Wednesday, January 11, 2012

Kalau aku tahu lebih Awal

Hmm cek dan balance kewangan dah pun dibuat. Dengan selamba aku tanya hubby apa yang dia nak buat dengan duit dia. Sbb kita kene buat perancangan perbelanjaan yang betul. Aku tunjukkan jumlah yang dia boleh belanja. Hmmm senyum panjang nampaknya kekanda yerk.....

Jawapannya mudah - habis ke girilfriend dia aka kereta kesayangan... Biasalah lelaki akan panggil kereta girlfriend, kalau tak percaya cuba bawak kereta kepunyaan mereka... omg kene macam2.... Seat, tinted, radio, speaker.... Wah... meriah betul. Tapi tak aper itu hasil usaha keras dia so kita kene sokong sbb nanti nak bawak saya jalan2 guna kereta dia juga. Hujung minggu lepas semua telah siap. Dan hasilnya memang puas hati.

Hmm semalam ke pejabat ASNB. Wah ramai sungguh keluarkan duit dan update dividen dan bonus. Meriah. Aku pulak cuma keluarkan duit untuk bayar duit mak, tukar alamat untuk statement, buat buku baru ASW yang dah hilang (walaupun jumlah dalam dah kosong tapi sijil ada 1k dari EPF), buat AS1M untuk EPF dan masukkan duit. Wah... makan masa betul semua perancangan. Setelah selesai semuanya aku pergi ke PBB untuk ambil EPF statement. Dan hasilnya duit EPF akan bergerak ke AS1M. Terima kasih untuk penerangan.

Personally aku tak guna EPF aku untuk unit trust public mutual sbb tak nampak hasilnya. So aku cuma guna untuk ASW 2020 dan AS1M. Jadi lebih selamat dan terjamin. Tapi jumlah yang tinggal kene cukup sbb ada formula yang sesuai kene follow bukan boleh kuar suka2 hati.

Kalau aku sedar peranan menyimpan ni dari awal nescaya aku akan lebih berdisiplin. Tapi sbb suka ikutkan nafsu aku simpan dan kuarkan duit untuk berjoli. Apapun aku bersyukur sbb aku sedar awal dan aku bersyukur sbb aku belum terlambat.

Misi aku lepas ni nak menyimpan untuk pergi haji. ayuh penuhkan tabung haji saya.

No comments: