Wednesday, April 16, 2014

You're Welcome Girl


Waktu hari Ahad bila En. Hubby bagitau yang dia nampak kawan lama aku terus mata aku melilau mencari. Hubby bagi dia melarikan diri. Aku memang tahu mungkin itu yang dia rasa terbaik untuk dia lakukan buat masa sekarang.

Aku dah jangka selepas tindakan aku "go beyond the boundary" untuk tolong dia semua ini akan terjadi. Sayang sekali dengan sacrifice yang aku buat untuk selamatkan dia dahulu aku hilang seorang kawan. Tapi aku bersyukur sebab familiy dia tak hilang dia.
Nak kata piss off.... Sedikit sebanyak memang ada. Tapi aku tak nak melalui fasa kelukaan hati dengan mengatakan its okay and bla3..... Cuma aku percaya buat masa sekarang adalah terbaik untuk dia melarikan diri dari berjumpa dengan aku.

Takziah untuk kesedihan yang dia hadapi baru-baru ini. Hidup ini kadang-kala kita membuat keputusan yang silap. Apa yang kita perlua buat adalah belajar dari kesilapan dan jangan ulangi kesilapan itu. Silapnya aku sebab mengetahui kesilapan yang dia buat pada saat akhir. Silapnya aku sebab tak mencegah dia dari teruskan pada saat awal. Meskipun aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya tapi aku tetap percaya setiap kesilapan yang kita lakukan akan menyebabkan kita lebih matang.

Untuk menjadikan penilai aku tak silap, aku tanya pada orang lain. Membaca entry tersebut, aku cuma senyum pahit. Mungkin itu yang boleh dia sampaikan buat masa sekarang.... Gambar kat atas sahaja yang aku boleh sertakan...




No comments: