Wednesday, June 25, 2014

Saya tak cukup duit... Please help...

Oleh sebab nak raya, serius agak seriau sebab duit memang dah allocate untuk benda lain. Tak bajet lagi untuk bajet hari raya. Aku rasa tahun ni akan menjadi seperti raya kali pertama aku dan En. Hubby sambut sebagai somi isteri. Baju recycle, dan juga duit kering.

Tapi semangat kene kuat sebab kalau Allah uji satu kesusahan mesti diselangi dengan nikmat juga kalau kita redha. Semangat World Cup, 4 tahun sekali kene rasa perkara macam ni. Mana pergi duit aku ... Argh... biarlah kami berdua tanggung sebagai asam garam.

Bila fikirkan duit bukan tak ada cuma tak cukup untuk celebrate Hari Raya secara Gemilang sahaja.... Rasanya kalau aku cuma allocatekan RM 500 untuk raya pakej jimat boleh tak... Meh tolong senaraikan perbelanjaan Hari Raya

1. Baju raya - hanya beli untuk Alayna, mama dan papa dia RECYCLE..... - RM 50
2. Kasut Raya - hanya beli untuk Alayna, mama dan papa tak payah k - RM 30
3. Duit Raya - anak buah sorang RM 1 - (so kira seratus dah cukup da) - RM 100
4. Duit minyak dan tol- RM 70
5. Kuih muih - RM 50

Huh itu sahaja. Yang lain memang tak mau beli..... Sebab lagi RM 200 emergency.... Meh kita buat Challenge Hari Raya.....


Tuesday, June 17, 2014

Wedding dengan Pakaian Biasa - Dont be Judgemental.....

Hmm musim cuti sekolah memang wedding merata-rata. Tak silap my wedding dulu time cuti sekolah juga. Minggu ni kawan En. Hubby di PJ Perdana. Menantu pertama tak silap. No pelamin, just the Photobooth.

Oleh sebab balik dari keje halfday, pakaian memang agak formal sebab punch out pukul 1 dan terus balik rumah. Make up sikit sahaja. Kalau kita perhatikan time wedding memang baju kurung, baju kebaya dan segala macam baju yang meletop bakal dipakai oleh anak dara ataupun mak anak dara. Itulah masa nak menayang baju raya. Terus terang, aku memang jarang menayang koleksi baju meletup time wedding except my sister wedding sahaja. Memang sejak dari zaman anak dara sehingga ke zaman mak kepada anak dara comel saya.

Tapi macam biasa mulut orang memang kadang-kadang suka menempelak tanpa mahu bersangka baik. Personally, dulu pernah ditegur oleh seorang kawan kepada En. Hubby di rumah pengantin dalam bilik pengantin. Kebetulan malam nikah memang baru balik dari kerja so last minute dapat panggilan dari En. Hubby untuk pergi ke rumah pengantin  perempuan untuk meraikan malam pernikahan (masa itu kami bercita lagi), lagipun ramai kawan perempuan dia yang I kenal. Masih ingat Minah yang mulut memang suka menyentapkan hati orang...

 "Is it okay kalau I pakai baju formal sebab tak ada baju krung yang dah bergosok and u need me to be ready by 15 minutes" tanya saya.
"Should be okay sebab lepas ni ramai-ramai kita nak pergi beli barang kat Down Town" sejuk hati dengar dapat green light daripada dia. Lagipun malam, dia memang simple orangnya dan kurang protokol berbanding sesetengah orang, asalkan kemas dan tak selekeh dah cukup. Kami berdua memang simple.

Sampai di rumah pengantin masa itu tahun 2008, 3 orang kawan perempuan hubby ada, kesemuanya memang baju kurung dan kitaorang pun pergi ke bilik pengantin yang baru diijabkabul, esok majlis persandingan. Ucapan tahniah pengantin terima. Hmm akhirnya pengantin nak salin baju, antara dialog yang keluar

"Eh kak nak pakai baju apa ek, pakai baju seluar jelah sebab panas, lagipun dah malam" pengantin tanya kepada seorang kakak yang free hair.
"Alah kau dah LAKU takpe kalau pakai baju seluar majlis macam ni, lain kalau tak LAKU lagi nak pakai seluar memang tak patutlah" tiba-tiba semua mata pandang aku.

Aku terdiam, memandangkan majlis orang memang aku tak buat scene. Mulut kakak tu memang sengal. Apa yang pelik baju kurung lagi penting dari tudung. Ok fine dengan kelaseran mulut dia hati memang mendidih. Dalam hati dah menyumpah, tapi memang nak cool cuma time itu "Allah Beri Cuti" jadi emosi agak tak stabil so sengaja mengada-ngada mengadu kat boifren aka En. Hubby. Tapi malangnya dia cakap ala dia tak maksudkan u tu..... Ok fine merajuk, terus suruh hantar aku balik makan pon 3 suap... depan member dia aku buat perangai tapi tak adalah macam dalam Sembilu.... Aku balik rumah terus tak keluar rumah. Boifren pon balik dengan hati yang bengang.

Esoknya sama-sama kene pergi seminar. Hohohoho tak saper kene pujuk tak sapa teruskan merajuk. Gencatan senta dilakukan. Good things about us, dari dulu memang kitaorang akan selalu buat gencatan senjata untuk elakkan perbalahan berterusan. Sometime bila gaduh its all about drama. Sejak hari itu, determine dalam diri, orang hanya boleh mengata dan mengata tanpa melakukan usul periksa. Biar dia kata kita ni miskin ke, buruk ke, perangai teruk ke dan macam-macam lagi, tapi apa yang penting adalah judgement dari diri kita, pasangan kita dan juga Allah. So tak perlu nak sentap kalau orang mengata baik dari depan mahupun belakang. Senyum jelah sebab lama-lama dia akan diam. Nah ahkak seponsor gambar yang hampir mendapat 1 juta like (argh perasan, ko hengat ko Nora Danish, erk tak sya ada adik nama Nora dan anak buah nama Danish jew)


Comelka... melepak kat photobooth pengantin tanpa mengajak pengantin.... Dengan baju yang sama dapat minum free 2 minggu lepas di Starbucks (dua-dua pun free).... My lucky dress i guess... Kalau nyampah tolong amik garfu cocok mata sniri.... Sob... sob... sob....