Thursday, July 10, 2014

Insuran Kenderaan - Apa yang saya tak tahu

Okay oleh kerana bulan lepas dah cukup setahun kereta Almeera Putih punya happy birthday, maka sudah tiba masanya untuk memberi pengeras yang sepatutnya iaitu memberi wang imbuhan tahunan kepada konsesi insuran untuk memastikan apa-apa terjadi, kereta tersebut tak menjadi beban. Ala senang citer Roadtax dah mati so kene hidupkan bukan pacak batu nisan, walaupun kereta saya adalah Nissan. Sama tak serupa.

Okay ini Flash back (mood hitam putih) Masa beli kereta Nissan, En. Hubby telah mentransferkan NCD (No Claim Discount 55%) daripada kereta Lambogini aka Proton Iswara kepada kereta Fair Lady aka Nissan Almeera. Penjimatan roadtax kereta Almeera daripada RM 2300 telah menyusut menjadi RM 1035 untuk sum insured. Wow pakage yang menyeronokkan. Dengan selamba, kami telah menjolikan duit lebihan insuran tersebut tanpa memikiran situasi tahun berikutnya.... Sampai sekarang aku tak ingat apa aku buat, kalau tak silap bayar 1st installment kereta Fair Lady aka Almeera kot. Pada masa itu premium Lambogini aka Iswara hanya RM 271.

Okay setelah merenew Insuran Fair Lady aka Almeera pada 27 Jun aritu, roadtax buat hari berikutnya. Kene buat dekat Nissan sebab nak dapatkan Nissan Care (sebarang total loss akan diganti dengan kereta, towing semua dibuat oleh Nissan) sama ada nak upgrade atau tukar jenis kereta yang sama tapi kene cap Nissan juga. So kalau anything happen to ur Nissan u can either opt for Almeera or anything higher than Almeera, fair lady tak bole sbb Tan Chong tak ambik. Mcam Teana, Silphy, Livina tak ada masalah. Cuma bayar beza harga jew... Taktik Tan Chong nak buat duit kan3.....

Oleh kerana bajet ketat, jadi Iswara telah diserahkan kepada ejen lama untuk direnewkan. Dengan sengaja mendelaykan 1 minggu untuk memantapkan kewangan sementara menunggu duit lebihan lain masyuk dulu. Mula- mula dapat quotation total termasuk roadtax adalah RM 520.00. Aku pon suruh proceed. Hari ni follow up minta roadtax dihantar, tak semena-mene harga melonjak menjadi RM 921.42. What the Tut.....
"Tolong faxkan quotation", sekarang baru aku faham, no NCD sebab dah transfer, dan gara-gara kenaikan insuran aritu dan juga kenaikan loading sebab Iswara ni dah tahap anak dara umurnya, maka dikenakan loading 10%. Berlanjutan zikir aku memikirkan mana nak cekau. Setelah bediskas dengan ejen, maka aku suruh je dia tolak komisen yang melambung tue. Boleh ek sebab saya nak raya juga, tapi kereta perlukan insuran and roadtax kalau tax polis akan bagi saman sempena raya. Oleh sebab aku menjadi ejen bertauliah dengan sayrikat ni maka dikurangkan kepada RM 860.00. Terima kasih ye. Makin maju lah Encik berniaga. Semoga berkat dunia akhirat.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Akhirnya roadtax Iswara tetap direnewkan sebelum Raya. Well harus diigat bahawa setiap yang terjadi adalah ujian. Senyum sorang-sorang bila memikirkan dugaan kecil ini. Kadang-kala bila kita dalam kesusahan jgn pandang ianya satu kesusahan, tapi pandang ianya satu cabaran yang Allah berikan untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik.


P/S: Ada doa naik kenderaan, semoga En. Hubby boleh hafal sebelum roadtax direnew tahun depan. Maklumlah rpadtax cover disertakan sekali doa naik kenderaan

Tuesday, July 1, 2014

Hutang Kereta dan Hutang Rumah dan Langkah sepatutnya

2 hari sebelum puasa aku berjumpa dengan pasangan yang baru 6 bulan kahwin (aku estimate sbb inai masih boleh nampak lagi). Minat terhadap Projek Kondominium menyebabkan mereka sanggup datang dari Seri Kembangan ke Seremban untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek ini.

Setelah soal selidik ini contoh pendapatan bulanan orang muda zaman sekarang, kali ni aku ambil contoh Couple Seri Kembangan : -

- En. Hubby Seri Kembangan
~ Gaji RM 2500 sebulan
~ Hutang RM 1k sebulan (aku rasa Honda Civic ni)
~Personal Loan 20k, Installment RM 400 ade kot
~Itu sahaja...

Puan Wife Seri Kembangan
~Gaji RM 3000 sebulan
~Hutang kete tak ada
~Personal Loan 10k - staff loan
~Itu sahaja

Mereka berdua sedar tentang pentingnya memiliki rumah maka tak bertangguh untuk sign up/reserved satu lot dengan aku. So tunggu bila boleh bayar booking.

Kerajaan perlu serius untuk menurunkan harga kereta sebab harga kete import kat Malaysia memang mahal gilos. Aku cuma mampu pakai Nissan yang based line jew. Walaupun hajat di hati nak pakai Fair Lady.

Anak muda juga perlu sedar diri bahawa kereta akan depreciate sangat cepat so cepat beli rumah sebelum gaji naik. Realiti cek harga rumah takkan tunggu gaji kita naik. Biasanya dia naik dulu baru gaji naik. So kalau gaji macam kat atas, sila beli VIVA dan beli rumah kemuadian bila gaji naik baru upgrade Honda.

Mekanisme membantu pekerja swasta memang sangat penting untuk memastikan pemilikan rumah yang lebih efficient. PRIMA Loan, Skim Pinjaman Rumah Pertama dan PRIMA Housing kene buat lebih mudah approve bukan lebih payah approve. Sila tekan bank untuk bantu golongan seperti ini.

Kerajaan kene wajibkan penyemakan harga sebenar pasaran sebelum meluluskan projek perumahan. Bila kerajaan sendiri menyemak harga sebenar pasaran, baru adil sebab ada tekanan diberikan kepada pemaju.

Sila tinggikan RGPT sebab tak patot ambil untung semasa rumah dalam pembinaan, terutamanya orang yang terlalu banyak duit yang beli rumah macam cokelat.

Wednesday, June 25, 2014

Saya tak cukup duit... Please help...

Oleh sebab nak raya, serius agak seriau sebab duit memang dah allocate untuk benda lain. Tak bajet lagi untuk bajet hari raya. Aku rasa tahun ni akan menjadi seperti raya kali pertama aku dan En. Hubby sambut sebagai somi isteri. Baju recycle, dan juga duit kering.

Tapi semangat kene kuat sebab kalau Allah uji satu kesusahan mesti diselangi dengan nikmat juga kalau kita redha. Semangat World Cup, 4 tahun sekali kene rasa perkara macam ni. Mana pergi duit aku ... Argh... biarlah kami berdua tanggung sebagai asam garam.

Bila fikirkan duit bukan tak ada cuma tak cukup untuk celebrate Hari Raya secara Gemilang sahaja.... Rasanya kalau aku cuma allocatekan RM 500 untuk raya pakej jimat boleh tak... Meh tolong senaraikan perbelanjaan Hari Raya

1. Baju raya - hanya beli untuk Alayna, mama dan papa dia RECYCLE..... - RM 50
2. Kasut Raya - hanya beli untuk Alayna, mama dan papa tak payah k - RM 30
3. Duit Raya - anak buah sorang RM 1 - (so kira seratus dah cukup da) - RM 100
4. Duit minyak dan tol- RM 70
5. Kuih muih - RM 50

Huh itu sahaja. Yang lain memang tak mau beli..... Sebab lagi RM 200 emergency.... Meh kita buat Challenge Hari Raya.....


Tuesday, June 17, 2014

Wedding dengan Pakaian Biasa - Dont be Judgemental.....

Hmm musim cuti sekolah memang wedding merata-rata. Tak silap my wedding dulu time cuti sekolah juga. Minggu ni kawan En. Hubby di PJ Perdana. Menantu pertama tak silap. No pelamin, just the Photobooth.

Oleh sebab balik dari keje halfday, pakaian memang agak formal sebab punch out pukul 1 dan terus balik rumah. Make up sikit sahaja. Kalau kita perhatikan time wedding memang baju kurung, baju kebaya dan segala macam baju yang meletop bakal dipakai oleh anak dara ataupun mak anak dara. Itulah masa nak menayang baju raya. Terus terang, aku memang jarang menayang koleksi baju meletup time wedding except my sister wedding sahaja. Memang sejak dari zaman anak dara sehingga ke zaman mak kepada anak dara comel saya.

Tapi macam biasa mulut orang memang kadang-kadang suka menempelak tanpa mahu bersangka baik. Personally, dulu pernah ditegur oleh seorang kawan kepada En. Hubby di rumah pengantin dalam bilik pengantin. Kebetulan malam nikah memang baru balik dari kerja so last minute dapat panggilan dari En. Hubby untuk pergi ke rumah pengantin  perempuan untuk meraikan malam pernikahan (masa itu kami bercita lagi), lagipun ramai kawan perempuan dia yang I kenal. Masih ingat Minah yang mulut memang suka menyentapkan hati orang...

 "Is it okay kalau I pakai baju formal sebab tak ada baju krung yang dah bergosok and u need me to be ready by 15 minutes" tanya saya.
"Should be okay sebab lepas ni ramai-ramai kita nak pergi beli barang kat Down Town" sejuk hati dengar dapat green light daripada dia. Lagipun malam, dia memang simple orangnya dan kurang protokol berbanding sesetengah orang, asalkan kemas dan tak selekeh dah cukup. Kami berdua memang simple.

Sampai di rumah pengantin masa itu tahun 2008, 3 orang kawan perempuan hubby ada, kesemuanya memang baju kurung dan kitaorang pun pergi ke bilik pengantin yang baru diijabkabul, esok majlis persandingan. Ucapan tahniah pengantin terima. Hmm akhirnya pengantin nak salin baju, antara dialog yang keluar

"Eh kak nak pakai baju apa ek, pakai baju seluar jelah sebab panas, lagipun dah malam" pengantin tanya kepada seorang kakak yang free hair.
"Alah kau dah LAKU takpe kalau pakai baju seluar majlis macam ni, lain kalau tak LAKU lagi nak pakai seluar memang tak patutlah" tiba-tiba semua mata pandang aku.

Aku terdiam, memandangkan majlis orang memang aku tak buat scene. Mulut kakak tu memang sengal. Apa yang pelik baju kurung lagi penting dari tudung. Ok fine dengan kelaseran mulut dia hati memang mendidih. Dalam hati dah menyumpah, tapi memang nak cool cuma time itu "Allah Beri Cuti" jadi emosi agak tak stabil so sengaja mengada-ngada mengadu kat boifren aka En. Hubby. Tapi malangnya dia cakap ala dia tak maksudkan u tu..... Ok fine merajuk, terus suruh hantar aku balik makan pon 3 suap... depan member dia aku buat perangai tapi tak adalah macam dalam Sembilu.... Aku balik rumah terus tak keluar rumah. Boifren pon balik dengan hati yang bengang.

Esoknya sama-sama kene pergi seminar. Hohohoho tak saper kene pujuk tak sapa teruskan merajuk. Gencatan senta dilakukan. Good things about us, dari dulu memang kitaorang akan selalu buat gencatan senjata untuk elakkan perbalahan berterusan. Sometime bila gaduh its all about drama. Sejak hari itu, determine dalam diri, orang hanya boleh mengata dan mengata tanpa melakukan usul periksa. Biar dia kata kita ni miskin ke, buruk ke, perangai teruk ke dan macam-macam lagi, tapi apa yang penting adalah judgement dari diri kita, pasangan kita dan juga Allah. So tak perlu nak sentap kalau orang mengata baik dari depan mahupun belakang. Senyum jelah sebab lama-lama dia akan diam. Nah ahkak seponsor gambar yang hampir mendapat 1 juta like (argh perasan, ko hengat ko Nora Danish, erk tak sya ada adik nama Nora dan anak buah nama Danish jew)


Comelka... melepak kat photobooth pengantin tanpa mengajak pengantin.... Dengan baju yang sama dapat minum free 2 minggu lepas di Starbucks (dua-dua pun free).... My lucky dress i guess... Kalau nyampah tolong amik garfu cocok mata sniri.... Sob... sob... sob....


Tuesday, April 29, 2014

Tragedi April Cermin Kereta Kene Pecah



Hmm masih terbayang waktu aku drive nak ke Maybank buat Bank Draft sebab nak masuk rumah lelong. Time berenti kat traffic light, bang ## dush## cheng.... Tak sampai 10 saat, cermin penumpang dipecahkan. Hand bag (Charles and Keith my first collection) kena tapau... Terkesima aku dengan insiden tue.... Serius aku menjerit dengan baby dalam perut tiba-tiba kejang...

Ada orang nak tolong tapi aku tak percaya kan sesapa. Segera aku drive ke office dan minta ofismate aku bawak aku ke Balai Polis. Buat report, dan aku listkan barang-barang yang hilang. Total lost... hmmm



















- HP Note 2 + HP Samsung SL + Cash RM 200 + Handbag Charles and Keith + Purse Charles and Keith = Adush total lost dekat RM 3000 tue.... Sedey betul.

En Hubby dah nak pergi Solat Jumaat, terus datang rescue 911.  Setelah dia ambil aku dari balai, dia bawak aku dan ofismate lunch. Memang stress tak terkira.... Wah... stress....

Next aku ke Maybank untuk buat Bank Draf sebab Branch Manager ada hari ni so boleh buat transaction walaupun tak ada ic tapi dengan approval dia. Auction hari Selasa 15/04/2014. Harapan agar menang jew. Setel Bank Draft, aku ke Lonpac tok soh dia amik gambar bukti yang dah pecah so nak claim insuran le... Dekat petang baru aku jumpa Inspektor Guna kat S2 bagi keterangan....

Tapi aku bersyukur sebab aku tak alami kecederaan dan baby dalam perut selamat. Walaupun kerugian tapi aku rasa nyawa lebih berharga. Agak sedih dan cloud 9, namun still bersyukur sbb Allah mudahkan proses.... Terpaksalah EL 1/2 day nampaknya....

Kemaafan Dendam Yang Terindah...........

Ok fine memang marah dan memang menyampah. I don't deny that.... Tapi akhirnya aku tetap maafkan. Sebab aku harus sedar mungkin apa yang berlaku menjadikan aku lebih matang dan lebih berhati-hati dalam kehidupan. Lagipun orang dah minta maaf. Siapa aku nak gantung dosa orang.

Bila kita tak maafkan orang, kita akan rasa bengang, menyampah dan benci. Tapi bila kita maafkan, kita rasa lega. Lega yang teramat sangat. Mungkin sebab itu aku statement kemaafan dendam yang terindah...

Ok skang dah rasa lega... malas nak entry pepanjang....

Wednesday, April 16, 2014

You're Welcome Girl


Waktu hari Ahad bila En. Hubby bagitau yang dia nampak kawan lama aku terus mata aku melilau mencari. Hubby bagi dia melarikan diri. Aku memang tahu mungkin itu yang dia rasa terbaik untuk dia lakukan buat masa sekarang.

Aku dah jangka selepas tindakan aku "go beyond the boundary" untuk tolong dia semua ini akan terjadi. Sayang sekali dengan sacrifice yang aku buat untuk selamatkan dia dahulu aku hilang seorang kawan. Tapi aku bersyukur sebab familiy dia tak hilang dia.
Nak kata piss off.... Sedikit sebanyak memang ada. Tapi aku tak nak melalui fasa kelukaan hati dengan mengatakan its okay and bla3..... Cuma aku percaya buat masa sekarang adalah terbaik untuk dia melarikan diri dari berjumpa dengan aku.

Takziah untuk kesedihan yang dia hadapi baru-baru ini. Hidup ini kadang-kala kita membuat keputusan yang silap. Apa yang kita perlua buat adalah belajar dari kesilapan dan jangan ulangi kesilapan itu. Silapnya aku sebab mengetahui kesilapan yang dia buat pada saat akhir. Silapnya aku sebab tak mencegah dia dari teruskan pada saat awal. Meskipun aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya tapi aku tetap percaya setiap kesilapan yang kita lakukan akan menyebabkan kita lebih matang.

Untuk menjadikan penilai aku tak silap, aku tanya pada orang lain. Membaca entry tersebut, aku cuma senyum pahit. Mungkin itu yang boleh dia sampaikan buat masa sekarang.... Gambar kat atas sahaja yang aku boleh sertakan...