Tuesday, August 24, 2010

Saje

permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu...
Rabbana Hablana min azwajina wa zurriyatina
qurrata 'ayun. waja'alna lil muttaqiina imama...
Amin.
Doa yang selalu ku baca lepas solat semoga dikurniakan suami & anak-anak penyejuk mata dan menjadikan dikalangan hamba-Nya yang bertakwa.

Kenapa Orang Yahudi Pandai?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Dr. Stephen Carr Leon

Kisah Bulan ini....

Hmmm bulan nie punya cerita..... Aku dapat ang pow RM 200. Apa ai buat... tak dapat joli lagi... So terpaksa simpan tok duit raya parent. Aku leh bayangkan dulu cemana mak ngan ayah allocatekan duit raya tok kitaorang.... Now its our turn.... So baru aku paham. Aku dah ada 4 parent so dapatlah sorang RM 50.00

Hmm anak2 buah lak cemane... RM 5 tok yang kecik RM 10 tok yang pose penuh... Not negotiable... So duit raya diaorang dah cukup. So tak yah nak kalut duit nak raya. Nak buat loan ke.. Tak ada maknanya... Belajar ler idup susah....

Hmmm aper lagi ek... Hah... bulan ini RHB tak ada memekak lagi soh bayar sbb aku dah setelkan payment aku... So... hepi leh... takkan sedey plak...

Lagi 4 bulan kene bertahan kuat2... jgn cepat melatah kay..... Tapi bulan ni kene bayar cukai... Oh cukai....

Aku dapat wit LHDN... masukkan tabung nak bersalin.... Ikut kemampuan.... Tu pasal aku kompol duit nie...

Monday, August 23, 2010

Jamuan Berbuka Puasa Di rumah saya.,....

Hmmm malam tadi punya cerita.... alkisah along and acik nak datang umah ai tok buka pose... almaklumlah dia dah leh jalan and kuat... Panjang le langkah mak buyung erk... dah bersalin dah pon.... Hmmm bincang ngan hubby ku.... Jadi kami dah setuju menu... 1. Kerapu steam....(dia masak) 2.Pak Choy tiram (dia masak) 3. Tom yam(ai masak) 4.ayam goreng lepci(dia masak)
5. nasi (ai masak) 6. air ribena.

Oleh sbb keje, ai balik kol 3 then balik solat, rehat kuar le beli barang.... Hmmm nak dijadikan cerita... Kuar pukul 4... list tertinggal plak... Pergilah ke giant... Oleh sbb ramai orang udang habis,.,, kerapu habis... Apa yang tinggal... tinggal kenangan... kui3....

Lepas shopping kat giant... gerak ke econsave... Sib bek ade kerpau amik le 5 sbb badan sedang2.. Selesai bershopping dah pukul 6... Sempat ke masak ni... Yakin boleh... jelah....

Ni cara masak2 kami yerk...

1. Balik jerk.. ai masak nasi....

2. Hubby siapkan barang2 nak masak kerapu i plak basuh ikan.... Celery, garam, gula, know ayam, asam keping dimarinate.. tunggu nasi masak baru leh steam... Almaklumlah,.,.. ai mana ader periuk steam.....

3. Barang2 nak masak tom yamm disiapkan... Bersihkan sotong and udang.. kan sistem giliran sbb pisau ader satu... nantilah ader reski ai beli lagi satu. alamak... tak pe... yakin boleh.... kui3.... Tomyam erm... cendawan, celery, bawang, cili padi, udang and sotong.

Jam menghampiri pukul 7 cewah mcam novel.

4. Goreng ayam.....

5. Sediakan lauk pak choy plak.... hmmmm

6. air ribena bandung tapi basi plak... Siot betol sussu nie.... argh... failll buang susu then buat ribena kosong....

Dah azan along tak sampai... makanan lom siap lagik... amik kurma then bismillah......

Call aku otw ada problem sket,... Rupanya Awishton telah menumpahkan susu dlam kereta.... Isk23... budak ni memang nak kene......


Aku gatah je ayam greng.... Along dah sampai lepas kami solat maghrib berjemaah.... Hmmm Jom makan....

along: Kau masak ke Ita? (muka sius tak caya)
Anne: OMG kau telah kebali ke pangkal jalan (celaka btol)
Aku: Aku masak tom yam je ngan nasi je yang len hubby ku yang masak.....

Kami pon makan bersama.... Syok3..... Komen semua sedap sbb dah lapar adalah salah satu faktor.... Kui2.....

Masa siapkan... 3 jam termasuk time beli barang... time masak cume 1 jam suku sahaja... kalau dapur besar target setengah jam kot.... Kena bersyukur sbb hubby banyak membantu.... Thanks sayang.... I leviu lah....

