Hmm bila terbaca akhbar Utusan mengenai trend lelaki yang suka pasangan yang pintar aku senyum dan tersenyum... Macam biasa balik aku ajukan perbincangan dengan suami.. Kenapa yerk... Kalau I dulu belajar sampai SPM... rasa-rasa abang la boleh ke kita berkawan dan serius seperti sekrang... Amboi... bukan main lama lagi pemikiran diluar dari kotak cuba dicungkil....
Jadi.. apa jawapannya.... Hahahha.... gelengan kepala sudah cukup untuk aku faham.... Tapi kalau u comel macam budak jual nasi lemak yang nama Dhia oklah... Huhuhu... Selesai sudah.... Kenapa trend sekarang makin berubah?... Terus terang bila aku kerja dalam bidang hartanah, realitinya tak semua suami boleh beli rumah tanpa pinjaman bersama dengan isteri. Kalau ada pun kakitangan kerajaan sbb dah tertera kelayakan pinjaman anda berapa..
Berikut antara sebab mengapa lelaki suka perempuan pintar...
1. Sedar atau tidak lelaki turut memkirkan pasal security mereka...Mereka turut mempunya isu dalaman kalau aku tak kerja macam mana. Siapa nak tanggung aku... Malahan ada juga yang memang keje sambil lewa sebab tahu kedudukan kewangan isteri kukuh dan ampuh. Dapat pulak isteri yang tak berkira dalam soal kewangan. Apa yang penting kesetiaan.
2. Perempuan pintar turut menjadi trofi atau status mereka... Sebagai contoh bila ditanya oleh keluarga dan masyarakat sekeliling apakah pekerjaan isteri mereka... Hmmm trend jawapan yang kita boleh tahu.... -Kalau position tinggi macam cikgu, peguam, engineer, pegawai bank dan sebagainya... mereka akan terus menyatakan jawatan dan tempat bekerja... contoh... "Isteri saya bekerja sebagai peguam di Mahkamah tinggi"... tapi kalau jawatan biasa-biasa... "Isteri saya bekerja di Mahkamah Tinggi"... hahahha jawapan yang solid
3. Wanita pintar juga bijak melontarkan idea disaat mereka memerlukan. Jadi suami yang perlu uruskan semua memang agak stress.... Nak cari duit, nak beli barang, nak hantar anak tution nak itu dan ini. Sehingga kadang-kadang kesihatan sendiri diketepikan. Sekiranya sesuatu berlaku, bagaimana wanita akan react... Okay... cukup sekadar dia tahu bahwa sekiranya... sebagai contoh.... alamak yang... rumah tak kemas... lusa orang nak datang... lantai berlekit... jgn risau... meh pinjam bibik sebelah... senyum... selesai satu masalah... Alamak yang duit tak ade... susu dah habis... jgn risau.. boleh beli tin yang promosi... google sapa nak jual murah...
4. Wanita pintar pandai kawal emosi... - kalau perasan... mereka takkan nak mengamuk atau menjerit tak tentu fasal... lebih tahu apa yant patut dibuat dan tak patut dibuat... wanita pintar tak membebel tapi lebih kepada silent treatment... hahahaha... amik kau...
5. Wanita pintar akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.... Hmm agak klise tapi hakikatnya mereka takkan duduk dan pandang sahaja... mereka mesti berusaha...
Apapun pintar boleh diperolehi dengan usaha...sebab kalau dilahirkan pintar tapi tak diasah... tumpul juga.... tak semestinya pintar perlu sekolah tinggi dan belajar sampai universiti... tapi kalau sekadar bijak belanja dan memasak urus rumah dan anak-anak dengan sendiri masih dikira pintar....
No comments:
Post a Comment