Saturday, March 15, 2014

Rezeki berzakat dan EFiling

Semalam Aku pergi pusat Zakat N9. Hmm mengira2 zakat yang kene bayar. Adush sebab aku mmg banyak tak bayar zakat dowh. Sekali lepas cek mmg ada hutang zakat tertunggak dalam RM 272. Total zakat kene bayar tahun lepas RM 742. Kira dah dekat hujung tahun aku pemalas nak membayar zakat... Memang mengada sebab tak buat potongan gaji.

Lepas kira En. Zamri dari Pusat Zakat pon kirakan, oleh sebab nak buat EFiling dia pun tolong apa yang patut. Aku tanya hubby punya zakat, hmm dia pon zama. Ada hutang lagi RM 315. Denga selama aku tanya boleh tak resit hubby buka atas nama aku. Boleh. yang penting niat dan bayaran... Oh macam itu. Sekarang barulah asaya faham. Tapi resit boleh dapat minggu depan. Aku boleh buat Efiling.

Sebab Sabtu Cloud 9, aku nekad nak buat E-Filing. Sedih aku tgok cukai berbayar aku RM 3406.00. Selamba jer PCB tolak tanpa memikirkan masa hadapan. Waa..... paling banyak aku kene. Tapi sebab ramai kata tahun ni cukai mmg dah kurang, mana taknya GST dah nak buat. So korang kene buat E-filing, aku pon nekad nak dapatkan balik sebanyak mungkin.

Setelah key in apa yang patot, aku pon dapat balik semua yang aku bayar, I repeat semua. Seposen pon dia tak tolak. Sila tunggu refund kat account bank. Hmm.... kene sedekah sket kat orang baru berkat... Itulah rezeki berzakat bayar RM 272. Tapi dapat pulangan RM 3406.00. Patutlah Nabi kata memang bila kita berzakat rezeki kita bertamabah... Hooray....

Tapi jangan cepat bergembira sebab kengkadang dia audit dan minta kita sertakan semua resit Zakat. Jgn gelabah sebab mmg pusat zakat sentiasa simpan. Aku pernah kene audit dan dia minta semua resit zakat doh...

Se sapa yang belum buat Efiling. Sila buat dan dapatkan kembali duit anda, sebab mmg kita layak untuk dapat refund, memandangkan GST dah nak dilaksanakan. Sapa yang tak nak buat dengan alasan malas...  Time BR!M pandai pulak kau nak mengisi. Sila redha untuk kerajaan ambil duit korang dan memekak pasal cukai yang tinggi. Sesiapa yang mmg gaji dah besar anggaran gaji MB dalam 20k sebulan sila redha sebb ko dapat gaji besar kat Msia.

Kepada yang nak tahu meh aku ajar.

Step 1 - Cek EA Form ada tak PCB
Step 2- Kalau ada pls pergi web LHDN - Efiling.
Step 3 - Isikan maklumat, anak berapa, isteri berapa dan ptongan yang memang ada mcm insuran, buku, alat sukan dan lain2.
Step 4 - Masukkan amoun PCB (biasanya dah ada)
Step 5 - Kalau belum bayar zakat stop, pergi kaunter zakat bawak EA form dan pergi bayar.
Step 6 - Bawak resit zakat dan masukkan amount yang dah bar.
Step 7 - Sahkan masukkan IC dan sahkan maklumat.

Step 7. Print mcm kat atas. Tunggu duit refund masuk....

Tetapi sekiranya korang berpendapatan RM 100k setahun, sila guna software untuk dapat penolakan semaksimum mungkin sebab berkemungkinan kene bayar extra. Tapi memandangkan gaji aku belum macam MB atau orang yang 10k - 20k sebulan (gaji menteri nie) aku boleh buat Efiling. Kalau dah terlampau tinggi, menggunakan tax consultant adalah jalan yang paling terbaik.

Untuk rakyat marhein mcm saya buat sendiri lagi jimat....

TQ gomen. Sila cepatkan refund saya sebab saya rasa, saya nak bayar PTPTN saya.... (dapt dari gomen bagi balik kat dia....)


No comments: