Saturday, February 16, 2013

Suami Buat Perangai

Hamboi cepat sungguh nak baca entry ini.... Well yang buat perangai bukan suami aku... Tapi aku nampak dan tahu suami dia buat perangai.. So what should I do... Buat tak tahu sebab dan doakan semuanya baik-baik belaka...

Kadang-kadang bila benda macam ni berlaku adakah selaku aktivis wanita mesti aku baking wanita walaupun aku tak berapa sangat dengan wanita bernama isteri ni... Mesti dia tension bila dia tahu... Ada anak lagi... depan baik belakang semoga... Allah memberi penerangan ke dalam hati-hati mereka... Tapi kenapalah sampai jadi macam ini... Mungkin sebab kurang pencerahan...

Macam bese kalau nampak muka aku mesti buat tak kenal atau pandang tempat lain... Jgn risau... Tak ada sampai aku nak snap gambar pon... Sebab mungkin dah kahwin pun... Tahniah... Walaupun tak jemput...

Apapun aku cuma boleh kunci lirik ini... Aku tak mahu hakimi dia atas satu kesalahan itu sebab hakikatnya dia mungkin lebih tinggi darjatnya disisi Allah dari aku... Cuma sila bertanggungjawab atas apa yang aku tahu dan nampak...

Untuk Cik Isteri... sila bersabar dan berbincang sebelum ambil keputusan yang konkrit... Of course marah itu ada tapi nasi dah jadi moi.... Semoga bahagia selamanya.... Walaupun tak berapa suka dengan orang lain jangan kita menjadi gembira dengan kejatuhan dia...

Thursday, February 14, 2013

Tindakan Bijak selepas ditegur...

Hmmm macam biasa kita tak suka ditegur dan tak suka mendengar teguran... Tapi realitinya tanpa teguran kita tak boleh jadi manusia hebat... Wah... Wadah kali ni...

Nampaknya pihak berwajib memandang serius terhadap teguran yang aku buat... Yang tak berwajib pun sama... Teguran yang dibuat secara rasmi...

- Masuk surat khabar utusan  ini... Pada tahun 2013 kerajaan telah memberikan kuasa mutlak kepada AVIVA untuk meluluskan pinjaman perumahan... so... kelayakan bukan kira tangga gaji tapi kira potongan yang ada dalam slip gaji dan luar slip gaji... Semoga kita semua lebih berhemah.. baik kerajaan ataupun swata... Tapi teguran ini pada tahun 2010... Alamat 3 tahun untuk ubah.... Syabas diucapkan...

-Teguran kepada PLUS... saya selaku kakitangan... (dulu-dulu) anak syarikat yang sama bernaung mengenai lori tonto yang berleluasa... Fuhh lega boleh nampak notis yang kita kene hati-hati dengan tonto haram .... Nampak macam, tengok macam... tapi bukan perkara sebenar....

-Teguran kepada MAIS mengenai Makhluk Tak Asing tapi bukan Makhlus Halus yang tak sedar diri... Amboi... padan muka korang... cari le tempat maksiat lain...

- Teguran kepada Bank Rimau mengenai layanan kepada warga tua yang kene beratur untuk update ASB.... Skang lebih bertauliah...

-Teguran kepada MPS rumah gelap dan orang renovate sepah sana dan sini....

Berikut adalah teguran secara rasmi.... Tapi apa yang aku nampak bila kita tulis masuk surat khabar itu dan ini... Maka tindakan amat berkesan.... Sekarang aku tengah memikirkan bagaimana untuk menyampaikan teguran secara rasmi untuk memastikan bila ditegur kita dengar bukan melenting....

Wednesday, February 13, 2013

Kaunseling yang Fail...

Kita tak boleh nak ubah seseorang melainkan dia yang nak ubah diri dia. Hmm apa yang aku cuba adalah memberi penreangan dan jalan penyelesaian walaupun aku tahu memang akan gagal tapi aku dah berusaha...

Aku balik dan cuba membantu dia membetulkan situasi kewangan yang dah nazak... Hmm orang yang bagi banyak alasan... Antara alasan yang dia bagi...

 - Kereta tiap-tiap bulan nak pakai duit repair itu dan ini
 - Tiba-tiba nak renew roadtax tak ada duit jadi tak ada penyelesaian
 - Ko tak faham hidup aku
 - Ko lainlah ada suami, ada itu dan ini... aku ni cuma makan gaji
 - Ko ingat aku tak menyimpan ke... tapi kalau aku dah terdesak, aku kene guna jugak dan pinjam jugak...

Aku laydown sumer exspenses dia dan surplus RM 900 dekat.. so allocation untuk simpanan RM 200 je pon bukan semua still cakap impossible... Ego betul tak nak mengaku diri tak ada masalah... Memang kalau mak kau tak ada semalam bulan depan kau makan kangkung...

Aku tanya apa penyelesaian untuk semua ini.... Berikut adalah penyelesaian yang dia nak buat...
 - Beli kereta baru Persona - alahai baru 4ratus lebey...... AK.... ko pegi angkat kete skang dan tgok berapa installment ko... Down payment kau ada ke... Hmmm kau rasalah nanti... Loan kau boleh ke lepas... Nak apply CC pon bank rejek....
 - Tunggu hutang habis..... Hmmm tunggulah apa salahnya sebab kalau kau teruskan lifestyle kau skarang... gerenti hutang kau makin bertambah...
- Aku tahulah nak buat macam mana - Hmmm memang kau tahu bila kau problem macam tue kau cari mak bapak kau jugak... Tak malu ke dei thamby

Penyelesaian dari Mak dia plak...
- Orang lelaki dia ada Ego masalah macam dia ni kene pergi kelas pengurusan kwangan - Well Aunty, Silakan saya boleh bagi link ni untuk Aunty... semoga berjaya... Belalah ego dia mudah-mudahan dia berubah...
- Kalau dia kahwin selesai masalah -  Hmm betul selesai masalah sebab Auntie dah tak tanggung dia lagi tapi Perempuan skarang pon memilih... Kalau boleh bagi quality yang ada pada dia buat orang tergila i.e Muka handsome -tidak, Soft spoken - tidak, romantik tidak, Budi bahasa - tidak... Jadi kalau criteria ini memang tak ada saya tak berani nak beri cadangan...
- Kalau auntie nak cari calon - Semoga dapat orang yang sesuai

Apa pun aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat... Still you feel you are not in trouble... I am fine thank you... Good luck to your Financial Freedom...Anyhow my hubby is right... Let him be... because you cannot ask snake to pu their shoes....

Friday, February 8, 2013

3 Bonus Untuk Pengasuh Saya

Hmm Tahun ini aku tak merasa bonus seperti tahun2 lepas... Maklumlah dah berenti untuk beberapa bulan... Adush.... Sedih pon ada... Tapi kita kene percaya rezeki ada dimana-mana...

Oleh sebab telah bertukar pengasuh... rasa syukur sebab yang kedua ni lebih baik... Susah nak cari pengasuh yang baik sekarang... Rezeki dia bertambah murah dengan kelebihan membuat kek. Sebulan 10 biji order Alhamdulillah... Kata dia sejak jaga Alayna rezeki bertambah..."Kak rezeki datang dari Allah" akak usaha InsyaAllah dapat...

Kek dia memang sedap dimakan cepatlah habis dikunyah... En hubby pulak dapatlah duit poket jadi dispatch kek... huhuhu Aku dapat makan kek free... Mak nanti saya deliver untuk mak ye... Mak buyung pun terngin nak makan... Hmm popular betul... 

Tiba-tiba ada suara kata "Larat ke di nak buat kek dengan jaga budak lagi?" Maklumlah bula Feb sempena Raya Cina ada total almost 50 biji cfm order... Semalam aku jumpa waktu thari,  time tu dia dah siapkan baby nak mandi... Bincang-bincang barulah dia ceritakan situasi dia... Syukur peluang yang datang memang dia gunakan sebaik mungkin.... Duit lebih yang dia dapat merupakan BONUS 1 untuk dia.... Saya tak kacau....

Sebab pengasuh yang ini baik sangat aku tak lokek memberikan bonus untuk dia... setengah bulan... Dia gitau 1st time jaga anak orang dapat bonus... Niat nak sedekah... Sebab aku sedar tanpa bantuan dia menjaga baby aku tak mungkin aku boleh kerja dengan baik.... Kadang-kadang bila kita minta orang jaga anak kita jagn lupa ringankan sedikit mereka sebab walaupun mereka jaga ikhlas, sedikit sebanyak duit akan membantu... dan ini BONUS 2 untuk dia...

Setelah baby cukup 9 bulan, mula nak makan itu dan ini, tapi kesiannya bila saya buat sumer dia tak nak... Pengasuh saya yang baik telah bersetuju untuk membuat lebihan sedikit makan tengahari untuk dijadikan makan malam anak saya.... then... bagi lah extra atas effor dia siapkan makan malam.... Terbaik..... Ini BONUS 3 untuk dia

Masa bercerita dan memberikan cadangan kepada rakan yang lain... Mereka semua agak berkira-kira untuk melakukan perkara yang sama... Tapi ada sorang cakap... Betullah Sue, kadang-kadang bila kita beri rezeki lebih kat orang akan dapat juga pada kita....


Saturday, January 12, 2013

Pengalaman Ngeri di Bank

7 Jan sebab aku kerjalebih masa diberi cuti 7 Jan dan 8 Jan. So macam biasa awal tahun aku pun pergi ke bank untuk keluarkan duit dividen ASB... Adeke patut kaunter dengan selamba... oh beratur kat atas... Perghh... aku ngan hubby pun panjat tangga.... omg.. orang beratur kat tangga... Ni gambar contoh cawangan lain....Aku tak dapat snap kat Maybank sebab aku tak rela beratur di tangga macam kat pejabat pos... 
'
Berbekalkan semangat waja aku pun pergi ke RHB banggunan sebelah... 1st class service siap bagi contest form... Selamba aku call hubby "Dear meh dtang RHB"... tak yah gi Mebengong itu

Tak sampai 1 jam dapat kuar Duit... Hmm Duit hubby setel bayar MARA dia.... suapya dia tak Maratap tak   dapat di Bangkok... Swadeekaap....

So moral of the Story sila boikot mebeng untuk urusan ASB anda... Tak value customer langsung