Friday, February 8, 2013

3 Bonus Untuk Pengasuh Saya

Hmm Tahun ini aku tak merasa bonus seperti tahun2 lepas... Maklumlah dah berenti untuk beberapa bulan... Adush.... Sedih pon ada... Tapi kita kene percaya rezeki ada dimana-mana...

Oleh sebab telah bertukar pengasuh... rasa syukur sebab yang kedua ni lebih baik... Susah nak cari pengasuh yang baik sekarang... Rezeki dia bertambah murah dengan kelebihan membuat kek. Sebulan 10 biji order Alhamdulillah... Kata dia sejak jaga Alayna rezeki bertambah..."Kak rezeki datang dari Allah" akak usaha InsyaAllah dapat...

Kek dia memang sedap dimakan cepatlah habis dikunyah... En hubby pulak dapatlah duit poket jadi dispatch kek... huhuhu Aku dapat makan kek free... Mak nanti saya deliver untuk mak ye... Mak buyung pun terngin nak makan... Hmm popular betul... 

Tiba-tiba ada suara kata "Larat ke di nak buat kek dengan jaga budak lagi?" Maklumlah bula Feb sempena Raya Cina ada total almost 50 biji cfm order... Semalam aku jumpa waktu thari,  time tu dia dah siapkan baby nak mandi... Bincang-bincang barulah dia ceritakan situasi dia... Syukur peluang yang datang memang dia gunakan sebaik mungkin.... Duit lebih yang dia dapat merupakan BONUS 1 untuk dia.... Saya tak kacau....

Sebab pengasuh yang ini baik sangat aku tak lokek memberikan bonus untuk dia... setengah bulan... Dia gitau 1st time jaga anak orang dapat bonus... Niat nak sedekah... Sebab aku sedar tanpa bantuan dia menjaga baby aku tak mungkin aku boleh kerja dengan baik.... Kadang-kadang bila kita minta orang jaga anak kita jagn lupa ringankan sedikit mereka sebab walaupun mereka jaga ikhlas, sedikit sebanyak duit akan membantu... dan ini BONUS 2 untuk dia...

Setelah baby cukup 9 bulan, mula nak makan itu dan ini, tapi kesiannya bila saya buat sumer dia tak nak... Pengasuh saya yang baik telah bersetuju untuk membuat lebihan sedikit makan tengahari untuk dijadikan makan malam anak saya.... then... bagi lah extra atas effor dia siapkan makan malam.... Terbaik..... Ini BONUS 3 untuk dia

Masa bercerita dan memberikan cadangan kepada rakan yang lain... Mereka semua agak berkira-kira untuk melakukan perkara yang sama... Tapi ada sorang cakap... Betullah Sue, kadang-kadang bila kita beri rezeki lebih kat orang akan dapat juga pada kita....


No comments: