Monday, March 31, 2014

Percutian di Hospital Salam - Part 1

Dua minggu lepas my En. Hubby mengadu sakit pinggang, 10 March -  I pergi Hospital Salam cek in kan dia kat sana. Hmm kene buat treatment untuk mengurangkan sakit pinggang. Epidural dan Rawatan MRT... In detail akan melegakan sakit pinggang. Physioteraphy pon buat. Memang letih sebab pagi2 I hantar baby rumah pengasuh, drop by tengok dia kat hospital macam mana. Then ambil baby bawak jumpa hubby, malam kol 11 pm balik. Wow.... Letih selama seminggu... Hari Isnin 17 March hubby boleh keluar. Total bill RM 16,000.00. Tapi saya kene bayar RM 1063 mcm itu yang lain insuran yang bayar. Dalam hati sedih sebab kene bayar 1k. Tapi demi kesihatan  hubby, wang ringgit kene korbankan. Nanti dapat duit Elaun hospital nak suh dia top up balik.

Mahalnya kos percutian 8 hari 7 malam di hospital. 16k... Saya kene bayar 1k pon dah merungut. Tapi dari segi servis memang boleh kategorikan sangat terbaik berbanding hospital Kerajaan sebab : -


a) Memang tak ada rawatan Epidural di HTJ sebab mahal dan kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi epidural ni.. Masa bersalin pon memang jarang dia bagi epidural ni. Melainkan sapa yang dapat memang untung. Tapi kadang-kadang dia bagi juga untuk orang bersalin.. Penyakit macam hubby ni 1/100 orang kene. So apa yang HTJ boleh bagi adalah ubat tahan sakit, Phisioterapi dan juga rawatan susulan. Nak tunggu Xtray 2 minggu, nak tunggu MRI amik masa 3 bulan. Jadi kadang-kadang akibat kos rawatan yang tinggi orang sanggup biarkan pinggang sakit dan hanya makan ubat sahaja. Tapi dengan percutian bajet 8 hari 7 malam di Hospital Salam, semuanya selesai.

b) Parking lebih senang - Cuba bayangkan berbadan 2 dan mencari parking di HTJ, hmmm meletihkan. Walaupun di Salam Parking memang susah juga, namun takle lebih dari 10 min boleh dapat rawatan.

c) Waktu Melawat - Tak begitu tergesa-gesa sebab boleh datang bila-bila masa asalkan dibenarkan masuk oleh si pesakit. So far time dia cuti tak ada pulak dia merajuk tak kasi saya masuk bilik... So waktu malam boleh temankan hubby dan baby  Alayna juga boleh melepaskan rindu

d) Privasi - Sebab time ini kita boleh membuat seisi luahan bersama pasangan.... Bincang segala apa yang patut..  Dapat bilik single so kalau hospital HTJ sila redha kalau dapat 3rd class okay... sebab yang nak dapatkan rawatan memang ramai. 1juta penduduk di Seremban. Hospital ada 1000 katil. Untuk kuota ini bayangkan macam mana kerajaan nak tampung dan kos rawatan kalau bagi majoriti bilik single.

e) Tiada Doktor Pelatih - Maca, biasa bila ward rounding dibuat, ramai giler Doktor Pelatih akan datang. At least 4 orang Doktor yang akan attend. Tak ada Privasi.

f) Boleh request menu sesuka hati ikut menu yang diberi

Ha kat bawah ni gambar pakage percutian saya..... Sekian....




No comments: