Monday, August 15, 2011

Bonus Dan Raya

Pemeberian bonus pada hari raya sangat sinonim dengan kakitangan kerajaan. Hmm mak dan ayah saya pesara so mereka dapat RM 500 sorang. Kakak dan abang ipar saya penjawat awam so mereka turut merasa kelebihan itu. Abang ipar dan isterinya cikgu. Wahh mereka turut beruntung. Barakallah.... Itu pesan Ustaz dalam kuliah pagi yang saya degar... Kalau orang dapat nikmat tukar barang2 baru jadi kita kene doakan untuk mereka....


Saya pula macam mana.... Alhamdulillah. Apa yang saya dapat juga melebihi penjawat awam. Hasil usaha kera tahun lepas merasalah tahun ini. Jadi apa perancangan saya ya..... Berapa tue saya tak boleh bagitahu nanti hubby marah.... Senyum sorang2 dengan opismate lain sudah.... Yang tahu Hubby dan keluarga saya. Keluarga mertua, saya tak mau mereka runsing sahaja kerana pemahaman mereka pasal duit agak berbeza.


Jadi apa perancangan saya mengenai bonus saya pada bulan ini...
1. Bersedakah.... - dalam bentuk duit raya tahun ini.... InsyaAllah... Ibu dan ayah duit raya anda berganda okay... dua2 berganda...
2. Bayar zakat - 2.5% yer jgn lupa.... sucikan harta...
3. Bayar hutang -  beberapa agensi telah menelefon sbb bajet bulan lepas agak ketat... So langsaikan apa yang patut.
4. Treat yourself - Hmm sedang memikirkan cara.... rambut
                                                                     akan dapat yang baru....
                                                                    5. Tambahkan simpanan. Nak pergi daftar haji.... yyeyyeeee....

Untuk suami apa yang perlu saya berikan..... Erm.. sepasang baju melayu sampaing dan kasut okay tak.... Hadiah ikhlas dariku untukmu.....




No comments: