Thursday, September 29, 2011

3 Series and Still Not Married....

Hmm sejak akhir2 ni bayak aku tgok FB orang sentap sbb ditanya bila nak K. Kalau yang dah kawin tanya pada mereka yang dah nak dekat 3 series memang agak menyakitkan telinga... Semua orang ada masalah tersendiri untuk kawin dan bukan semua orang paham. Jadi bagi aku walaupun golongan ini belum kawin kita tak boleh nak hilangkan respek kt diaorang.

Kenapa mereka tak kawin itu hak mereka. Selagi tak mengacau laki orang, tunang orang atau boipren orang itu sudah cukup baik. Mereka boleh berdiri dengan kaki sendiri. Stop irritate them. Tapi kalau belum kawin tapi hubungan terlarang semua dihalalkan memang perlu ditegur.. walaupun kubur asing2 tapi bala datang terus bukan pada yang melakukan maksiat sahaja.

Ok skarang aku nak perjelas kenapa kadang2 mereka memang pilih untuk tak kawin buat sementara waktu... Tapi aku yakin masing2 akan punya pilihan akan datang....

1. NAK KUMPUL DUIT- betul time muda begini adalah masa untuk mengumpul dana dan segala harta. Walaupun orang selalu kata rezeki rumah tangga. Tapi kita tak boleh nak kawin semata2 mengharapkan rezeki sementara tidak berusaha. Jadi jgn pelik tgok pencapaian mereka yang single nie kadang kala diluar batas pemikiran... Bila orang yang kawin tgok pasti sttement alah ko x kawin lagi bolehlah... padahal bila mereka mengutarakan alasan mereka belum berkahwin mungkin kerana mengumpul harta mereka disekolahkan dengan alasan rezki selepas kahwin.

2. TAK SANGGUP BERKONGSI - Bukan kongsi suami atau pasangan tapi kongsi hidup. Suka duka, masalah, ibu bapa, tanggungjawab, duit, hutang dan macam2 lagi. Kita tak boleh fikir yang manis sahaja tanpa mengira apa yang tak manis... Benar kalau benar sayang atau cinta pasti sanggup. Tapi sejauh mana....Sanggup berteman kalau tahu pasangan berhutang keliling pinggang... Bagi yang menjadi anak harapan dan peneman ibu bapa pasti memilih untuk tidak berkongsi tanggungjawab ini kerana tahu betapa sukarnya untuk bertanggungjawab. Andai ada pasangan yang sanggup berkongsi tanggunjawab tersebut pasti mereka tidak berfikir.

3. PENTINGKAN DIRI - Bukan senang untuk menjaga anak orang... bukan senang untuk sudi dijaga oleh orang. Hati perasaan banyak orang perlu dijaga, mertua, ipar, adik beradik ibu bapa.... Nampak mudah tapi bukan mudah macam dalam drama sebenarnya.... Kadang2 hati dan perasaan sendiri menjadi mangsa... Mereka tak mahu menjadi mangsa jadi lebih baik mereka menjaga perasaan sendiri... So jangan salahkan mereka. Cerita yang selalu didengar.... semuanya menyakitkan telinga jadi......

4. ENJOY THE SINGLE LIFE - Benar selepas kahwin dan sebelum banyak perbezaan... KAlau sebelum kawin dulu balik kerja boleh tidur malam kalau lapar boleh makan megi atau roti. Tapi selepas kawin andai begitu pasti masalah besar akan timbul. Kalau dulu jalan kemana2 sendiri pasti tidak menjadi isu. Selepas kawin kalau pergi kenduri seorang diri mengundang syak wasangka walaupun sebenarnya pasangan bekerja. Pergi bercuti perlu berdua andai seorang diri pasti yang seorang lagi akan menjeruk hati....

5. SIMPLE AND STILL HAPPY - Hidup single ni simple. Kurang stress tapi happy. Hidup berkahwin banyak dugaan dan cabaran tapi bahagianya berbaloi. Sentiasa perlu berusaha untuk meningkatkan kebahagiaan.

Tuesday, September 27, 2011

Untung Rugi Pelaburan

Hmm skarang aku nak berceloteh pasal pelaburan.... Siapa yang melabur tak mau untung. Semua nak untung.. Siapa yangmelabur nak rugi. Tapi sbelum kita melabur kita kene study kerugian yang boleh kita alamai bukan dengar keuntungan jer... Kalau tanya aku... yang baru ciput ilmu dalam bidang pelaburan ni memang aku akan study kerugian dulu.... Okay mari kita bercerita dari pelbaga sudut....

1. Simpanan Tetap a.k.a - Fixed deposit - memang



 
Bagusnya pulangan yang dah tetap dengan kadar simpanan bulanan yang tetap so kita boleh predit keuntungannya. Tapi nilai wang tak akan susut. So akan sentiasa berlaku kenaikan walaupun sikit. Orang yang suka amalkan konsep sikit2 lama jadi bukit memang sesuai. Kalau orang mcm aku sikit2 lama2 jadi twin tower memang tak sesuai.... Ruginya sbb ciput....
 
2. Public Mutual ataupun Amanah Saham yang naik turun - Public Mutual.... dan macam2 mutual... hmmm naik turun... turun naik.... Aku labur kat sini... menyampah sbb untung tak nampak... tapi memang untunk 5 tahun... aku baru 2 tahun dah draw... malas nak tunggu untuk orang yang sabar separuh daripada iman memang sesuai tapi untuk orang yang kesabaran berlandaskan poket macam aku memang tak boleh...
 
3. ASB Loan - aku memang suka sistem paksaan yang memaksa aku membayar dan berjoli diawal tahun. Memang berkesan untuk orang macam aku... Tapi be ware kalau tak bayar mak tiri kol...
 
4. Emas - hmmm very long term... kalau simpan nak pergi haji bolehlah kot...
 
5.Property - alu suka sbb boleh buat sewa..
 
Apapun invest in urself....

Monday, September 26, 2011

Stress Pasal Duit....

Hmmm dah lama tak rasa stress macam nie.... Tetiba plak kepala aku semak dengan masalah duit. Tahlah... apa nak jadi nie... Tapi banyak perancangan kewangan yang aku buat dah mencapai kejayaan.... Still  kepala merasa semak....

Mungkin sbb saya mengandung jadi menjadi salah satu faktor untuk stress.... Jadi istigfar selalu....

Why They Still Offer Me Loan

Sebenarnya aku memang pelik dengan perangai HLB nie... Sbb they still call to offer me loan walaupun mereka tahu yang aku tak mampu nak bayar... Adakah ini misi rahsia nak bangkrapkan aku... Aku memang piss off betull.

So HLB I am going to terminate the card and services okay.... Till then tata....

Thursday, September 22, 2011

Public Mutual yang aku Jual.....

Hmm 20/09/11 - Aku dengan rasminya menjual semua Unit amanah aku dalam Public Mutual.... Kenapa aku jual yerk... Sbb dah 3 tahun aku simpan tapi memang menyampah tgok keuntungan dia. Duduk dalam ASB patut lebih mendatangkan hasil. Customer service yang efficient....cakap jgn jual... bla2... simpan... rugi... Aku dengan hati kering tak pelah.... Learn from mistake....

Kenapa aku jual... Duit ini adalah duit yang akan digunakan untuk baby... Jadi skarang tabung baby saya perlu dibesarkan dan dipenuhkan... Jadi tak boleh letak kat dlam unit amanah yang turun naik.... So to be safe -  ASB or tabung haji.... Aku nak simpan tabung haji la... Sbb ASB nanti bercampur2

Bagus unit Amanah
1 - Beli masa rendah, jual masa tinggi (hmm agen aku tak gitau pon bila turun naik. Suruh den monitor sendiri).
2 - Consistent saving - I dont have the spirit and my money have channel to some place else....
3 - Cashflow yang tersekat so susah nak shopping...

Tak Bagusnya Unit Amanah
1 - No monitoring
2 - Turun banyak naik sket....
3 - Dividen kena pau dengan cukai...



So aku malas nak kira untung ke rugi... Aku cuma nak pastikan duit untuk baby nanti berkembang dengan pesatnya....Jadi apa perancangan aku yerk....

1. 1k dah ader -  erm kene cepat masukkan 2 rat sebulan...
2. Setelkan utang2 yang berkenaan....
3. Duit dividen simpan baper percentagenya....

Wednesday, September 21, 2011

Morning Sickness Vs Mengidam....



Nak dijadikan cerita saya muntah2 sewaktu hari isnin.... OMG... bekfast kene 2x sbb muntah... Then muntah dan muntah lagi sehingga keletihan... Tanya pendapat mak buyung pencen dia pon telah memberitahu bahwa ada benda yang baby nak makan tapi tak dapat... memang lah... Subway.... kot ye pun tunggulah mama gaji....

 At last... malam tue kami pasang P1 wimax... 4g bla2....

Hubby tengok saya yang tak ada mood... I explain that... Baby buat hal sbb mama dah lembik muntah2 arini...

Ok disebabkan kesian dan kasih terhadap isteri... hubby pon bawak ke mines untuk pastikan esok tak muntah lagi....

Alhamdulillah.... esoknya dah okay....

P/s: Anak mama... next time tunggu gaji tau...

Saturday, September 17, 2011

Rumah Terbuka yang bohsan....

Ikutkan hati memang tak nak pergi rumah terbuka ni. Tapi sbb suami tersayang aku ikutkan ajer... Kenapa aku tak suka pergi sbb aku tak tau apa masalah isteri tuan rumah dengan aku..... Salam macam Nora Danish salam dengan Fasha Sanda.... of cour aku memang lawa macam Fasha Sanda selepas rebonding tapi lagi sorang plak macam Nora Danish 2.5 kali ganda....

Bila dah tak suka sumer aku tak lalu makan walaupun sedap. Then selepas salam macam celebrity aku wat hal aku dia wat hal dia.... Sepatah soalan pun aku tak tanya.... Lebih baik begitu. Dari menjadi orang yang terhegeh2 tak kuasa....

Orang-orang macam ni memang tak payah layan sbb standard dia tak sama macam kita...Aku makan ciput je tapi minum air yang lebih....

Balik aku makan cendol tapi kedai dah nak tutup pun....

Malam plak makan mee sup... maakkk ai sedappp....

Wednesday, September 14, 2011

My Pregnancy...... - I am 11 weeks old....

Alhamdulillah.... Rezeki Ramadhan yang diberi.... aku mengandung.... Mula2 memang dah jangka.... tapi bila kenyataan... Terfikir apa yang aku buat... antara usaha aku....

1. Berdoa... memang tak putus.... mak dan ayah turut ku titip doa ke baitullah.... ayah dan ibu mertua turut mendoakan.... mereka memang bagi semangat....
2. Acid folic - Nasihat dari Diana... hmm amalkan dari bulan 2....
3. Anmum - mula berjinak2 dengan susu ini walaupun belum pregnant....
4. Consistently trying siap upload application dalam samsung galaxy sl.... hehehe
5. Berurut - terima kasih nenek zainon dan nenek zainon untuk ubat dan air mandi bunga tue.... Lega....

Now dah second cek up.... Nampak gumpal... tapi confirm bukan kembar...wow.... sudah tiba masanya nanti boleh nampak heartbeat.... Thanks Dr.... berat masih sama tapi perut mula buncit... baju kurung dah tak boleh zip nie... helpppp

Baby Mama cepat besar ke....

Sebelum Melabur Kena Pandai Uruskan Kewangan Peribadi Dulu

Aku ingat semalam, sorang member opis aku tanya.... "Sue bila nak ajar i nak jadi kaya".... Hmm siapa tak mau jadi kaya.... Semua nak.... Aku senyum... Then aku tanya dah baca blog yang i suruh baca.... Well tak suka membaca.... Memang silap besar nak jadi kaya tak suka membaca.. Aku tanya apa yang dia nak tahu.... Katanya nak jadi macam aku.... Pada hal aku bukannya hebat sangat....

So ceramah aku pun bermula.....

1. Aku suruh dia mulakan dengan perkiraan bajet bulanan..... Kenapa sbb disini baru kita boleh nampak apa yang lebih dan apa yang kurang.... Lepas buat kena semak dengan belanja sebenar.... sbb orang cuma selalu buat bajet tapi tak tgok belajawan sebenar....

2. Give and get - The more you give the more you get.... Ramai yang terlupa benda ni... Selalu nak simpan duit jer tapi terlupa nak bagi.... So explanation about this issue.... Hmmm Hopefully she will take it positively... Kenapa walaupun tak ada duit saya buat open house.... walaupun cuma makan... ketupat, lodeh dan sambal..... Untuk 70 orang... belanjanya.... Hmmmm 300 tak silap... Tak apa sbb i percaya setiap orang yang datang adalah rezeki.... So untuk rezeki masuk kita pun kene sedia memberi....

3. Perancangan setahun tapi splitkan 3. 6 . 9. 12... tampalkan.... kemudian... sertakan dengan pencapaian okay.....

Apapun lepas dah saving dan buat semua basic itu barulah anda boleh mula melabur.... Selamat....


Friday, September 9, 2011

Nilai Hantaran

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Ini adalah antara item yang glamer dalam FB.... Pergh.... Aku kawin dulu 8k, kakak alu 1st 6k, 2nd 9k. So apa pandangan korang patut tetapkan reduce or increase..... Akibatnya nanti orang lebih suka duduk bersama tanpa ikatan sbb belanja mahal bebenar.... Timbullah maksiat.....

Memang betul harga barang makin mahal tapi masih boleh berjimatkan..... Kang memahal... bagi duit potostat... pengantin lari...pinjam ah long kan lagi bahaya... so better buat macam majlis khatan je... Pakai baju cantik2 tapi pelamin2 tak yah sbb costly......

Wednesday, September 7, 2011

Oh CIMB.....

Wah hari nie CIMB call aku... bukan sbb tak bayar utang tapi suruh aku tambah utang. Utang aper. Utang ASB... Saham Amanah nie... Hmmm rasanya loan aku dah cukup tinggi.... Sampai kengkadang tak bayar then ada mak tiri tolong igatkan aku okay....

So aku dengan selambanya merejek dia..... Kat sini aku nak senaraikan apa tak bestnya ASB loan dan apa bestnya ASB loan....


Tak best nye ASB loan

1. Tiap2 bulan kene keluar duit.... pergh kalau seploh ribu okay ler tok 63... cuba bayangkan kalau macam aku seratus ribu.... Pempaham jelah.....
2. Kalau miss bayar - mak tiri mesti call
3. Kalau extra bayar tak ada pon thank u ke i love u too ke.... geram.....
4. Bajet mesti lari kalau allocation bayak so tak boleh....
5. Ermegency mesti kene cari duit lain.... Arghhhh
6. Time dividen kuar mesti gatal nak pergi joli atau kene setelkan utang lain....
7. Tak leh buat pergi haji... tah lah ada kata boleh ada kata tak....

Bestnya ASB loan

1. Apapun ini adalah tool untuk orang kebanyak untuk mencapai simpanan seratus ribu kalau sabar.....
2. Modal sekali dan untung berkali.....
3. Sejuk mata bila tgok duit dividen
4. Force saving tok orang yang tak boleh saving....
5. Sikit2 lama2 jadi Petronas twin tower.... (hahahahha peribahasa aku...)
6. Kalau dah seploh tahun leh jual..... Kaya....
7. Boleh buat modal nak kawin kene lah simpan awal2 okay....

So bergantung pada individu... sbb apapun disini yang bayar adalah tuan punya badan....

Ok cow... cek it out....

My Property - Sumer Siap...

Hmmm Aritue markah rendah tapi sbb nak raya aku telah menyiapkan sumer... Ops bukan aku tapi hubby ku....

1. Tombol pintu umah aku -  3 biji telah ditukar.... hooray....
2. Tombol umah tenant - telah ditukar belum dilabel
3. Toilet - Telah ditukar juga


4. Lampu telah ditukar.....

Woo efficient.... nak tau bayaran yang aku kene...

1. Ice room - 50 kene tapi takpelah....(belanja hubby dan sepupu dia)

2. Domino - Hmmm belum boleh lagi nanti pokai i...

Rasanya itu je upah yang lain kene modal barang ler... Syukur jelah.... Alhamdulillah.....

Hmmm so skang leh cari modal tok rumah seterusnya....