Thursday, March 24, 2011

Segala yang berlaku ada hikmahnya....

Kita selaku umat Islam kene percaya pada Qada dan Qadar. Dalam dunia ini semuanya ketentuan dari Illahi. Selaku umat kita perlu memohon yang baik dari pencipta dan diikuti dengan usaha kita. Keradaan amat penting. Kesyukuran juga amat penting. Manusia kerap memhon bermacam2 tetapi jarang yang bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Aku adalah antara mereka. Aku tidak pernah sujud dan tunduk untuk melakukan sembahyang dan sujud syukur di atas apa yang Allah berikan padaku. Sembahyang.... Konsisten dan khusyukku kadangkala entah kemana. Aku perlu terus usaha untuk lebih fokus dalam menyatakan syukurku pada Yang Esa....

Alhamdulillah Ya Allah kerana kau berikan kehidupan yang baik untuk diriku. Alhamdullillah kerana kau berikan suami yang baik dan menyayangi ku. Alhamdulillah kerana kau kurniakan rezeki yang melimpah untukku. Alhamdulillah kerana kau kurniakan kesihatan yang baik untuk keluargaku. Alhamdulillah untuk segala-galanya.....

Kali ini aku mahu menyatakan seribu kesyukuran dan sesugguhnya seribu kesyukuran tidak mencukupi kerana apa yang diberi adalah lebih daripada apa yang aku ucapkan.....


Alhamdulillah SYUKUR......

No comments: