Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Makhluk Tak Asing Tak Sedar Diri

Ok ini cerita seram... Sila jangan baca kalau ada sakit jantung...

Kisah ini dekat sebulan dah... Tapi masih ngeri bila aku fikirkan...Satu malam setelah mendapat sms... Aku pun bagitau hubby nak pergi ke Dataran.... tujuan nak keluarkan duit dan bayar bill... Hmm dia kata okay dan nak jaga baby...

Aku parking betul-betul depan maybank senawang... Wahh sungguh meriah Dataran pada waktu malam. Alkisah... Oleh sebab parking memang horror ke sebrang Watson aku pun pilih untuk menyeberang... Memang gelap sbb tak bayar bil letrik kot.. Then aku pun jalan sampai ke Watson... Mata agak meliar sebab malam yang gelap orang nampak macam bayang-bayang... Dan... tak tau mereka orang atau sebaliknya....

Setelah selesai transaksi diluar sana.... aku seberang balik Dataran itu sebab nak pergi ke kereta yang diparking sebelah maybank.... Tiba-tiba aku terdengar bunyi esak seorang perempuan... Tapi dek sebab malam yang gelap aku pon mencari...Dalam hati aku pun kata ada nang nak ke kat sini... Tapi ini Dataran Senawang bukan Dataran Thailand.... Makin lama-makin pelik dengan bunyi macam esakan perempuan tapi sayup-sayup kedengaran.....Ada benda tak kena.... Aku nampak seorang perempuan sedang mengerang... tiba-tiba ada makhluk lain dikakinya.... Aku pun berkata.... Astagfirullah halazim....3x 

Orang tengah mabuk disimbah air memang akan maki hamun... Apa lagi... kenelah aku... Semua dikatanya... Agak kaku seminit.... Sebab takut aku belah.... Balik dengan emosi tak best...

Kalau korang nak mabuk pleaselah jumpa kadi gitau saya dah mabuk tolong kahwinkan saya sbb saya tak mau buat maksiat... Argh... mengkak hati ini menyampah.... dan menyumpah....

Moral of the story : - Dalam gelap itu kebarangkalian adalah Makhluk Tak Asing Tak Sedar Diri yang berekor bukan Makhluk Asing atau Makhluk Halus.....

Tuesday, January 4, 2011

Doa Awal Tahun.... Selamat Datang 2011

Alhamdulillah.... Sekarang dah hampir umurku mencecah 28 tahun.... Tinggal lagi 20 hari.... Impian... macam2 nak buat... tapi aku berharap agar tahun ini merupakan tahun yang manis buat kami sekeluarga.

Apa yang aku harapkan masih sama macam tahun lepas. Kami sekeluarga lebih sepakat dan lebih berkasih sayang dan tidak berbalah... Semoga dugaan yang datang dapat kita hadapi dengan tenang....

Perbalahan yang berlaku walaupun tidak melibatkan aku tetapi aku merasa tempiasnya kerana mereka adalah keluargaku. Aku sayang mereka semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami, memberikan kasih sayang di dalam hati kami. Semoga api kebencian terpadam dalam diri kami. Semoga kami menjadi hamba yang beriman... Semoga kami berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kami menjadi keluarga yang bahagia didunia dan akhirat.

Terlalu banyak permintaanku. Aku tak boleh nak buat tak tahu meskioun ianya tidak melibatkan aku. Ya Allah, kau kasihanilah kami.... Kau rahmatilah kami....Kau berikanlah kasih sayng didalam hati2 kami, Kau padamkanlah kebencian dan kemarahan di dalam hati kami. Kau jauhkanlah kami dari bisikan Syaitan Nirrajim.....

Monday, January 3, 2011

Larangan Berkempen.....

Hmmm ini bukan kempen pilihan raya.... tapi larangan berkempen oleh bapak saya.... Wakakakkaka..... Tak dapat lah saya nak masuk pilihan raya.... So nak pangkah saper nie... Tolong... tolong.... tolong.....

Aku Takkan Faham..... Perasaan itu....

Ya betul aku takkan faham perasaan orang yang melalui situasi mahupun suatu keadaan kerana aku tak melaluinya sendiri. Aku cuma boleh mendengar dan sekiranya memberikan pendapat akan mendapat alasan yang aku tak faham.... Kita sering dilanda kesedihan dan kemurungan... Sebenarnya langkah yang paling tepat selain mengadu kepada siapa.... Aku selalu megadu kepada orang terdekat dan orang tersayang... Paling tepat mengadu kepada Allah.... Ini adalah Qada' dan Qadar.....

Apapun yang kalian utarakan, aku akan mendengar kerana kalian adalah orang2 yang aku sayang... Jika kita ingin orang memahami kita, apa salahnya kita memahami orang lain dahulu. Sebelum kita meminta itu dan ini kepada Allah, apa salahnya kita memberi ke jalan Allah.... Aku antara orang2 yang lemah yang cuma tahu mengutarakan cadangan dan pendapat tetapi tidak mengambil kira pandangan dan pendapat sendiri....

Aku mungkin tak berjaya mengubah perasaan semua orang oleh itu aku perlu memahami perasaanku sendiri dahulu. Aku tak berjaya gembirakan semua orang, namun aku cukup bersyukur kalau dapat mengembirakan hati seorang yang sedang bersedih.... Kadangkala sila berhati2 apabila anda bersedih kerana mungkin ada bisikan jahat yang menimbulkan sesuatu yang kita tidak ingini....

Semoga Allah mempermudahkan situasi ini dan aku berjaya mengharunginya.... Apapun ambillah ikhtibar terhadapa apa yang terjadi....


Friday, June 18, 2010

Dugaan Untuk Kami...

Orang kata bila dugaan datang kita akan lebih tabah dan lebih bersedia untuk dugaan akan datg....
Macam kata Tuah Iskandar...
Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baikuntuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”
Suamiku dimasukkan ke hospital akibat sakit belakang. Menurut kata Dr. masalah slip disc.... Air mata bercucuran pelbagai soalan menejah fikirannku.... Mengapa3 Akhirnya kau belajar untuk menerima panggilan takdir... Sesungguhnya ini ujian untuk rumah tangga kami... Ini dugaan untuk kami... Kami perlu tabah dan terus tabah dengan dugaan ini. Sku sering pandang matanya yang mula nampak kecewa. Kucuba berikan semangat untukknya agar menjadi lebih waja.

Suamiku tersayang.... dugaan datang dan pergi. Yang penting kita tetap bersama. Tabahkan hati yerk. Jangan mengalah dengan dugaan yang diberi. Aku takkan biarkan dikau mengalah lagi... Ketahuilah kasih sayangku lebih dalam dari itu...

Abang jagan risau yerk... Cept sihat.. epat sembuh... I love you dear...

Thursday, June 3, 2010

Pembakar Sampah yang Stress

Hahahaaaa... stress punya pasal aku telah membakar kesemua bank statment aku... yang manyak stated pasal utang ler..... Burn baby burn... walaupun utang aku bukannya bayak sgt tapi aku memang cepat depress... setelah aku bakar baru aku puas hati.....

Tapi sius perangai macam ni bahya... pestime aku buat perangan sebegini.... kalau hubby ku tahu mesti dia mengamuk sbb dia igt aku nak bakar umah dia

Saturday, May 29, 2010

Alkisah SiMinah Sampah



Kali ni aku nak membebel..... Mana taknya skarang dah duduk rumah ni agak cocern sikitlah. Maklumlah tenant dah masuk aku buat investment kat sini and kebetulan duduk sini. So far memang monthly cun so aku kene make sure area tu bagus tok semua orang.... Nak dijadikan cerita... sebelum aku gi Bali aku nampak ada orang buang sampah kat pokok. Memang aku geram. Bangla ke ni.... CEh... tapi nak tau memang melayu pon ramai suka wat perangai camtu.

Time aku nak gi Bali, turun bawak beg nampak sowang minah nie... maklumlah bese aku g kol 8.45 skang nak gi dalam 7.30... orang kerajaan kot katuku dalam hati... Dia bawak beg sampah... Aku buat tak tau ler... Degn pakai kebaya and kain batik... tudung tak ada... sure keje gomen. Private takkan masuk awal ceamni.... aku pun nampak dia denga toye gi buang sampah kat situ....

Aku: Excuse me... Dik buang sampah kat sana ye bukan kat poko... (sura aku tinggi sket sbb takut dia tak dengar)
Minah Sampah: Selama ni saper yang amik sampah kat sini (dia tanya dengan nada tak puas hati)
Aku: Saya yang amik sbb saya tak suka tempat kotor... Tolong pergi buang kat sana. (Kali ni nada aku dah keras dah sbb tgok muka dia jeling2 aku)
Minah Sampah: Nanti saya buanglah... (dia letak sampah kat pokok tu jugak)
Aku: Awak boleh ada civic minded tak.... tolong jagan buang sampah kat sini... nanti sapaer nak angkat area ni kotor? (aku dah hangin,,, dah lah tembam pengotor plak tue....
Minah Sampah: Saya tahulah, saya tgah tunggu kawan saya pik up say. Awak ni tak boleh cakap baik2 tadi kata sivik... bodoh btol...
Aku: Kau yang pengotor kau nak kata aku bodoh... ko pegi buang sampah kat sana kalau tak aku buang kat rumah kau. (Kali ni aku dah naik hangin dah)
Minah Sampah: VIVA itam datang (member perempuan dia) Stupid....
Aku: SI** btol ko nak maki aku pulak.... Aku memang bengan..... Argh.... tapi dia pengotor....

Kalau aku jumpa dia lagi memang kene ludah.... Isk3.... tengah marah.... takde maknenya..... Jeling je cukuplah....

Tolonng ada sivik sket....




P/s: Jangan buang sampah merata2.... Kalau suka buang sampah merata2 nanti mesti buang anak merata2