Saturday, July 27, 2013

Boyfriend Baru

Well last month hubby ku beli kereta ini setelah dapat durian runtuh untuk down payment. Lagipun, dah tiba masanya untuk aku pakai kete baru kata dia... Cehh kete lama cantik je lagi tapi macam dia kata dah tiba masanya... Hahaha....

Aku borak ngan ofismate perak... Pergh dia angkat MyVi plate negeri.... Macam bese gambar dah diupload dalam FB..... Huhuhuuhu... Then dia tanya aku, bila kete aku sampai.... Erk... kete dah sampai dekat sebulan, kenapa? Soalan yang paling dush "kenapa tak upload dalam FB".... aku gelak dan gelak.... Soalan yang sama aku tujukan pada hubby.... Kami gelak sambil tersengih.... Erm malulah nak upload bukannnya kete sendiri pun, kete pinjam, sbb pinjam bank baru dapat beli... Sentap tak....

Apapun aku upload kereta yang seakan-akan kereta aku.... Amacam menarik tak. Warna still menten warna putih... plate... rahsia la weh... kang kene santau plak kete aku tue... Sapa brani nak bawak pakai minya Ron 97 tau... 







Adush.... tak dapek do nak bawak kete kat atas... sebab loan lepas tok kete kat bawah jer... Hehee.... Masih setia dengan Ron 95.... Sebijik macam ini.... Cuma bezanya adalah, No plate (mestilah no plate aku) Sport rim aku lagi lawa. Yang lain semua sama tau... Hooray!!!! Sebab En. Hubby tak bagi upload gambar sebenar, jadi aku henakan sumber google sahaja.... Yada3

Thursday, July 25, 2013

Baby Sitter ku dan Baby Sitter Dia

Baru-baru ni sorang kawan bagitau yang baby sitter jaga tak cukup seminggu tapi amik duit full payment.... The siap publsih conversation melaui iPhone canggih (aku masih pakai Samsung Serious Loser -SL).. Ramai komen soh cari baby sitter lain segala bagai... Aku cuma komen yang maybe sebab dia tau ko dapat Bantuan RM 500 dari Gomen... So Amacam.... 

Komen aku just simple, 1st jangan sekali-kali anggap mereka ni bekerja sebab mereka tolong jaga baby. Nak yang kerja rasanya Nursery lebih sesuai... Kadang-kala kita kene lebih kurang (tapi jangan sampai kene pijak kepala) Apa yang aku nampak mungkin time nak raya jadi semua orang jadi sedikit sentap bab2 duit ni termasuk aku... Jadi bila perkara begini berlaku apa penyelesaiannya....

Macam yang aku pernah cakap dulu dalam entry http://suzieynieyta.blogspot.com/2013/02/3-bonus-untuk-pengasuh.html. Bila kita dapat rezeki, yang menjadi hak kita adalah jumlah yang kita sedekah sebab yang lain tiu adalah milik Bank, Telco, Jusco dan sebagainya.... So jangan stress... apa yang patut kita buat adalah niat bersedekah.... Cewahh macam bagus aku cakap...

Berdasarkan cerita Mak Ngah yang jadi Baby Sitter. Amount dia memang Fix. Walaupun cikgu cuti balik kampung 2 minggu. Jiran sebaris yang mengasuh pon macam itu.. So mungkin bagi sesetengah orang agak berat sebab time seminggu dah bagi kat babysitter supplemen... kos lagik... Bincanglah baik2 dengan baby sitter yerk....

Okay untuk pastikan entry ini tidak berat sebelah... Kepada baby sitter, selamat menjaga anak dengan penih kasih dan sayang....

Untuk baby sitter aku pon macam itu raya ni cuti dekat 2 minggu tapi sebab aku ada rezeki lebey sket.. so layan kan jelah...

Thursday, July 18, 2013

My Life is Unpredictable

Bulan baru dan azam baru kini bulan lepas tinggal kenangan.... Sedang sekian kali aku dikhabarkan dengan keadaan atok yang tenat di IJN pada bulan lepas pada 17hb Jun. Setelah berkira-kira akhirnya aku setuju untuk melawat atok. Pergi bersama Angah dan Abang Fauzi untuk memastikan aku tak letih memandu maklumlah berbadan dua pada ketika itu. Balik pula dihantar oleh Acheek bersama stroller Alayna. Sampai rumah pada malam hari. Keadaan atok pada ketika itu memang tenat, dia tidak sedarkan diri. Apa yang Along, Acheek adan Abg Zahid harapkan supaya pemergiannya tidak berlaku pada hari lahir mereka. Walaupun aku agak hura hara untuk minta cuti, tapi aku kuatkan semangat..... Dan pada hari itu juaga pecah rahsia yang aku bakal menimang cahaya mata kedua...


23 Jun -Allah Maha Kaya, , arwah pergi meninggalkan kita. Alfatihah untuk Arwah Budin bin Kamar. Aku ke Melaka menaiki kereta Acheek...  Sungguh seronok berkereta baru...... Terdapat sedikit pendarahan pada kandungan ku namun terlalu sedikit untuk aku runsingkan. Hanya mampu berzikir di dalam hati....Selamat ke Melaka dan selesai urusan kenduri aku pulang ke rumah dan singgah di rumah Kak Mai untuk Mee Kari....

25 Jun kami ke Klinik Kesihatan untuk membuka buku ibu mengandung. Setelah menimbang dan menerangkan situasi kandunganku... akhirnya berjumpa dengan Doktor. Doktor memberitahu bahawa, kandungan ini mungkin tidak bernyawa kerana tidak mempunyai denyutan jantung.... Untuk kepastian, dia menyuruh aku berjumpa pakar. Aku ke Hospital Salam bersama suami, jawapan yang memilukan itu masih menjadi jawapan... Doktor suruh aku ke GH untuk melakukan rawatan. Aku menangis dan menangis... Sewaktu di GH, aku berjumpa sekali lagi dengan pakar, masih lagi jawapan yang sama cuma penerangannya lebih detail "The baby is growing but due to no heart beat and no symptom of any heart development we have to consider that it is not normal baby". Akhirnya aku pinta untuk melakukan proses DNC/EPAU pada 3 July 13. Nurse suruh aku buat secepat mungkin tapi kejutan ini memang sgt berat..

28 Jun - Anakku mula menunjuk symptom tidak sihat tak boleh makan dan minum sejak semalam. Doktor mengesahkan penyakit HDFM... Alayna ditahan wad kerana kekurangan air dan nutrisi. Asyik menangis sahaja. Aku sedikit tertekan... Pelbagai dugaan mendatang. Ini ujian dari Allah. Akhirnya, dia ditahan sehingga 1 Julai.

3 Julai - Aku sedikit letih dengan pelbagai kejadian minggu lepas. Masuk ke hospital dengan pelbagai perkara dalam fikiran

4 Julai - Semuanya selamat. Aku diberi cuti 8 hari. apabila pulang, suami bawa ke Showroom Nissan untuk ambil kereta baru. Hmmm semuanya berlaku begitu cepat sekali. Mungkin perancangan Allah lebih cantik dari aku sendiri. Apapun aku bersyukur.... I believe everything happen for a reason....