Thursday, January 28, 2010

Rompakan Bersenjata.....

Hmmm aku memang geram sangar..... Memang ari tue aku kata berbaloi amik H*** L**ng Bank tapi nak wat cemane.... ada gak ketakberbaloi gak CC nie... Mula2 nak wat tools tok cari makan saving and bla3 tapi tah cemana ni kisah tok 3x statement aku....


1. Aku dah otw nak kawin memang x prasan due date... So swipe jer... tetiba dia kol.. cek memang dah ready igtkan 14 hb rupanya 6 hb... salah tgok da... Trus gi byar tapi aku dah inform skali time tgok statement kene cas so agak hangin ler.... Then kol soh waive Berzikir tunggu.... Time nie aku guna 600 lebey jer... sbb radiator problem.... ade ke patut byar fp pon dia cas aku RM 39.66.. Memang cekik darah.... Lbt 1 hari jer tue....


2. Time ni bru pas kawin dah soh tukar statement date tapi salah gak... Manyak mende pakai.. roatax pon kene alas rm 1649... 500 memang dah allocate now mana nak cari yang lain arg..... Tapi wat calculation balik selamba gembel bayar fp.... Tapi memang terlambat lagi half so statement kuar kene 34.96.. So aku kol mintak waive sbb second fp terlamabt seminggu... Dia kata nanti dia kol... so aku dgan bijaknya tak bayarle cas.... Kalau aku tak kol memang dia untung...


3. This month lagi sioal kena gak 34.67 Hmm kol lagi mintak waive dia siap gitau yang aku kurang RM10 so dia kene cas


Dah dapat waive.. tapi apakan daya hubby tukar ngv kene rm2.6k. Nak wat epp tapi tak pat sbb cc yang ada epppblem... Pergh... geram sey... at last aku pakai ler cc nie... Tah cemane... terfikir nak soh dia konvert tapi tak pat... Dah kol n memacam still leceh... Arg... byangkan 600 lebe kene 40 kalau 2500 mau mencanak utang aku figure out tok ni... Gembel action aku kuar OD to setel pinjam lum baper lama jerk time tunggu gaji tapi gila nye wit OD almost kosong... Tapi dari kena ngan dia.... better cari alternatif so sib baik mbb ada bagi BT 24 bulan soh aku dumped padan muka hehhehe.... So kene pandai monitor ler... Alhamdulillah setel dah.... lalalla

Wednesday, January 13, 2010

Alkisah kawin ow kawin....
Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Macam aku nie baru je kawin.... Fuh.. lega.....Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihakKekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin.Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin. Beselah gado nie... So kene Selawat bebanyak time gadoh2 supaya Setan x mai.... Dah cool baru setel.. kalau boleh tunggu cool baru setel bukan time hot nak setel memang parah...Jadi ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Nak kawin bukan pikir menda best je owh... menda tak best pon kene sedia hadapi... Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

Aku nye kos kat tepi kaler BIRU....

1. Kadi :At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.kos kadi : RM80++2 (Kalau kat melaka 1% dari hantaran plus RM 40 x silap). Pastu gila buat HIV test. WAJIB nie... nak elakkan penularan..... Kalau korang jaga adab should be okay....

2. Kursus rumahtangger:Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat). Better pegi degn bakal sekali supaya apa yang kita dgar dan dia paham sama.....

3. Book Mak Andam:Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe. Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit) (Aku kene 1500 ler.... makeup, baju, pelamin dan pintu gerbang pakej ekonomi) Moral of the story tok bersanding amik baju sebulan awal to make sure tak kembang and kuncup. Tetiap minggu fitting... supaya maintain...... Tapi aku ada isue gak time baju aritu argh malas nak elobrate....

4. Photographer:Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Tapi aku mak aku yang amik kat cikgu skolah dia oka le gambar tak le mahal caya tak RM 250 jer.... Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... . dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Kalau nak pakage gempak ada member aku kene 1800 tapi harga tgok tue ... entry ni tok orang nak jimat jer... kalau dapat datok k naik kuda bleh jer.... Layman cam aku ni sederhana cukup ler...Kos : RM800

5. Kompang / HadrahUnless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.Kos :RM300. Tapi kalau pakai beg paip rebana plus silat mau dekat RM1ooo gak ler..

6.Dekorasi blok dan pelamin. Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.Kos :RM1000 (aku nye pakej ngan pelamin le tue... so memang bajet....)

7. Tukang Masak and Khemah Kosi MejaTukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang) Kat sini aku kene mahal sket sbb katering 1 kepala RM 8 tok 1000 = RM 8000. Khemah ada 5 jer... 1 khemah lum 250 darb 5 = dekat RM10k ler...Then additional RM 3000 kot tok malam nikah and etc tok orang dtang.8. KereteUnless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!Kos : RM300. Tapi my hubby pakai kete sendiri... ayah dia letakkan reben keneleh RM 20 kot.. tok segerombolan....

9. DJ/KaraokeKalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.At least 6 mths mesti nak kener book. Kos :RM850 (dengan dinner sekali). Amik kat Pak teh jer.. erm x silap RM 350-500 kot...

10. BerkatKira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.Kos : RM3000++. Aku kuar duit beli bag RM0.35 sekeping/500 pcs jer.. tapi barang2 kat dalam lebih kurang RM 2 per pcs termasuk beg... Dapat jajan sponsor. Bahulu RM 1 sekeping ngan telur...

11. MiscellaneousPerkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...Kos : RM2500 ++TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110. Memang aout tat price ler... Kad jer dah RM campur menda2 lain total cenggitulah....Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... .Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan (tapi aku bapak yang letak). Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey;sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi. Aku bapak aku letak RM 8000.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Sebab

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam balang kaca buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet. (tapi ada satu kes lelaki p letak 3000 hm... nasib badan...)"
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment." (ada interest tak?)
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin.

"Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni.Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni. Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "Tapi tolong le elakkan kawin dari pinjam loan nanti anak dah 2 loan x abis lagik.... Aku ngan hubby dengan jayanya x buat loan tok kawin tapi kami bersyukur sbb manyak pihak membantu kitaorang... PApepun kalau tak noleh nak elakkan loan buatlah OD.....