Saturday, June 15, 2013

Oh Kasihan Si Isteri Mereka

Semalam aku dengar luahan mengenai keluarga mertua orang yang mepunyai kesemua anak lelaki. Tak ada sorang pun perempuan. Hmmm memandangkan 4 orang dah berkhawin tinggal anak yang ke lima bakal menepum alam perkahwinan... Oleh sebab aku kenal dengan mereka dan agak masak dengan perangai mereka maka situasi kewangan dan mentaliti pasangan tirut dapat aku jelaskan disini...

Anak sulung- Berkahwin dengan pelajar. Menjadi usahawan dan masih struggle untuk memastikan pendapatan bulanan mencukupi untuk menampung anak-anak. Ramai yang anggap dia senang tapi orang yang betul2 kenal tahu bagaimana kuat dan gigihnya dia bekerja. Berhempas pulas kumpul duit nak kahwin dan dapat anak.... 

Anak kedua - Bekerja biasa dan berkahwin dengan orang biasa. Kadang-kala apa yang kita nampak tak seprti yang kita sangka. Seperti yang aku cakap dulu selidik dari mana datangnya duit diperolehi untuk kahwin kerana kemudian hari tak menyusahkan semua orang.... Dang... akhirnya betul jangkaan ku... Pinjaman Wang Berlesen menjadi pilihan. Malangnya apa yang aku nyatakan sebelum ini tak pernah dipedulikan orang, alasan pandai-pandailah dia... Nah sekarang... kita yang kene tgokkan dia...

Anak ketiga - Wah untung dapat pasangan yang berpendapatan tetap. Kerja kakitangan kerajaan. Kasihan perempuan ini, pasti bakal mensubsidi bakal suami dalam bentuk wang hantaran dan majlis perkahwinan. Ramai perempuan khususnya kerja kerajaan bersikap menjadikan isu ini rahsia rumahtangga. Kalau mak bapak mereka tahu pengorbanan kewangan yang mereka beri. Kalau aku katakan senario ini pasti ramai yang menyangkal. Maklumlah perkahwinan kedua pastinya dia lebih bersedia tapi malangnya isteri yang perlu menanggung semua. Setelah berkahwin dan mempunyai anak, makan baru kita tahu masalah sebenar. Kepada isteri, sila jadi lebih tegas dalam pengurusan kewangan. Kepada suami, sila jalankan tanggunjawap kepada isteri. Kini bila susu dah jadi lassi baru orang tahu apa yang bakal mereka perolehi. Hmmm kali aku nak kata... Aku dah nampak tp korang yang tak nampak....

Anak keempat - Juga beruntung dapat isteri kerja kerajaan juga. Dah punya kereta dan punya diploma. Hmm melihat pasangan aku juga turut menyangka kes kahwin subsidi bakal berlaku. Alamat dapat disegerakan pernikahan tapi kesian isteri bakal menanggung hutang. Kini dah punyai anak seorang dan rata-rata semua isu menjadi isu besar.

Kepada semua perempuan, sila ambil ikhtibar. Jangan sebelum kahwin dah manjakan bakal pasangan anda dengan wang bank (berhutang) sebab hal ini menyebabkan pasangan anda kurang menghargai anda sebab mereka tak merasa susah payah untuk mengumpul wang. Dan jangan jadikan alasan tak cukup wang. Palajari dan faham selok belok berniaga yang sebenar untuk membolehkan mereka mendapat wang yang secukupnya. Selain itu bijak mencari peluang dan alternatif dan bersederhana dalam sesebuah majlis adalah lebih baik. Para wanita di luar sana anda perlu jadi lebih bijak..

No comments: