Saturday, January 7, 2012

Bonus 2012

Hmm bulan ni gaji aku diawalkan oleh staf2 berjoli sempena raya cina. aku dengan tak berhemah telah menghabiskan gaji hujung bulan lepas dengan membeli barang dan berbelanja mengikut suka hati aku dan laki aku tanpa memikirkan apa kan berlaku. Tapi dengan berkat dan kudrat awal bulan satu aku boleh kuar duit bonus ASB untuk top up semua perbelanjaan yang short.

Dengan tak berhemah lagi aku tak mau mengeluarkan duit untuk menggantikan short sbb aku sronok tgok duit berkepuk dalam buku bang yang dari dua angka bertukar menjadi 5 angka. Tapi aku terpaksa kuarkan juga skang dah jadi 5 angka balik. Pergh... Skang aku dengan bajet bagus tunggu bonus 15hb nie. Banyak ke? sikit ke? mak dah tanya? boleh ke nak sembelih kambing ni? alah sembelih kambing bapak je pun kene bayar ke.... hehhhehee.

So apa perancangan aku untuk memastikan bonus aku marvelles walaupun aku dah dinilai tahun lepas? Ini agenda aku buat untuk meningkatkan motivasi walaupun bonus tahun nie aku tak tentu boleh guna untuk beli rumah baru lagi. Down payment pon okay jelah.....

1. Simpan segala duit yang ada - huhuhu.... time tak ada duit nak simpan duit bila banyak duit sila banyak sedekah...
2. Buat part time - hubby aku nampaknya sedang berusaha keras dan hasilnya dah berbuah....
3. Naikkan sewa ruma - tak relevan sbb agreement tak expired lagi
4. Kutip hutang - hmm aku je banyak hutang saper ajer ader hutang ngan aku... oh lupa...
5. Solat Dhuha dan Baca surah Al-Waqiah - Hmm aku rasa amalan ini kurang sbb kengkadang solat lima waktu pun aku ader ponteng.
6. Rajin mengelim - pergh... ini benda yang den maleh nie....
7. Makan sandwich time makan malam sbb hubby aku on diet - hmmm badan dia kalau mengurus sebenarnya lagi banyak duit pakai sbb dia nak tv led baru dan pakai luar dan dalam baru.....
8. Bersyukur dengan apa yang ada...
Apa kata aku buat macam bese... berlagak amcam orang bese yang kelihatan tak ada duit dan biarkan orang pandang sebelah mata so rasa tak apa2 pon.... biarlah kete lama, baju recycle, kabinet monier, tepon pinjam, kasut lama dan tak payah gantikan yang baru mesti marvelles jerk....

No comments: