Thursday, January 23, 2014

Mari Membantu Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Pusat

Okay kalau dengar entry bodo kat atas mesti ada kata MACAI and whatever... tapi kalau orang yang faham ini adalah sindiran kepada kerajaan tempatan dan kerajaan pusat....

Setelah hampir 2 tahun aku TEGAR tak membayar cukai taksiran... hari Khamis aku pergi ke MPS untuk melunaskan bayaran cukai taksiran untuk rumah En. Hubby dan rumahku...  Buat proses tukar alamat dan dapatkan taksiran terkini untuk Rumah yang kami duduk.... Setelah menunggu selama lebih sejam nombor aku dipanggil agak berdebar pergi ke kaunter... Kenapa aku TEGAR ek... sebab aku rasa 2 tahun lepas Kerajaan Tempatan tak ambil serius terhadap beberapa laporan aku.... Bila tindakan dia ambil baru aku rasa aku patut membayar cukai taksiran.... Hehehehe....

Tahun ni aku bayar Lum Sum semua yang tertunggak... Hmm dua tahun kot... anak aku pon dah masuk 2 tahun... Takper setelah mereka setuju untuk wujudkan Online Banking untuk semua bank, aku pun setuju nak bayar dengan cekap... termasuk PUBLIC BANK.... 


Kos nya RM 52.50 untuk setengah tahun. Nilai taksiran ni menunjukkan kemajuan harta korang... kalau duduk tempat ELITE macam Seremban dua, taksirannnya adalah 3 - 5x dari pada senawang. Maknanya kalau orang rumah TERES setingkat kat Senawang bayat taksiran RM 200 setahun (setiap setengah tahun RM 100), maka Seremban 2 akan rasa RM 600 setahun (RM 300 setahun). Kawasan bandar lebih tinggi dari luar bandar. Kalau Senawang dengan PD, maknanya Senawang lebih Mahal, dan kalau PD dan Jempol maka Jempol lebih murah.... ada faham....


Ini taksiran hubby ku - Hm padan muka kene bayar E-Notis dan lain-lain
Ini taksiran rumahku - Hmm still kene bayar E-notis dan lain-lain


Dengan muka selamba aku minta penyata terkini untuk taksiran rumah yang kami duduk sekarang.. Wow RM 489.95... peruntukkan En. Hubby tak plak bagi banyak ni... aku rasa memang dia saja jew suh aku gi amik supaya aku amil tahu bukan duduk free2 macam aku buat sekarang.

Ini rumah yang kami duduk - Kene lagi E-notis dan lain-lain

Total Cost for MPS - I lep u MPS....


















Dari segi apa yang aku paham ada kos E-notis(reminder la tue) dan Lain-lain (kos guaman - peguam cas hantar surat le tue) yang aku tak tukar nama lagi. Dengan selamba dia bagitau , Puan kene tukar nama sendiri... Sedih kene pau RM 66.35 oleh Kerajaan tempatan.... Pening aaa (sumpah aku dalam hati). Dengan hati yang terbuku dan senyum yang basi aku pon pergi ke kaunter bayar....

Total cost RM 778.05. Tahniah Kerajaan Tempatan sebab berjaya memastikan saya membayar on time pada kali ini. Last but not least, saya suka sistem RECYCLE yang dipraktikkan dan Abang Alam Flora memang bagus sebab tolong saya akan kerusi untuk dibuang.... Itu dia untuk Kerajaan Tempatan....

In return apa yang aku harapkan dari Kerajaan Tempatan 
-Swimming Pool di Paroi boleh di gunakan sampai pukul 10.00 malam. Logiknya mana ada orang nak pergi mandai time pepagi kecuali orang tak keje... Majoriti keje 9-6 pm so memang patotla....
- Teruskan RECYCLE education mcam collection untuk setiap hari tertentu di Taman-Taman PErumahan
- Educate orang di luar bandar supaya tak buang sampah dalam sungai
- Educate semua peniaga restoran asingkan minyak terpakai, jgn buang kat Longkang
- WIFI Percuma kat Area Senawang pls
- Tabung Pendidikan untuk anak-anak Negeri Sembilan (RM 150 untuk setiap kelahiran pon okay kan) Sebab ramai antara kami yang bayar cukai ni tak dapek BRIM... Dalam masa yang sama memberi permulaan untuk orang menyimpan...
- Educate makanan ruji kesihatan sebab banyak yang tak berapa sihat di sini bermula dari dalam Perut....
- Wajibkan kos milikan rumah mampu milik dan galakkan orang Nismilan yang beli....
- Peluang pekerjaan yang bagus - Tolong wajibkan MYDIN, KOPITIAM, MAMAK dan kedai makan yang gunakan anak tempatan... aku tengok Cashier pon ramai NEPAL... kalau area Frozen aku boleh terima lagi... Jangan kata kami memilih kerja... Pastikan mereka bayar EPF, bagi cuti, kerja setimpal... Hocays....

Apa yang patut aku PUJI adalah
- Jalan yang tak jem.... Very good traffic control
- Taman yang cantik2 dan bersih.... City Park, Lake Garden, Forest Heights, Lavender Heights, Park Properties dan macam2 lagi

Tak lupa untuk kerajaan Pusat.... Thanks for the saman.... newly bought Almeera dah pecah tradisi dengan 1 saman....
Saman Ekor ni bukan AES





dengan tag line yang tak boleh blah - Bayar Lewat Bayar Lebih....



Monday, January 13, 2014

Suspected Denggi

Adush... Memang Pening bila anak demam. Badan panas betul minggu lepas. Pagis isnin, terpaksa ambil EL dan bawa jumpa doktor sebab demam sampai asyik terkejut saja.... Aku dan hubby pergi ke Salam Specialist dan jumpa Doktor Zaqrul... Tempoh menunggu dekat sejam je.

Doktor bagitau temperature memang tinggi, so kene ambil darah sebab suspek denggi. Tiub nak masuk air pun dia letak sebab kalau confirm denggi, dia akan masukkan ubat terus lepas test. Akhirnya jelas bukan denggi syukur bebannyak... Ubat masuk melalui punggung sebab baby asyik muntah jew.

Petang dia dah kebah, rasa lega sangat. Total bila RM 450. Hmm... rezeki Doktor. Memang mahal kos rawatan sekarang.... Patutlah Rita cakap mintak RM 5k kat Ex dia kata dah kira diskaun. Aku senyum dan bayar sahaja, nasib baik ada Salam Kad jadi 385 jew... Kira diskaun juga.

Tak pernah dia demam macam ini tapi sekarang bila dia demam 2 hari Mama cuti