Thursday, July 10, 2014

Insuran Kenderaan - Apa yang saya tak tahu

Okay oleh kerana bulan lepas dah cukup setahun kereta Almeera Putih punya happy birthday, maka sudah tiba masanya untuk memberi pengeras yang sepatutnya iaitu memberi wang imbuhan tahunan kepada konsesi insuran untuk memastikan apa-apa terjadi, kereta tersebut tak menjadi beban. Ala senang citer Roadtax dah mati so kene hidupkan bukan pacak batu nisan, walaupun kereta saya adalah Nissan. Sama tak serupa.

Okay ini Flash back (mood hitam putih) Masa beli kereta Nissan, En. Hubby telah mentransferkan NCD (No Claim Discount 55%) daripada kereta Lambogini aka Proton Iswara kepada kereta Fair Lady aka Nissan Almeera. Penjimatan roadtax kereta Almeera daripada RM 2300 telah menyusut menjadi RM 1035 untuk sum insured. Wow pakage yang menyeronokkan. Dengan selamba, kami telah menjolikan duit lebihan insuran tersebut tanpa memikiran situasi tahun berikutnya.... Sampai sekarang aku tak ingat apa aku buat, kalau tak silap bayar 1st installment kereta Fair Lady aka Almeera kot. Pada masa itu premium Lambogini aka Iswara hanya RM 271.

Okay setelah merenew Insuran Fair Lady aka Almeera pada 27 Jun aritu, roadtax buat hari berikutnya. Kene buat dekat Nissan sebab nak dapatkan Nissan Care (sebarang total loss akan diganti dengan kereta, towing semua dibuat oleh Nissan) sama ada nak upgrade atau tukar jenis kereta yang sama tapi kene cap Nissan juga. So kalau anything happen to ur Nissan u can either opt for Almeera or anything higher than Almeera, fair lady tak bole sbb Tan Chong tak ambik. Mcam Teana, Silphy, Livina tak ada masalah. Cuma bayar beza harga jew... Taktik Tan Chong nak buat duit kan3.....

Oleh kerana bajet ketat, jadi Iswara telah diserahkan kepada ejen lama untuk direnewkan. Dengan sengaja mendelaykan 1 minggu untuk memantapkan kewangan sementara menunggu duit lebihan lain masyuk dulu. Mula- mula dapat quotation total termasuk roadtax adalah RM 520.00. Aku pon suruh proceed. Hari ni follow up minta roadtax dihantar, tak semena-mene harga melonjak menjadi RM 921.42. What the Tut.....
"Tolong faxkan quotation", sekarang baru aku faham, no NCD sebab dah transfer, dan gara-gara kenaikan insuran aritu dan juga kenaikan loading sebab Iswara ni dah tahap anak dara umurnya, maka dikenakan loading 10%. Berlanjutan zikir aku memikirkan mana nak cekau. Setelah bediskas dengan ejen, maka aku suruh je dia tolak komisen yang melambung tue. Boleh ek sebab saya nak raya juga, tapi kereta perlukan insuran and roadtax kalau tax polis akan bagi saman sempena raya. Oleh sebab aku menjadi ejen bertauliah dengan sayrikat ni maka dikurangkan kepada RM 860.00. Terima kasih ye. Makin maju lah Encik berniaga. Semoga berkat dunia akhirat.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Akhirnya roadtax Iswara tetap direnewkan sebelum Raya. Well harus diigat bahawa setiap yang terjadi adalah ujian. Senyum sorang-sorang bila memikirkan dugaan kecil ini. Kadang-kala bila kita dalam kesusahan jgn pandang ianya satu kesusahan, tapi pandang ianya satu cabaran yang Allah berikan untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik.


P/S: Ada doa naik kenderaan, semoga En. Hubby boleh hafal sebelum roadtax direnew tahun depan. Maklumlah rpadtax cover disertakan sekali doa naik kenderaan

No comments: