Showing posts with label Cita-cita. Show all posts
Showing posts with label Cita-cita. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

Boyfriend Baru

Well last month hubby ku beli kereta ini setelah dapat durian runtuh untuk down payment. Lagipun, dah tiba masanya untuk aku pakai kete baru kata dia... Cehh kete lama cantik je lagi tapi macam dia kata dah tiba masanya... Hahaha....

Aku borak ngan ofismate perak... Pergh dia angkat MyVi plate negeri.... Macam bese gambar dah diupload dalam FB..... Huhuhuuhu... Then dia tanya aku, bila kete aku sampai.... Erk... kete dah sampai dekat sebulan, kenapa? Soalan yang paling dush "kenapa tak upload dalam FB".... aku gelak dan gelak.... Soalan yang sama aku tujukan pada hubby.... Kami gelak sambil tersengih.... Erm malulah nak upload bukannnya kete sendiri pun, kete pinjam, sbb pinjam bank baru dapat beli... Sentap tak....

Apapun aku upload kereta yang seakan-akan kereta aku.... Amacam menarik tak. Warna still menten warna putih... plate... rahsia la weh... kang kene santau plak kete aku tue... Sapa brani nak bawak pakai minya Ron 97 tau... 







Adush.... tak dapek do nak bawak kete kat atas... sebab loan lepas tok kete kat bawah jer... Hehee.... Masih setia dengan Ron 95.... Sebijik macam ini.... Cuma bezanya adalah, No plate (mestilah no plate aku) Sport rim aku lagi lawa. Yang lain semua sama tau... Hooray!!!! Sebab En. Hubby tak bagi upload gambar sebenar, jadi aku henakan sumber google sahaja.... Yada3

Thursday, March 24, 2011

Cita-Cita 1 - Misi dan Vii

Ok skarang aku kene tetapkan satu ruang untuk cita-cita aku. Then boleh evaluate balik sama ada cita-cita aku perlu dikembangkan atau tidak.

Kerja - Baru naik pangkat. Memang cita2 nak jawatan tapi aku masih bercita-cita untuk jawatan yang lebih tinggi. Aku perlu lengkapkan diri dengan semua keperluan dulu. Ilmu itu yangpaling penting.. Aku kene banyakkan baca buku. Kene hadiri kursus yang tertentu untuk mepersiapkan diri dalam cabaran yang mendatang. InsyaAllah......

Kewangan- Aku nak langsaikan hutang kredit kad. I mean all the Balance Transfer and Easy Payment. Aku nak kurangkan.... 50%. Shud be tercapai bulan September 2011, Oktober 2011, dan December 2011.
Aku nak mempunyai simpanan yang banyak. Sekurang-kurangnya 5x gaji suami isteri. Skarang ni baru ada 1 bulan. Itupun aku kuarkan bila keadaan mendesak. Tak boleh cenggini.
Aku nak beli saham blue chip. Nak menjinakkan diri dalam ilmu ni. Kene cari ilmu.
Aku nak bayar sebulan advance payment untuk semua komitment. Skarang cuma tinggal 2 komitmen je yang belum tercapai.

Kahwin- Dah kahwin. Dapat suami yang baik penyayang, handsome di mataku..... Aku nak bagi zuriat untuk dia. Zuriat kami.....

KeTuhanan
Aku nak solat cukup dan ibadah seiring dengan kesyukuran ku padaMU