Tuesday, October 23, 2012

Cerita Tak Masuk Akal

Hmmm aku memang tak suka cerita nie... tapi biasalah kisah kahwin dua yang ditayangkan di televeisyen mesti menjadi pilihan ramai lelaki. Kadang-kadang aku rasa macam perempuan ni dijadikan trofi nak menunjukkan kehebatan masing. Perempuan sebenarnya diletakkan di taraf yang tertinggi dan patut dimuliakan bukan dijadikan tempat pelepas nafsu semata-mata.

Bini-Biniku gengster... Klise betul... Ade ke logik nak letak dalam isteri pertama dan kedua dalam satu rumah. Then lagi bodo adeke patut kedua-duanya berusaha keras nak ambil perhatian... Pleaselah... demi seorang suami yang tak tahu menghargai... Apa yang berlaku akhirnya huh ending merapu kahwin lagi satu....

Ramai perempuan kat luar sana akan pening kepala dalan isu ni. Pernah terjadi kawan aku sendiri nak jadi mem no 2 ... Hmmm macam-macam cerita FANTASI yang dinyatakan... tapi malangnya cerita tersebut hanya fantasi. Sangat sedih sebab pengakhirannya sebegini.....Akhirnya aku terpaksa ambil tindakan untuk membolehkan dirinya berpijak dibumi yang nyata dan berpaksikan tanah bukannya awangan...Bila sebegitu pengakhirannya... Aku cuma boleh bersimpati sebab sebagai kawan dia tak pernah datang padaku untuk menyelesaikan masalah sebegini.... Tapi apa pun aku bersyukur sbb masalah ini bakal selesai meskipun dia tak menjawab setiap panggilan yang aku titipkan....Apapun kawan semoga cepat sembuh semangatmu...

Kisah kedua... Hmm separuh jiwanya pergi bila dapat tahu dan suami minta izin untuk dimadukan... Ya Allah... adakah ini ketentuan untuk semua ini... Aku tak boleh membantu tapi ketahuilah... Wanita mempunya banyak hak yang perlu dituntut... Dalam masa berpantang... Semuanya menjadi kelam kabut... Rasa takut dan gelisah juga ada ... Apapun... semoga Allah memberikan kesedaran dan keberkatan kepada mereka berdua....

Dunia hanya sementara, usia amat pendek. Lalu mengapa mahu diisi dengan derita, marah yang menyinga, kezaliman yang keji. Aura akan menjdi busuk dan kelam. Jiwa merana. Hidup bukan sahaja tidak bahagia dunia malah akhirat jua.


No comments: