Wednesday, June 25, 2014

Saya tak cukup duit... Please help...

Oleh sebab nak raya, serius agak seriau sebab duit memang dah allocate untuk benda lain. Tak bajet lagi untuk bajet hari raya. Aku rasa tahun ni akan menjadi seperti raya kali pertama aku dan En. Hubby sambut sebagai somi isteri. Baju recycle, dan juga duit kering.

Tapi semangat kene kuat sebab kalau Allah uji satu kesusahan mesti diselangi dengan nikmat juga kalau kita redha. Semangat World Cup, 4 tahun sekali kene rasa perkara macam ni. Mana pergi duit aku ... Argh... biarlah kami berdua tanggung sebagai asam garam.

Bila fikirkan duit bukan tak ada cuma tak cukup untuk celebrate Hari Raya secara Gemilang sahaja.... Rasanya kalau aku cuma allocatekan RM 500 untuk raya pakej jimat boleh tak... Meh tolong senaraikan perbelanjaan Hari Raya

1. Baju raya - hanya beli untuk Alayna, mama dan papa dia RECYCLE..... - RM 50
2. Kasut Raya - hanya beli untuk Alayna, mama dan papa tak payah k - RM 30
3. Duit Raya - anak buah sorang RM 1 - (so kira seratus dah cukup da) - RM 100
4. Duit minyak dan tol- RM 70
5. Kuih muih - RM 50

Huh itu sahaja. Yang lain memang tak mau beli..... Sebab lagi RM 200 emergency.... Meh kita buat Challenge Hari Raya.....


No comments: