Thursday, January 6, 2011

Oh hutang belajarku....

Diam tak diam dah dekat 5 tahun aku habis belajar... Mcam2 pengalaman yang mengajar kita... Erm... yang tak best lepas belajar ialah nak bayar hutang belajar... Waduh.... apakah.... Nyesal tak bayar RM 100 sebulan dulu kalau tak skang cont je 100 sebulan... Now kene fokus... aku akan bayar double plus bonus lagi... Percayalah... naper tak mau caya ha.....

Tuesday, January 4, 2011

Doa Awal Tahun.... Selamat Datang 2011

Alhamdulillah.... Sekarang dah hampir umurku mencecah 28 tahun.... Tinggal lagi 20 hari.... Impian... macam2 nak buat... tapi aku berharap agar tahun ini merupakan tahun yang manis buat kami sekeluarga.

Apa yang aku harapkan masih sama macam tahun lepas. Kami sekeluarga lebih sepakat dan lebih berkasih sayang dan tidak berbalah... Semoga dugaan yang datang dapat kita hadapi dengan tenang....

Perbalahan yang berlaku walaupun tidak melibatkan aku tetapi aku merasa tempiasnya kerana mereka adalah keluargaku. Aku sayang mereka semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami, memberikan kasih sayang di dalam hati kami. Semoga api kebencian terpadam dalam diri kami. Semoga kami menjadi hamba yang beriman... Semoga kami berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kami menjadi keluarga yang bahagia didunia dan akhirat.

Terlalu banyak permintaanku. Aku tak boleh nak buat tak tahu meskioun ianya tidak melibatkan aku. Ya Allah, kau kasihanilah kami.... Kau rahmatilah kami....Kau berikanlah kasih sayng didalam hati2 kami, Kau padamkanlah kebencian dan kemarahan di dalam hati kami. Kau jauhkanlah kami dari bisikan Syaitan Nirrajim.....

Monday, January 3, 2011

Larangan Berkempen.....

Hmmm ini bukan kempen pilihan raya.... tapi larangan berkempen oleh bapak saya.... Wakakakkaka..... Tak dapat lah saya nak masuk pilihan raya.... So nak pangkah saper nie... Tolong... tolong.... tolong.....

Aku Takkan Faham..... Perasaan itu....

Ya betul aku takkan faham perasaan orang yang melalui situasi mahupun suatu keadaan kerana aku tak melaluinya sendiri. Aku cuma boleh mendengar dan sekiranya memberikan pendapat akan mendapat alasan yang aku tak faham.... Kita sering dilanda kesedihan dan kemurungan... Sebenarnya langkah yang paling tepat selain mengadu kepada siapa.... Aku selalu megadu kepada orang terdekat dan orang tersayang... Paling tepat mengadu kepada Allah.... Ini adalah Qada' dan Qadar.....

Apapun yang kalian utarakan, aku akan mendengar kerana kalian adalah orang2 yang aku sayang... Jika kita ingin orang memahami kita, apa salahnya kita memahami orang lain dahulu. Sebelum kita meminta itu dan ini kepada Allah, apa salahnya kita memberi ke jalan Allah.... Aku antara orang2 yang lemah yang cuma tahu mengutarakan cadangan dan pendapat tetapi tidak mengambil kira pandangan dan pendapat sendiri....

Aku mungkin tak berjaya mengubah perasaan semua orang oleh itu aku perlu memahami perasaanku sendiri dahulu. Aku tak berjaya gembirakan semua orang, namun aku cukup bersyukur kalau dapat mengembirakan hati seorang yang sedang bersedih.... Kadangkala sila berhati2 apabila anda bersedih kerana mungkin ada bisikan jahat yang menimbulkan sesuatu yang kita tidak ingini....

Semoga Allah mempermudahkan situasi ini dan aku berjaya mengharunginya.... Apapun ambillah ikhtibar terhadapa apa yang terjadi....