Wednesday, March 30, 2011

Bukan Senang nak Senang

Hmmm percaya atau tidak... Inilah hakikat kehidupan.... Untuk kehidupan saya... senang... apa maksud dan definisi sebenar... Ada duit beribu ke ... atau tak ada hutang beratus ribu atau ada harta berjuta.... Setiap orang maksud senang adalah berbeza.

1. Orang miskin harta - Definisi senang adalah banyak wang. Asalkan ada wang macam orang kaya... Pakai kereta besar dan duduk rumah besar. Yang penting tak perlu fikir bagaimana kudrat untuk mencarai wang lagi asalkan dapat merealisasikan impian mereka.... Itu definisi senang pada pandangan orang begini....

2. Orang kebanyakan - Walaupun dapat makan dan pakai... Tapi wang sentiasa tidak cukup... Bagi orang kebanyakan... mereka bukan nak merasa menjadi orang kaya tapi nak merasa ada duit lebih setiap bulan... Bukan nak pakai kereta besar tapi cukup kalau pakai kereta tak payah bayar... Bukan nak rumah sebesar istana tapi cukup kalau tak menyewa dan bulan2 mampu bayar...

3. Orang sederhana - Orang yang sentiasa cukup dengan apa yang ada.... Tak mewah tak pula kaya... Ada duit ebih tapi belum boleh pergi melancung seluruh dunia... Ada rumah tapi masih mampu untuk beli yang lebih besar... Ada kereta tapi mampu untuk bayar.... Middle class....

4. Orang kaya - Orang yang cukup serba serbi pada pandangan mata orang lain tapi masih berusaha untuk mendapat lebih dari orang.... Sentiasa berusaha... Betul kata orang bila dah merasai kaya sentiasa ingin lebih lagi... Mereka cukup bermotivasi... Sentiasa tak senang masa....

Jadi bagi aku kalau senang nak jadi yang macam mana.... Aku pilih kombinasi no3 dan no4....

Saturday, March 26, 2011

OOI Yang Terkena....

Life is karma BITCH... skarang baru kau tahu... Bukanlah aku nak berlagak tapi aku nak bagitau yang anda telah dikenakan oleh saya. Mals nak kaver2 lagi so apa yang aku boleh buat ialah meluahkan rasa hati yang tidak berpa puas dengan direct.

Enlighten meklighten..... blah lah

Thursday, March 24, 2011

Cita-Cita 1 - Misi dan Vii

Ok skarang aku kene tetapkan satu ruang untuk cita-cita aku. Then boleh evaluate balik sama ada cita-cita aku perlu dikembangkan atau tidak.

Kerja - Baru naik pangkat. Memang cita2 nak jawatan tapi aku masih bercita-cita untuk jawatan yang lebih tinggi. Aku perlu lengkapkan diri dengan semua keperluan dulu. Ilmu itu yangpaling penting.. Aku kene banyakkan baca buku. Kene hadiri kursus yang tertentu untuk mepersiapkan diri dalam cabaran yang mendatang. InsyaAllah......

Kewangan- Aku nak langsaikan hutang kredit kad. I mean all the Balance Transfer and Easy Payment. Aku nak kurangkan.... 50%. Shud be tercapai bulan September 2011, Oktober 2011, dan December 2011.
Aku nak mempunyai simpanan yang banyak. Sekurang-kurangnya 5x gaji suami isteri. Skarang ni baru ada 1 bulan. Itupun aku kuarkan bila keadaan mendesak. Tak boleh cenggini.
Aku nak beli saham blue chip. Nak menjinakkan diri dalam ilmu ni. Kene cari ilmu.
Aku nak bayar sebulan advance payment untuk semua komitment. Skarang cuma tinggal 2 komitmen je yang belum tercapai.

Kahwin- Dah kahwin. Dapat suami yang baik penyayang, handsome di mataku..... Aku nak bagi zuriat untuk dia. Zuriat kami.....

KeTuhanan
Aku nak solat cukup dan ibadah seiring dengan kesyukuran ku padaMU

Segala yang berlaku ada hikmahnya....

Kita selaku umat Islam kene percaya pada Qada dan Qadar. Dalam dunia ini semuanya ketentuan dari Illahi. Selaku umat kita perlu memohon yang baik dari pencipta dan diikuti dengan usaha kita. Keradaan amat penting. Kesyukuran juga amat penting. Manusia kerap memhon bermacam2 tetapi jarang yang bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Aku adalah antara mereka. Aku tidak pernah sujud dan tunduk untuk melakukan sembahyang dan sujud syukur di atas apa yang Allah berikan padaku. Sembahyang.... Konsisten dan khusyukku kadangkala entah kemana. Aku perlu terus usaha untuk lebih fokus dalam menyatakan syukurku pada Yang Esa....

Alhamdulillah Ya Allah kerana kau berikan kehidupan yang baik untuk diriku. Alhamdullillah kerana kau berikan suami yang baik dan menyayangi ku. Alhamdulillah kerana kau kurniakan rezeki yang melimpah untukku. Alhamdulillah kerana kau kurniakan kesihatan yang baik untuk keluargaku. Alhamdulillah untuk segala-galanya.....

Kali ini aku mahu menyatakan seribu kesyukuran dan sesugguhnya seribu kesyukuran tidak mencukupi kerana apa yang diberi adalah lebih daripada apa yang aku ucapkan.....


Alhamdulillah SYUKUR......

Saturday, March 19, 2011

Filosofi bengong

Aku tak faham kenapa ada orang lebih utamakan duit daripada perasaan orang lain... apa keutamaannya duit kalau kita hilang atau menyinggung orang yang dekat dengan kita. Rasa sunyi dan sedih akhirnya.

Ya... betul kadang2 keadaan mendesak... Terus terang aku terkilan dengan sikap kau yang hanya menampakkan RM daripada kesusahan yang adik sendiri alami. Yang kau tahu kalau tak dapat RM kau bakal berdepan dengan masalah. Filosofi yang silap sebenarnya. Duit memang menyebabkan ramai yang rabun mata dan tak kurang juga dengan yang buta tapi tak sangka berlaku pada diri kau.

Kalau semua orang boleh berfikir sepertiku... Entahlah... tak semua sanggup berfikir sepertiku. Adakah nilai wang lebih tebal dari darah daging sendiri. Adakah wang juga bakal meretakkan kami. Adakah wang juga mampu mengukuhkan hubungan kami. Adakah itu nilai sebenar wang. Bukankah ianya hanya diperlakukan dengan nilai. Adakah ini erti semuanya.

Entahlah saya juga pentingkan duit tapi bagi saya duit bukan segala-galanya. Jgn sampai nak berzikir pun sebut duit.

YA Allah, aku poho agar dirinya berubah... lebih mengingatimu dari mengingati duniamu....

Wednesday, March 16, 2011

Sentap la Plak

Breaking silence.... silence of the lamb.... breaking dawn.... Cut me deep when I find out thre truth. It wound me deeper when the truth is so last minute. Lame Excuses.... Argh.... agak piss off but I have to do the reality checked.... I will survive.... Tiba2 aku rasa nak menyanyi lagu nie .....

Agak stress kebelakangan ini... aku phon pad Yang Esa untuk memberikan jalan yang benar... Jgn stress ok.... Berzikir selalu... Love Allah, Love yourself and and your hubby.... and love everyone....

apapun I have to face the challenge kan3..... Tapi agak sentap. Erm lantaklah... Malas nak pikiaq lagi... Hadapi cabaran dengan tenang.....

Friday, March 4, 2011

What is your Breakfast Like

Lately aku rasa macam tak cukup makan jer... Bayangkan dah breakfast tapi macam tak cukup.

1. Aku buat sandwish 3 layer - of course kenyang yang amat.... Memang sedap tapi makan satu set kenyang sampai tenghari.

2. Makan Cereal - Hmm Checkers.... Makan pukul 7.00 pagi then... Bayangkan tak cukup sbb pukul 9 dah lapar balik kene beli kat ruang damai....

3. Toast bread and eggs - This one my hubby ske makan.... Maceh.... Sbb senang nak buat...

Aku rasa aku kene varietykan sarapan pagi aku barulah aku boleh excited nak pergi keje -


Okay apa kata esok kita makan Mee Goreng sedap - Ada brannn


Kearah Desperate Housewives plak pikir nak masak apa esok... Wakakaka