Friday, June 10, 2011

Pertubuhan Isteri Taat....

Aku tak paham apa moralnya penubuhan kelab ini dengan status perceraian yang makin banyak berlaku. Adakah dengan semata2 taat pada suami kita perlu untuk menganggap diri selaku pelacur kelas pertama. Memang dalam Islam menghalalkan seks antara suami isteri. Tapi kalau cuma seks sahaja... Rasulullah pun takkn berkahwin dengan Saidatina Khadijah, Aishah, dan balu2 yang tua.

Seorang wanita sangat tinggi nilainya. Seorang pemerintah pun perlu tunduk kepada ibu. Satu kali ibu panggil bersamaan dengan 3x bapa. Wanita bukan obejk seks semata2. Tak pernah disebut dalam Islam yang ciri2 perkahwinan yang bahagia ialah layanan umpama pelacur kelas pertama.

Memang tidak dinafikan, antara salah satu penggerak atau penyumbang kepada alam perkahwinan adalah hubungan intim. Tapi bayangkanlah kalau isteri sakit dan sekiranya hanya hubungan intim yang dipandang, sila tinggalkan isteri anda waktu dia sakit....

Jadi kepada golongan yang suka merapu2 tak tentu pasal.... cakap gunalah akal bukan kepala lutut

No comments: