Thursday, July 18, 2013

My Life is Unpredictable

Bulan baru dan azam baru kini bulan lepas tinggal kenangan.... Sedang sekian kali aku dikhabarkan dengan keadaan atok yang tenat di IJN pada bulan lepas pada 17hb Jun. Setelah berkira-kira akhirnya aku setuju untuk melawat atok. Pergi bersama Angah dan Abang Fauzi untuk memastikan aku tak letih memandu maklumlah berbadan dua pada ketika itu. Balik pula dihantar oleh Acheek bersama stroller Alayna. Sampai rumah pada malam hari. Keadaan atok pada ketika itu memang tenat, dia tidak sedarkan diri. Apa yang Along, Acheek adan Abg Zahid harapkan supaya pemergiannya tidak berlaku pada hari lahir mereka. Walaupun aku agak hura hara untuk minta cuti, tapi aku kuatkan semangat..... Dan pada hari itu juaga pecah rahsia yang aku bakal menimang cahaya mata kedua...


23 Jun -Allah Maha Kaya, , arwah pergi meninggalkan kita. Alfatihah untuk Arwah Budin bin Kamar. Aku ke Melaka menaiki kereta Acheek...  Sungguh seronok berkereta baru...... Terdapat sedikit pendarahan pada kandungan ku namun terlalu sedikit untuk aku runsingkan. Hanya mampu berzikir di dalam hati....Selamat ke Melaka dan selesai urusan kenduri aku pulang ke rumah dan singgah di rumah Kak Mai untuk Mee Kari....

25 Jun kami ke Klinik Kesihatan untuk membuka buku ibu mengandung. Setelah menimbang dan menerangkan situasi kandunganku... akhirnya berjumpa dengan Doktor. Doktor memberitahu bahawa, kandungan ini mungkin tidak bernyawa kerana tidak mempunyai denyutan jantung.... Untuk kepastian, dia menyuruh aku berjumpa pakar. Aku ke Hospital Salam bersama suami, jawapan yang memilukan itu masih menjadi jawapan... Doktor suruh aku ke GH untuk melakukan rawatan. Aku menangis dan menangis... Sewaktu di GH, aku berjumpa sekali lagi dengan pakar, masih lagi jawapan yang sama cuma penerangannya lebih detail "The baby is growing but due to no heart beat and no symptom of any heart development we have to consider that it is not normal baby". Akhirnya aku pinta untuk melakukan proses DNC/EPAU pada 3 July 13. Nurse suruh aku buat secepat mungkin tapi kejutan ini memang sgt berat..

28 Jun - Anakku mula menunjuk symptom tidak sihat tak boleh makan dan minum sejak semalam. Doktor mengesahkan penyakit HDFM... Alayna ditahan wad kerana kekurangan air dan nutrisi. Asyik menangis sahaja. Aku sedikit tertekan... Pelbagai dugaan mendatang. Ini ujian dari Allah. Akhirnya, dia ditahan sehingga 1 Julai.

3 Julai - Aku sedikit letih dengan pelbagai kejadian minggu lepas. Masuk ke hospital dengan pelbagai perkara dalam fikiran

4 Julai - Semuanya selamat. Aku diberi cuti 8 hari. apabila pulang, suami bawa ke Showroom Nissan untuk ambil kereta baru. Hmmm semuanya berlaku begitu cepat sekali. Mungkin perancangan Allah lebih cantik dari aku sendiri. Apapun aku bersyukur.... I believe everything happen for a reason....

No comments: