Tuesday, July 1, 2014

Hutang Kereta dan Hutang Rumah dan Langkah sepatutnya

2 hari sebelum puasa aku berjumpa dengan pasangan yang baru 6 bulan kahwin (aku estimate sbb inai masih boleh nampak lagi). Minat terhadap Projek Kondominium menyebabkan mereka sanggup datang dari Seri Kembangan ke Seremban untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek ini.

Setelah soal selidik ini contoh pendapatan bulanan orang muda zaman sekarang, kali ni aku ambil contoh Couple Seri Kembangan : -

- En. Hubby Seri Kembangan
~ Gaji RM 2500 sebulan
~ Hutang RM 1k sebulan (aku rasa Honda Civic ni)
~Personal Loan 20k, Installment RM 400 ade kot
~Itu sahaja...

Puan Wife Seri Kembangan
~Gaji RM 3000 sebulan
~Hutang kete tak ada
~Personal Loan 10k - staff loan
~Itu sahaja

Mereka berdua sedar tentang pentingnya memiliki rumah maka tak bertangguh untuk sign up/reserved satu lot dengan aku. So tunggu bila boleh bayar booking.

Kerajaan perlu serius untuk menurunkan harga kereta sebab harga kete import kat Malaysia memang mahal gilos. Aku cuma mampu pakai Nissan yang based line jew. Walaupun hajat di hati nak pakai Fair Lady.

Anak muda juga perlu sedar diri bahawa kereta akan depreciate sangat cepat so cepat beli rumah sebelum gaji naik. Realiti cek harga rumah takkan tunggu gaji kita naik. Biasanya dia naik dulu baru gaji naik. So kalau gaji macam kat atas, sila beli VIVA dan beli rumah kemuadian bila gaji naik baru upgrade Honda.

Mekanisme membantu pekerja swasta memang sangat penting untuk memastikan pemilikan rumah yang lebih efficient. PRIMA Loan, Skim Pinjaman Rumah Pertama dan PRIMA Housing kene buat lebih mudah approve bukan lebih payah approve. Sila tekan bank untuk bantu golongan seperti ini.

Kerajaan kene wajibkan penyemakan harga sebenar pasaran sebelum meluluskan projek perumahan. Bila kerajaan sendiri menyemak harga sebenar pasaran, baru adil sebab ada tekanan diberikan kepada pemaju.

Sila tinggikan RGPT sebab tak patot ambil untung semasa rumah dalam pembinaan, terutamanya orang yang terlalu banyak duit yang beli rumah macam cokelat.

No comments: