Monday, March 31, 2014

Percutian di Hospital Salam - Part 1

Dua minggu lepas my En. Hubby mengadu sakit pinggang, 10 March -  I pergi Hospital Salam cek in kan dia kat sana. Hmm kene buat treatment untuk mengurangkan sakit pinggang. Epidural dan Rawatan MRT... In detail akan melegakan sakit pinggang. Physioteraphy pon buat. Memang letih sebab pagi2 I hantar baby rumah pengasuh, drop by tengok dia kat hospital macam mana. Then ambil baby bawak jumpa hubby, malam kol 11 pm balik. Wow.... Letih selama seminggu... Hari Isnin 17 March hubby boleh keluar. Total bill RM 16,000.00. Tapi saya kene bayar RM 1063 mcm itu yang lain insuran yang bayar. Dalam hati sedih sebab kene bayar 1k. Tapi demi kesihatan  hubby, wang ringgit kene korbankan. Nanti dapat duit Elaun hospital nak suh dia top up balik.

Mahalnya kos percutian 8 hari 7 malam di hospital. 16k... Saya kene bayar 1k pon dah merungut. Tapi dari segi servis memang boleh kategorikan sangat terbaik berbanding hospital Kerajaan sebab : -


a) Memang tak ada rawatan Epidural di HTJ sebab mahal dan kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi epidural ni.. Masa bersalin pon memang jarang dia bagi epidural ni. Melainkan sapa yang dapat memang untung. Tapi kadang-kadang dia bagi juga untuk orang bersalin.. Penyakit macam hubby ni 1/100 orang kene. So apa yang HTJ boleh bagi adalah ubat tahan sakit, Phisioterapi dan juga rawatan susulan. Nak tunggu Xtray 2 minggu, nak tunggu MRI amik masa 3 bulan. Jadi kadang-kadang akibat kos rawatan yang tinggi orang sanggup biarkan pinggang sakit dan hanya makan ubat sahaja. Tapi dengan percutian bajet 8 hari 7 malam di Hospital Salam, semuanya selesai.

b) Parking lebih senang - Cuba bayangkan berbadan 2 dan mencari parking di HTJ, hmmm meletihkan. Walaupun di Salam Parking memang susah juga, namun takle lebih dari 10 min boleh dapat rawatan.

c) Waktu Melawat - Tak begitu tergesa-gesa sebab boleh datang bila-bila masa asalkan dibenarkan masuk oleh si pesakit. So far time dia cuti tak ada pulak dia merajuk tak kasi saya masuk bilik... So waktu malam boleh temankan hubby dan baby  Alayna juga boleh melepaskan rindu

d) Privasi - Sebab time ini kita boleh membuat seisi luahan bersama pasangan.... Bincang segala apa yang patut..  Dapat bilik single so kalau hospital HTJ sila redha kalau dapat 3rd class okay... sebab yang nak dapatkan rawatan memang ramai. 1juta penduduk di Seremban. Hospital ada 1000 katil. Untuk kuota ini bayangkan macam mana kerajaan nak tampung dan kos rawatan kalau bagi majoriti bilik single.

e) Tiada Doktor Pelatih - Maca, biasa bila ward rounding dibuat, ramai giler Doktor Pelatih akan datang. At least 4 orang Doktor yang akan attend. Tak ada Privasi.

f) Boleh request menu sesuka hati ikut menu yang diberi

Ha kat bawah ni gambar pakage percutian saya..... Sekian....




Saturday, March 15, 2014

Rezeki berzakat dan EFiling

Semalam Aku pergi pusat Zakat N9. Hmm mengira2 zakat yang kene bayar. Adush sebab aku mmg banyak tak bayar zakat dowh. Sekali lepas cek mmg ada hutang zakat tertunggak dalam RM 272. Total zakat kene bayar tahun lepas RM 742. Kira dah dekat hujung tahun aku pemalas nak membayar zakat... Memang mengada sebab tak buat potongan gaji.

Lepas kira En. Zamri dari Pusat Zakat pon kirakan, oleh sebab nak buat EFiling dia pun tolong apa yang patut. Aku tanya hubby punya zakat, hmm dia pon zama. Ada hutang lagi RM 315. Denga selama aku tanya boleh tak resit hubby buka atas nama aku. Boleh. yang penting niat dan bayaran... Oh macam itu. Sekarang barulah asaya faham. Tapi resit boleh dapat minggu depan. Aku boleh buat Efiling.

Sebab Sabtu Cloud 9, aku nekad nak buat E-Filing. Sedih aku tgok cukai berbayar aku RM 3406.00. Selamba jer PCB tolak tanpa memikirkan masa hadapan. Waa..... paling banyak aku kene. Tapi sebab ramai kata tahun ni cukai mmg dah kurang, mana taknya GST dah nak buat. So korang kene buat E-filing, aku pon nekad nak dapatkan balik sebanyak mungkin.

Setelah key in apa yang patot, aku pon dapat balik semua yang aku bayar, I repeat semua. Seposen pon dia tak tolak. Sila tunggu refund kat account bank. Hmm.... kene sedekah sket kat orang baru berkat... Itulah rezeki berzakat bayar RM 272. Tapi dapat pulangan RM 3406.00. Patutlah Nabi kata memang bila kita berzakat rezeki kita bertamabah... Hooray....

Tapi jangan cepat bergembira sebab kengkadang dia audit dan minta kita sertakan semua resit Zakat. Jgn gelabah sebab mmg pusat zakat sentiasa simpan. Aku pernah kene audit dan dia minta semua resit zakat doh...

Se sapa yang belum buat Efiling. Sila buat dan dapatkan kembali duit anda, sebab mmg kita layak untuk dapat refund, memandangkan GST dah nak dilaksanakan. Sapa yang tak nak buat dengan alasan malas...  Time BR!M pandai pulak kau nak mengisi. Sila redha untuk kerajaan ambil duit korang dan memekak pasal cukai yang tinggi. Sesiapa yang mmg gaji dah besar anggaran gaji MB dalam 20k sebulan sila redha sebb ko dapat gaji besar kat Msia.

Kepada yang nak tahu meh aku ajar.

Step 1 - Cek EA Form ada tak PCB
Step 2- Kalau ada pls pergi web LHDN - Efiling.
Step 3 - Isikan maklumat, anak berapa, isteri berapa dan ptongan yang memang ada mcm insuran, buku, alat sukan dan lain2.
Step 4 - Masukkan amoun PCB (biasanya dah ada)
Step 5 - Kalau belum bayar zakat stop, pergi kaunter zakat bawak EA form dan pergi bayar.
Step 6 - Bawak resit zakat dan masukkan amount yang dah bar.
Step 7 - Sahkan masukkan IC dan sahkan maklumat.

Step 7. Print mcm kat atas. Tunggu duit refund masuk....

Tetapi sekiranya korang berpendapatan RM 100k setahun, sila guna software untuk dapat penolakan semaksimum mungkin sebab berkemungkinan kene bayar extra. Tapi memandangkan gaji aku belum macam MB atau orang yang 10k - 20k sebulan (gaji menteri nie) aku boleh buat Efiling. Kalau dah terlampau tinggi, menggunakan tax consultant adalah jalan yang paling terbaik.

Untuk rakyat marhein mcm saya buat sendiri lagi jimat....

TQ gomen. Sila cepatkan refund saya sebab saya rasa, saya nak bayar PTPTN saya.... (dapt dari gomen bagi balik kat dia....)


Thursday, March 6, 2014

Goodbye to TESCO Credit Card and Hong Leong Credit Card

 Oleh sebab sedar kenaikan kos sara hidup. Aku dan hubby bercadang untuk hold 1 card setiap seorang. Dengan syarat tak bayar bayar tax untuk kredit kad.

Oleh sebab gaji kita orang masuk kat Public Bank. JAdi swipe Debit KAd je. Debit Kad ni macam kredit kad je fungsinya tapi sebabkan Credit kita hutang, Debit ni kira kita gunakan tunai. Memang best guna Debit Kad kalau ada duit banyak kat dalam akaun. Kalau tak ada so sila jgn belanja.

Bermula desakan aku suruh dia call RHB untuk cancelkan kad, agak hooror jugaklah...


 Mcm ni jer lebih kurang kad hubby ku yang warna kelabu tue... Macam Platinum Kad... hak3...


Step 1 - Call centre untuk cancelkan, - Centre suruh settlekan outstanding balance.
Step 2  - Dah setel call lagi sekali - Oh ada installment last bulan 2 kene tunggu next statement kalau bayar awal kene penalti.... then tunggu bukan depan.
Step 3 - Dapat statement untuk final installment (aku rasa beli TV dah setahun akhirnya) bayar
Step 4 - Call centre untuk verifiedkan no more outstanding (pergh dia minta 1 minggu and call back; aku agak cuak sebab next month dah kira tahun seterusnya maknanya tax terus sampai.... argh stress sungguh)
Step 5 - Call lagi - then veried dengan report kod segala bagai....

Syukur rasanya sebab dah setel . So kesian kerajaan tak dapat collect RM 50 dari aku.... Hahaha....

Tapi Tesco RHB ni memang bagus sapaer yang suka shopping kat TESCO. Memandangkan aku pergi 2 bulan sekali so kekadang tak worth sebab pengiraan point dia plak tak straight forward ada minimum spendinglah bagai. Rasa macam nak tampar jer bila tengok Tesco kad statement.

Sekali ada Step 6 - RHB call pujuk and bodek hubby ku nak increasekan limitlah, nak bagi cashback RM 50 goda dia suh amik kad baru... Amboi suka hati ko menggoda hubbyku untuk memastikan kami cancel balik niat nak cancelkan kad ek. Nasib baik laki aku kuat iman... Dia terus NO 3x.... So Final  Good Bye ler....

Hujung Bulan 2 semua settle.... 1st Goodbye... Muah3... sebab banyak tolong kami....

*****************************

Next aku plak nak setelkan aku punya Hong Leong Bank Gold Card. Kad aku macam ni tapi skang dah belubang puncher (adik bank dah lobangkann dengan puncher) Limit tak banyak pon gaji orang bese2 jer... adalah dalam 10k.






Step 1 - Setelah aku bayar 6k online, aku pon drive ker HLB Senawang dengan niat nak cancelkan kad aku.
Step 2 -  Amik nombor bawak statment prepare duit RM 345.40. Itu jew belen yang tinggal.
Step 3 - PErgi kaunter bayr dia minta IC dan sain form. Then dia kata kat Belen Transfer ni ada extra RM 0.15. Cik ada Hong Leoang Bank Account. ku geleng. Ala biarkanlah. Malas aku RM 0.15 jew... Takpelah. Aku gitau lebut jer...
Step 4 - Cik ada hutang RM 0.15... Sebab cente kata macam itu (time ni memang manager dia cakap). Ini statement saya, boleh bagitau mana datang RM 0.15 ni? Tak boleh jawab... dia buat muka memang aku geram. Centre yang bagitau kami tak pasti sebab kami proses jer. U look at my statement, u owe me RM 0.15 now u tell me I have to pay extra RM 0.15, where u pluck the figure u also can tell me where.....  Hamboi bahasa omputih dah kuar baru kau nak terhegeh2 layan aku bebetul
Step 5 - Ic verified, sain lagi satu borang dan kad pon kene punch....

Lega aku rasa lepas cancelkan HLB. Memang berzikir nak tunggu. Phui sengaja nak pau aku RM 0.15.

Next aku pon setelkan apa yang patut....

Aouch ada Step 6 - Panggilan dari HLB, godaan untuk tak payah canel bagi percuma annual fee. Soh aku joli lagi untuk dapatkan point dan tukarkan point kepada cash tok bayar Government Tax...
Setelah 7 kali tak nak akhirnya mereka redha....

Welcome to my new life....

Sekang kad yang ada... ATM kad... for me aku pegang Public Bank, Hubby pon sama...

Sekian....