Wednesday, January 4, 2012

PTPTN - Potong Gajiku

Hmm dulu orang belaja kita belaja. Memang mahal yuran pengajian. Selaku mempunyai adik beradik ramai, aku pun amiklah loan ni. Masa tue suka2 je bila dapat duit beli itu ini dan tak lupa adalah simpan sikit2. Macam bese, jumlah disimpan memang kurang dari jumlah dibelanjakan.

Bila dah habis belajar, aku terus dapat keje. Tak konvo lagi dah keje. Ramai gak kengkawan yang macam gitu dengan gaji degree boleh kata survivelah nak duduk kat kl tapi aku tak bayar pun sbb misi utama nak beli kete. Dah tiga bulan keje aku setat bayar. Then ikut suka, time aku rasa nak bayar, aku bayar lebihkan menjoli sana sini. At last rete tak ader hutang yang bertambah.

Gamaknya ramai kengkawan yang macam aku. Tapi bagusnya aku in total aku dah bayar almost 3k walaupun dah 5 tahun. Padan muka kos pentadbiran je yang susut. Orang lain, tahlah, adik beradik aku pon liat. Setelah ujrah diperkenalkan, aku firm nak suruh potong gaji aku terus. Target aku dalam 250 sebulan. Tapi kalau niat kita baik dan usaha memang allah akan juruskan jalan. Lulus dan dapat RM 162 je sebulan.

Sejak Mac 2011 sampai Dec 2011 dia tak ptong gaji aku. Time bonus aku bayar RM 800 tok PTPTN/ I lep u gomen. Btul gak kalau dah berhutang sila jelaskan. Kang berasap kubur. Tahun 2012 Jan, aku dapat surat menyatakan yang gaji aku akan dipotong. TQ HR sbb sudi potong gaji aku bulan nie. Seb bek ada bonos so tak rugi sangat. So apa strategi untuk setelkan hutang 21k ni. Pergh... utang kedua tertinggi selepas rumah kos rendah aku... Wakakaka...

Ramai yang tak suka potong gaji sbb:-
1. Gaji terus kene potong. Duit rokok, kasut dll kene cut.
2. Tak bleh bayar suka hati (terikat)
3. Malas nak berdisiplin untuk bayar
4. Proses leceh - yelah mau makan almost setahun jugak.
5. Kompeni malas nak buat - seb bek company aku rajin.
6. Keje sendiri.
7. Tak kerja.
8. Memang tak nak bayar.

Tapi bila aku fikir balik, masa mula2 aku keje dulu aku tak pernah bayar zakat walaupun itulah rukun islam. Tak pernah amik tahu langsung layak ke tak. Bila dah duduk n9 nie, kempen kesedaran berzakat aku buat potongan gaji sbb aku nak pastikan gaji yang dapat tue telah disucikan. Baru aku nampak perbezaannya.

So bila dah mula kene potong gaji, aku pun mula sedar tanggunjawab aku. Mak pesan, bayar kat semua anak2 dia. Tapi kalau dulu aku bayar sebulan seratus pun mungkin akan cepat susut hutang aku. but then tak pelah, aku kene bersyukur sbb sedar time tak lambat.

So apa yang patut PTPTN buat untuk menambah baik sistem pungutan ni.

1. Wajib bayar - Memang kat msia tak strict macam negara lain. Kalau betul tak keje, kene bagi alternatif untuk tak keje.

2. Orang gomen wajib potong gaji dulu -  tak kiralah kontrak ke, atau tetap ke atau sandaran ke atau sementara ke. Gaji seribu potong seratus kira okay. Potong at least 10% dari gaji. Kalau tak setuju bagitau yang akan mengakibatkan jawatan diberi kepada orang lain. Tapi potong gaji terus. Lepas tue buat untuk GLC, SEMI GOV dan lain2.

3. Wajibkan 5-10% bila mula bekerja. Boleh cek dengan EPF. Jadikan majikan sebagai ceti anda. Macam majikan ptong EPF lah. Bagi incentive kat majikan, kalau buat nie dan dapat colect berapa, dalam setahun akan dapat pelepasan cukai walaupun sket.

4. Freebies atau premium gift kepada pembayar PTPTN. Bangga sey.... bagi bagde ke aper ke...

Tu jelah yang aku terfikir.

No comments: