Alhamdulillah.... Sekarang dah hampir umurku mencecah 28 tahun.... Tinggal lagi 20 hari.... Impian... macam2 nak buat... tapi aku berharap agar tahun ini merupakan tahun yang manis buat kami sekeluarga.
Apa yang aku harapkan masih sama macam tahun lepas. Kami sekeluarga lebih sepakat dan lebih berkasih sayang dan tidak berbalah... Semoga dugaan yang datang dapat kita hadapi dengan tenang....
Perbalahan yang berlaku walaupun tidak melibatkan aku tetapi aku merasa tempiasnya kerana mereka adalah keluargaku. Aku sayang mereka semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami, memberikan kasih sayang di dalam hati kami. Semoga api kebencian terpadam dalam diri kami. Semoga kami menjadi hamba yang beriman... Semoga kami berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kami menjadi keluarga yang bahagia didunia dan akhirat.
Terlalu banyak permintaanku. Aku tak boleh nak buat tak tahu meskioun ianya tidak melibatkan aku. Ya Allah, kau kasihanilah kami.... Kau rahmatilah kami....Kau berikanlah kasih sayng didalam hati2 kami, Kau padamkanlah kebencian dan kemarahan di dalam hati kami. Kau jauhkanlah kami dari bisikan Syaitan Nirrajim.....
No comments:
Post a Comment