Tuesday, November 13, 2012

Kenapa Lelaki Suka Wanita Pintar...

Hmm bila terbaca akhbar Utusan mengenai trend lelaki yang suka pasangan yang pintar aku senyum dan tersenyum... Macam biasa balik aku ajukan perbincangan dengan suami.. Kenapa yerk... Kalau I dulu belajar sampai SPM... rasa-rasa abang la boleh ke kita berkawan dan serius seperti sekrang... Amboi... bukan main lama lagi pemikiran diluar dari kotak cuba dicungkil....
Jadi.. apa jawapannya.... Hahahha.... gelengan kepala sudah cukup untuk aku faham.... Tapi kalau u comel macam budak jual nasi lemak yang nama Dhia oklah... Huhuhu... Selesai sudah.... Kenapa trend sekarang makin berubah?... Terus terang bila aku kerja dalam bidang hartanah, realitinya tak semua suami boleh beli rumah tanpa pinjaman bersama dengan isteri. Kalau ada pun kakitangan kerajaan sbb dah tertera kelayakan pinjaman anda berapa..

Berikut antara sebab mengapa lelaki suka perempuan pintar...

1. Sedar atau tidak lelaki turut memkirkan pasal security mereka...Mereka turut mempunya isu dalaman kalau aku tak kerja macam mana. Siapa nak tanggung aku... Malahan ada juga yang memang keje sambil lewa sebab tahu kedudukan kewangan isteri kukuh dan ampuh. Dapat pulak isteri yang tak berkira dalam soal kewangan. Apa yang penting kesetiaan.

2. Perempuan pintar turut menjadi trofi atau status mereka... Sebagai contoh bila ditanya oleh keluarga dan masyarakat sekeliling apakah pekerjaan isteri mereka... Hmmm trend jawapan yang kita boleh tahu.... -Kalau position tinggi macam cikgu, peguam, engineer, pegawai bank dan sebagainya... mereka akan terus menyatakan jawatan dan tempat bekerja... contoh... "Isteri saya bekerja sebagai peguam di Mahkamah tinggi"... tapi kalau jawatan biasa-biasa... "Isteri saya bekerja di Mahkamah Tinggi"... hahahha jawapan yang solid

3. Wanita pintar juga bijak melontarkan idea disaat mereka memerlukan. Jadi suami yang perlu uruskan semua memang agak stress.... Nak cari duit, nak beli barang, nak hantar anak tution nak itu dan ini. Sehingga kadang-kadang kesihatan sendiri diketepikan. Sekiranya sesuatu berlaku, bagaimana wanita akan react... Okay... cukup sekadar dia tahu bahwa sekiranya... sebagai contoh.... alamak yang... rumah tak kemas... lusa orang nak datang... lantai berlekit... jgn risau... meh pinjam bibik sebelah... senyum... selesai satu masalah... Alamak yang duit tak ade... susu dah habis... jgn risau.. boleh beli tin yang promosi... google sapa nak jual murah...

4. Wanita pintar pandai kawal emosi... - kalau perasan... mereka takkan nak mengamuk atau menjerit tak tentu fasal... lebih tahu apa yant patut dibuat dan tak patut dibuat... wanita pintar tak membebel tapi lebih kepada silent treatment... hahahaha... amik kau...

5. Wanita pintar akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.... Hmm agak klise tapi hakikatnya mereka takkan duduk dan pandang sahaja... mereka mesti berusaha... 

Apapun pintar boleh diperolehi dengan usaha...sebab kalau dilahirkan pintar tapi tak diasah... tumpul juga.... tak semestinya pintar perlu sekolah tinggi dan belajar sampai universiti... tapi kalau sekadar bijak belanja dan memasak urus rumah dan anak-anak dengan sendiri masih dikira pintar....

Saturday, November 10, 2012

Redha itu Ikhlas

Setelah apa yang terjadi... Masih tergiang-giang lagi di telingaku... Redhalah sebab ini semua berlaku denga izinnya... Redha itu memerluka keihklasan. Kalau tak cukup ikhlas memang tak redha sebernarnya. Jadi macam mana aku nak didik hati ini supaya redha. Entahlah kalau tak difikirkan akan menjerat perasaan.

Tapi bila aku membaca artikel ini menyebabkan aku terbuka untuk memberikan ruang keikhlasa dalam diri sendiri. Mungkin 100% tetapi sudah cukup untuk mempertingkatkan segalanya. Semoga semuanya berjalan lancar.

I luv Islam said...

Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.

Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.

Sumber:akuislam.com

Friday, November 9, 2012

Sindiran Pak Haji kepada saya...

Hmm skarang orang dah balik dari haji... Alhamdulillah... Dalam banyak-banyak orang pergi haji... Saya paling ingat sorang pak cik ni... Jumpa 1st time di airport sewaktu dia berurusan untuk hantar anak ke umarah... Katanya... pak cik dah selalu pergi.. tapi kali ini pak cik suruh anak pak cik pergi...

Dia berbual panjang dengan bapa saya.. berkisarkan pengalaman di Tanah Suci.. Antara doa yang saya titipkan pada mak ketika itu adalah nak dapat anak dan nak pergi ke sana... Wow... sungguh berkesan dan dengan izin Allah.. dapat seorang... (dah nak masuk 7 bulan pun skarang)

Ok... ini skrip kami...

Pak Cik : Kamu dah pergi umrah

Saya : Belum lagi.. Belum ada rezeki...

Pak Cik : Orang muda zaman skarang... Bonus 2 -3 bulan gaji kalau hati kamu bulat dan tekad... dah boleh pergi ... Jangan menoleh ke belakang... Hai tak bulat dan tekad nak pergi sebab itu kamu boleh cakap belum ada rezeki... Rezeki Allah dah bagi... cuma hati kamu saje yang tak tekad...

Terdiam dengan sindiran pedas... menoleh pada mak... Mak tolong saya.... Pak Cik ni.. sindir saya...
Mak mula menyampuk....

Mak : Biasalah budak muda...(ceh mak ni bukan nak baking)

Pak Cik : Sebab dia muda kita kene suruh.. sebab bila dah tua nanti macam mana... 

Muka hanya mampu senyum tawar... Orang tua mempunyai cara tersendiri nak pastikan kita dengar... Jadi kalau dah muda itu dengar dan analisa... Betul jugak kata pak cik ni... So dalam doa lepas ini... titipkan untuk dapat pergi kesana.. dibukakan hati... Ya Allah kau permudahkanlah, aku suamiku, anak-anaku... kaum keluargaku untuk ke sana... Amin....

Thursday, November 8, 2012

Tips untuk kurus selepas bersalin....

Hmmm susah nak bagi tip s untuk teknik nak kurus selepas bersalin tapi aku rasa ramai yang tanya wow.... cepatnya turun.... Ada jugak... mak buyung yang seangkatan tak turun.... lagi thats depend....

First... masa pantang... believe or not sebab dijaga oleh mantan guru besar... Aku akan pakai bengkung... bertungku pagi-pagi dan beranggang petang hari.... Kenapa sbb aku memang mempunyai motivasi nak kuruskan badan... Then makan lauk pantang yang memanng tak best....

Secondly... time ni memang pantang je makan.... Jauhkan sket dari makanan... Ada orang sengaja letak roti sebelah tapi aku memang tak letak.  Minum susu selalu dan minum air selalu sbb breast feed.

Thirdly.. mandi air panas... air herba dan macam-macam lagi untuk memastikan pelancaran darah...

Fourthly... rasa nya itu jer yang aku buat... so selepas 4 bulan boleh pakai balik baju lama....

Makhluk Tak Asing Tak Sedar Diri

Ok ini cerita seram... Sila jangan baca kalau ada sakit jantung...

Kisah ini dekat sebulan dah... Tapi masih ngeri bila aku fikirkan...Satu malam setelah mendapat sms... Aku pun bagitau hubby nak pergi ke Dataran.... tujuan nak keluarkan duit dan bayar bill... Hmm dia kata okay dan nak jaga baby...

Aku parking betul-betul depan maybank senawang... Wahh sungguh meriah Dataran pada waktu malam. Alkisah... Oleh sebab parking memang horror ke sebrang Watson aku pun pilih untuk menyeberang... Memang gelap sbb tak bayar bil letrik kot.. Then aku pun jalan sampai ke Watson... Mata agak meliar sebab malam yang gelap orang nampak macam bayang-bayang... Dan... tak tau mereka orang atau sebaliknya....

Setelah selesai transaksi diluar sana.... aku seberang balik Dataran itu sebab nak pergi ke kereta yang diparking sebelah maybank.... Tiba-tiba aku terdengar bunyi esak seorang perempuan... Tapi dek sebab malam yang gelap aku pon mencari...Dalam hati aku pun kata ada nang nak ke kat sini... Tapi ini Dataran Senawang bukan Dataran Thailand.... Makin lama-makin pelik dengan bunyi macam esakan perempuan tapi sayup-sayup kedengaran.....Ada benda tak kena.... Aku nampak seorang perempuan sedang mengerang... tiba-tiba ada makhluk lain dikakinya.... Aku pun berkata.... Astagfirullah halazim....3x 

Orang tengah mabuk disimbah air memang akan maki hamun... Apa lagi... kenelah aku... Semua dikatanya... Agak kaku seminit.... Sebab takut aku belah.... Balik dengan emosi tak best...

Kalau korang nak mabuk pleaselah jumpa kadi gitau saya dah mabuk tolong kahwinkan saya sbb saya tak mau buat maksiat... Argh... mengkak hati ini menyampah.... dan menyumpah....

Moral of the story : - Dalam gelap itu kebarangkalian adalah Makhluk Tak Asing Tak Sedar Diri yang berekor bukan Makhluk Asing atau Makhluk Halus.....

Tuesday, November 6, 2012

Tips bersihkan Peti Sejuk...

Hmmm apa korang akan buat kalau peti sejuk dah berulat.... Hmmm macam mana nak buat... Al kisah... suamiku pergi ruma ibunya dan dia pun berbau sometime smelly... alamak... peti sejuk dah rosak kot... All those maggot... macam mana nak buat... So kat sini kita kene pastikan peti ais kosong kalau nak pergi kemana-mana more than 1 week..

Apa lagi selaku suami yang bijak dia tanya saya... what should I do... Memandangkan dah malam... aku gitau please balik then we settle the problem esok...

Step 1 - Mula-mula saya menelefon cleaner dan memberitahu yang esok akan ada job untuk dia... (please jangan gitau peti sejuk berulat mahu dia tak mau kemas) Why cleaner and why tak kemas sniri... Boleh pengsan kot....

Step 2 - Beli arang, plastick hitam dan ejen pembersihan - syampoo haiwan untuk membersihkan udara.. Kalau ada air purifier lagi bagus...

Step 3 - Bawak cleaner ke sana... pagi-pagi sila sms boss sbb amik el... Bukan senang nak kemas .... bau dah sampai kat depan..... Sabar yerk tunggu step 4...

Step 4 - Kerja pembersihan dimulakan... OMG aku terbayang wajah si Lia kegelian melihat... maggots.... yew... aku tak mau tgok trus... nanti muntah... heheheh... so typical suziey...

Step 5 - Buang semua barang dalam peti sbb dah jadi beracun... please jgan simpan buang sbb dah banyak bacteria... Sila cek makanan lain di dapaur e.g beras - sure akan berulat.. tolong buang sbb bakteria boleh merebak melalui udara... lebih selamat kalau kita bersihkan semua....

Step 6 - Basuh semua bekas yang mengandungi makanan - kosongkan sbb nanti ganti dengan makanan baru...

Step 7 -  Cuci peti sejuk ... setelah cuci, keringkan, then letk arang dalam peti untuk pastikan arang serap semua bau peti sejuk yang tak sedap itu.

Step 8 -  Mop satu dapur - Ini memang wajib....

Step 9 - Pasangkan air purfier untuk rumah

Step 10 -  Turunkan semua langsir dan basuh (yang ini saya tak buat lagi... sbb cuma mak saja yang tahu macam mana nak masukkan cangkuk pin)

Last but not least... Sila cuci satu rumah....

P/s: Rumah anda still akan berbau... Well it takes time sila bersabar yea... tapi apa yang pasti rumah akan hilang bau sedikit demi sedikit...