barang nak buat kuih kegemaran dia cucur udang... suami suruh belajar buat dengan selamba... I tak reti... nak makan kita balik melaka jer... ngee... Mak suka macam tue.. sbb nanti selalu balik sini...

Esoknya raya... hari ahad tak pergi solat kat masjid sbb tak larat... Ermm hubby pergi dengan his in law aka my parents... Raya makan roti jalan kari itik... wowo memang idaman saya dan baby... sedap...   sarapan roti jalan lagi sekali...amboi sarapan 2 kali tau... montel lah saya macam ni... masak lontong lagi.... Kambing dah kene sembelih... petang makan rumah jiran sebelah.. jambu kristal... 1st time rasa.... makan malam asam rebus.....malamnya menantu2 lelaki sila masak yerk... aku senyum kat hubby and abang zahid... angah dah janji nak hantar hubbynya untuk menjadi master chef... hola....malangnya... setelah tepon tak diangkat oleh pengantin baru itu.. abg ipar no 2 tak mai... amboi hang simpann huby hang ek jemah ko jaga ko besok... kambing menjadi santapan... wah.... meriah... Adik balik lambat... apa lagi kene marah dengan along dan aku... tapi oleh kerana suami malas nak dengar isterinya mengamuk.. maka dia tidur awal.... dah selesai mencuci adik sendiri.. maka berakhirlah... beselah kena marah2 kaw sebab buat salah.. oleh itu lain kali jemah jangan buat salah... majuk 1 hari pastu okaylah tue..

Lusa lepas subuh dah buat sarapan plak... mee hun jer... pastu mak ajak kemas tanah depan... tanah kecik tapi mengah nak kemas... Danish main beskal baby... melayan sajer...  Cik faridah bagitau dia banyak daun2 untuk lepas bersalin... waahhh.... dekat pukul 10, pengantin baru mai... amboi... memang kene laser... dua2 senyum tak salah.... lepas makan kemas diaorang pulang ler... Mak ai... pengantin lama sorang tue kat dalam bilik tak kuar ... dekat pukul sebelas baru kuar... waduh.... nak buat camner.. dah bese... begitulah mereka... mak pun tak boleh nak cakap aper.... mak kata nak buat camner... biar jelah.... mereka dah biasa... nanti sekolah dah pagi awal bangkit tue... gelakkan saja... saya dulupun susah untuk bangun pagi... stress mula2 kawin.. tapi setelah RMC boy train dengan penuh kasih sayang... skang... boleh bangun walaupun masih susah...

Tengahari makan sambal ikan sembilang... wah... sedap sbb kulit tak ader... tapi... dua ekor goreng dah masuk perut, sekabung yang bersambal...Ikan ni sampai sekarang tak pandai makan kulitnya.. argh... dah 2 tahun kawin tapi masih loya... apa nak jadi nie... masih buang kulit... sori ye bang... dinda memang tak makan dengan kulit... kesian cik abangku sebab makan tak ada kulit....

Petangnya... goreng pisang dan kopok lekor sebelum balik ke rumah sendiri... Jalan yang jammm pergh... malam makan Yong Tau Foo sbb kedai berger tutup...

Thursday, November 3, 2011

Wanita Hamil Kena Lawan Penyakit Malas.....

Hmmm selalu rasa mengantuk dan nak tidor... Bukana malas aper tapi rasanya stamina tak macam dulu.... Apakah... hubby kata rehat banyak2... Tapi dah buhsan nak rehat... asik layan mata jer... Badan plak asik rasa letih jer... Tulah pasal... skarang kalau nampak orang peknen... sila doakan dia kuat dan sihat...

Borak2 ngan akak sebelah... Kak Yati, dia dulupun ngandung camtu... Memang asik nak tidor... Ramai kata nanti baby pasif, tapi kakak tu kata tak ada maknanya... kau tgok anak akak tue... ada pasif ke... aku gelak jer... Dia kata yang penting banyak rehat... Tapi saya boring teramat sangat... Hmmm nak pergi Sibu ikut Rain... jalan2 naik flight... leh tak... sampai sana letih sana sini baru kau tahu jemah...

Tapi kalau nak kata aku malas... masak still masak... kemas still kemas... sidai baju dan angkat baju still buat cuma... erm cuma.... adehhhh bila buat sumer aku rasa pergerakan kene slow2.... buat sket.... then nak rehat... tanya pengalama orang lain... beselah... sabar....

Kene lawan penyakit malas... btul sbb saya rajin...

Wednesday, November 2, 2011

Pleaselah Have Some Standard

Btul juga kita kene terima nasihat orang....So Cik A, sila terima nasihat Cik B. Jangan ikutkan hati....

A: Aku tak puas hati dengan statement yang menyakitkan hati nie...
B: Statment apenya cer citer cer citer....
A: Ade ke patut ada orang bagi statment yang aku kontrol gaji suami aku...
B: La kalau ko kontrol alamat ko suruh suami kau keje cam nak mampus kan.... then ko joli sakan... Aku tgok dia happy jer... apa dia nak sumer leh dapat... planning ko cantik aku kadang2 pun jealous... Cuma beselah kadang2 terover budget... but u manage well what...
A: See aku cuma manage bukan kontrol... sebab kita kalau tak kontrol nanti then to burst....
B: Orang yang bagi statement tak leh nak kontrol gaji laki dia kot... so dia jealous bila tgok ko boleh manage gaji laki ko.... dia tak boleh kot....Sebab dulu ada orang tak puas hati laki aku bagi duit nak belanja... tiba2.. nak pertikaikan... yelah takkan laki aku nak bagi kat dia... rupanya dia tak dapat duit dari laki dia...
A: Bukan aku nak kata apa, kalau aku jahat aku nak je tayang slip gaji laki dia yang banyak utang tue.. baru terbeliak mata sumer orang...
B: Realitinya ko bukan jahat... Tak ada faedah langsung kalau ko nak buat macam tue... melainkan boleh memotivasikan diri kau nak jadi lebih baik. Tapi tak ada faedah pon kalau setakat nak tunjuk kat orang dan niat kau nak malukan orang...
A: Betul... nilah masalahnya... bila berniat nak buat jahat mesti tak buat... haish.... sebab hati tak cukup jahat nak buat jahat.... Nak buat benda jahat memang senang je setan nak hasut... nasib baik kau tak hasut...
B: Have some standard please. Lagipun aku bukan setan...Kalau kau buat benda yang sama, apa beza kau dengan dia. You are equally disgusting. Pleaselah have some standard. First you are not disgusting... secondly you are much better than that...
A: Yeah tinggi sangat standard aku macam mak datin...
B: Bukan, maksudnya kita tak perlu nak main cara kotor. As long as kau berjaya manage the financial very well, then orang cuma boleh kata itu dan ini tak betul bla2..... Tapi kalau dia tak ambil tindakan terhadap hidup dia sendiri... kau faham2 jelah... Kalau sekarang hutang peribadi dah banyak tue... lets see what happen in 2-3 years down the road... Dah jangan buat macam tue... Positif terhadap segalanya....
A: Tapi aku sakit hati....
B: Come on jangan ikutkan hati... Rasional... beselah bila PM bentang bajet yang bagus pun kene kritik bla2... inikan kita executive biasa....
A: Hello aku dah naik pangkat....
B: Yolah... tai kar chee... tapi yang penting humble.. jgn pandang rendah kat orang...
A: Kalau orang pandang rendah kat kita... ? Camner plak...
B: Kalau dia lebih segala-galanya jadikan motivasi untuk jadi lebih baik.. tapi kalau dia kurang plak... itu cuma... jealous jer... sampai mati pon tak kan hilang.... Erm... hutang banyak camtue dia buat apaer...
A: Entah aku tak ambik tahu langsung... dia beli share Felda agaknya....
B: Pergh kalau betul dia beli alamatnya dah kaya dah skang... mau 350 lot tue... dah boleh beli honda...
A: Yelah kot.... Ferrari aku ada dua belas kat umah pun tak cukup parking....
B: amboi jemah kau tak mau kalah yerk.....
A: Tak aku cuma buat lawak pesal ko tak gelak....
B: Tak le kalau hutang camtue habis kat kita takper.... tapi kalau habis kat orang lain..... amacam....
A: Not my life and I don want to bother....
B: Oklah... dah nak time makan nie... Ko citer bebanyak memang tk ader selera kang....

Tuesday, November 1, 2011

Keluh Kesah Mr. M - Part 2

Mr. M, its not my place to give you advise, I just give you my opinion. No doubt you love your daughter and same goes to everyone. Please continue your support and ask them if they require financial advise, and bring them to good consultant. Its not how much money you make but how you manage your money.

I am not a consultant or else I will charge you a fee for these conversation. Now, be brave tofind the solution instead sitting on the problem. I wish u all the best. I smile. Thanks Sue.

Aku senyum dan harap dia jumpa penyelesaian. All the best. Customer lain dah datang... So tak leh layan problem dia lama-lama. Its not my place to menyibuk pun. Hope u will find the solution.