P/s: Bila lah nak ada hp canggih leh tayang gambar......

Sunday, August 22, 2010

Cek LHDN.....

Akhirnya sampai jugak cek ni. Alhamdulillah. 2 phone call then i get the cek. Thanks... Duit ni suamiku kata simpan tok u bersalin nanti. Ops... kami belum ada isi tapi get ready jer.... Thanks.... At least tabunganku bermula.... Thanks... alot....

Tuesday, August 17, 2010

Azam Baruku....

Hmmm oleh sbb dah dapat komen canggitu aku rasa aku kene muhasabah diri. Walaupun aku dapat keje tue, sius aku tak minat nak keje ngan kompeni tue konfirm. Wat the tut..... If u are not interested ngan ai, ai pon tak interested ngan u. So moral of the story be careful sbb someone always back stabbed u from the back.

Kompeni ni pon satu hal. Dah tak nak aku dah ler trus campak file KIV jer. Yang kau nak kol nak tanya this and that pehal. Maybe nak dengar the other side of story or try to irritate me.

Its all about discipline. This is the thing that I am lacked of. I am improving now. No more coming late. No more MC... Sihat selalu. Thats it.... Then aku nak tgok cemaner performance aku lak pasni....

Ai dah bohsan keje sini. Thanks to all the years. Seriously need a new job. Pls3. Sape ade keje kosong roger le ai ni..... Letih dah.

Sunday, August 15, 2010

Klinik Buang Bayi

Hmm at last aku tahu gak port ni. Bukan niat nak buang bayi ker... lagi excited nak usaha dapat adela. Tapi lately sejak kes buang bayi ni menjadi2 aku jadi konfius. Aku igt dulu time skolah kengkawan aku paling nakal jer 3rd base ngan kengkawan dia. Skarang dah macam2 bebudak tahu.

Alkisah dulu roomate aku ni berpengalaman dalam hal2 ni. Aku cam tak caya citer dia tapi bila the way dia explain cam tahu kat mana and cycle of fren dia buat aku jadi scary siol. Hmm apa nak jadi dia pon katalah time fom 2 and form 3 adik angkat dia dah ader isi. f cos ler haram kalau halal saper nak buang. Pastu gi kat klinik ni buang plak. Aku tak pernah amik tahu sbb aku tak pernah pergi gynae. Ada skali pegi kat as salam. Sbb apa... hahaha jgn tergelak. Jerawat tue je. Pas 2 hari dah pecah sbb bercukur licin sgt, Kah3.... Len kali jgn ler nak wat Brazillian. Siye aku tak pernah buat. Buat suka hati sniri jer.

Thari aku gi KPJ jumpa Dr. Shukor yang comel. Tolong le siapkan report hubby saya. Pihak HR dah ngamuk dah ni. Dr kata saya cuba siapkan tis weekend. Ramai lak yang kene sakit cam laki aku Slip disc. Macam common plak. Apapun semoga yang orate ke aper ke cepat sihat okay... Tetibe aku amik leaflet tok bersalin. Mengandung pon blom lagi dah amik tok bersalin giler excited. Mana tahu rezki. Aku senyum2 hubby aku pon senyum. Dah2 bulan pose jgn lelame... hehehehe.

Buka pose umah meruta. Balik lambat sbb masuk lambat padan muka. Kol 6 sampai umah then packing balik umah mertua. Sampai umah aku siyes penat giler. Sampai aku mintak nak rehat. Lagi sploh min nak buka hubby kejutkan. Ade ke patut datang umah mak mertua aku leh tido. Apakan daya aku memang letih giler. Bagile aku rehat ek. Malam kang aku tolong aper yang patut.

Pas buka nak pergi terawih pertama sbb aku baru dapat pose rini. Biras aku balikcakap adik ipar aku masuk Klinik Bersalin. Pergi GH leh ckap noting. Masuk wad bayar dia kata nak keluar. Apapun walau aku tak suka takkan nak doakan yang buruk untuk orang. Then aku dengar nama klinik tue macam nama tempat yang x housemate aku gitau leh buang janin. Takut gak tapi takkan aku nak gitau. Aku diam je lah.

Lepas bincang2 aku gi terawih. Balik tue siap2 nak gi tempat bersalin plak. Then cari le tempat ni. Aku blank tanya le mamak dia tunjuk cam dekat Bank Islam tapi ader Klinik Gigi jer. Hmm pusing lagi skali baru aku nampak.

Time aku masuk sini tempat dia macam shoplot bese. Tapi ada lebih kurang 8 bilik tok bersalin aku rasa. Impression susah nak gitau sbb klinik bayar then nak duduk tak ader tempat cuma macam rumah tumpangan bese tapi dia modifiedkan ada bilik air . Ala2 KP 2 bedded. Biras aku kata 1.2k kalau normal. Deposit dia dah bayar. Staff agak ramai gak ler. Adek baby time aku datang. Personnally aku rasa cam klinik tu overcharge tapi maybe standarad rate kot sbb aku tak pernah bersalin lagi so tak pernah survey thoroughly. Ree sama cam KPJ tats why aku tak faham tapi biar ler.

Biras aku gitau dah bukak 5. Hmmm. Tunggu kat tangga. Aku penat. Btol2 penat. At last dah kol 11.30 p.m. Kerusi nak duduk tak ade. Butt aku dah sejuk. Mak mertua aku suruh gi tido atas katil wad. Oh tidak nanti Dr. salah inject. Hehehehe..... Last skali hubby tersayang bawak masuk kerete. Kitaorang tidue bersama dalam kereta tanpa buat apa2. Percaya tak? Iyolah... aku soh dia cerita then aku dozz off.

Kol 12.45 a.m. Parent in law gitau balik dulu nanti diroger. Hmmm then balik trus sleep. Letih nye... aku doakan dia slamat jer. Pagi shaur lom bersalin lagik. Then aku borak2. Citer pasal along. Baby 1st bedah. 2nd-Vacuum. 3rd-normal. 4th-normal. Then dia nak closed shop dah ai.

Pagi aku siap2 nak gi keje dengar dah selamat bersalin. Alhamdulillah...... So jgn under estimate klinik to wokey.... Tata aku dah ngantok....

Meh layan gambar buang bayi....

Friday, August 13, 2010

Minah Sengal Episod Kat Opis

Aku memang lama nyampah ngan minah ni. Dah muka tak lawa, tergelak kuat2 then manners toksah cakaplah. Kedekut tahap cipan. Apa yang buat aku marah sesuka hati lak nak warning2 aku. Ko memang nak kene.

Semalam oleh sbb ko perasan bagus sgt nak sembur budak aku depan orang kat meja recep, eventhough aku ngan member aku nak terangkan pasal aper supplier tanya pasal payment, kau memang patut dapat sergahan aku.

Kau igt aku takut ngan ko ke... Sowi sikit pon tak. aku ngan boss pon aku tak takut. Skang aku tengking kau tahu pon kau malu. Biar satu opis tahu ko kene sergah. Ko nak bawak kat boss... meh aku bukak satu demi satu pekung kau. Biar nanti simpan busuk.

Aku rasa hati kau ni memang busuk. Cuma kau tengok diri kau... Patutlah sumer kat opis memang tak suka kau. Kat luar aku memang pasti tak saper pon suka kau and berkenan ngan kau. Alamatnya sampai tualah kau jadi ANDARTU.... Lelaki aku memang strait to the point, yang type cam kau nie memang akan dijauhi... Lain cam aku hot and spicy. Cam kau ni bukat hot tapi.... hotot.... hahahahha

So aku dah nampak future kau tak ke mana. Dan life pon tak ke mana. Ko memang akan idup sengsorang and tak ada orang nak kat kau atau kawan ngan kau.... Kau ni memang patut dijauhi sbb TOXIC...

Apapun kau leh pegi mampos

Saturday, August 7, 2010

Dear Boss.....

Saya bukan tak suka keje dengan bos.. suka je. Manyak menda yang saya belajar dari boss. Banyak jugak benda yang bos suruh saya belajar sendiri. Hmmm apapepun terima kasih sbb sudi ajar saya dan sudi jadikan saya anak didik boss.

Boss, walaupun boss banyak bagi saya peluang tapi saya rasa peluang saya kene rebut jugak. Bergantung kepada saya untuk tgok peluang yang macam mana saya nak. Saya kene tentukan apa yang baik dan apa yang buruk tentang diri saya. Tapi bila dengan boss cuma boss je yang tentukan baik buruk diri saya.

Boss saya tau saya suka amik MC dan datang lambat. Memang ini kelemahan diri saya. Saya cuba ubah tapi kengkadang sbb boss adalah antara salah satu faktor. Bukan nak BJE i ngaku je salah i tapi cuba boss tgok sbb saya dah mula bohsan keje ngan boss.

Boss saya memang creative tapi kengkadang, saya tgok boss amik and ceduk idea saya. Suruh saya wat presentation itu ini tapi tak bagi saya declare yang saya yang buat,

Boss saya nak cuti sabtu ahad. Terus terang saya nak cari keje yang cuti sabtu and ahad. Kalau dapat meaning I have to babai u oredi. Memang saya mintak keje tempat lain sbb say nak pergi jauh... Keje ngan boss nak naik pangkat kene tunggu boss belah which is impossible then baru leh keje balik.... Argh... Thanks u boss... Babai bebeh.....

P/S: nape cakap ngan orang len saya suka emce... kaver line le sket...