Friday, February 24, 2012

Hutang Oh Hutang sewa

Tak sudah2 orang mengadu itu tak cukup dan ini tak cukup. Sama jugaklah dengan aku. Macam biasa bila kita ingatkan keperluan diri kita, kita selalu lupa keperluan orang lain. Mungkin sebab itu, Allah akan mengutamakan orang yang mengutamakan keperluan insan lain sebelum dirinya. Tapi hati-hati jangan sampai pijak kepala.

Oklah apa yang terjadi pada diriku.... Diam tak diam dah dekat 2 tahun kakak nik sewa rumah dengan aku. Hmm hasilnya memang positif. Oleh sebab dulu ada masalah anak sakit dan ayah... sepanjang 2 tahun pernah kurang bayar tapi sudah selesai isu tersebut selesai dengan ansuran mudah. December 2011 dia dikurniakan bayi baru. Alhamdulillah anak lelaki pelengkap keluarga. Anak pertama dan kedua perempuan. Hujung bulan, dia bagitau yang tak boleh bayar sewa sbb anaknya sakit kuning. Keluar masuk hospital. Hmmm dengan hati yang cekal aku kata ok tapi bulan depan en. hubby akan kutip. Target sbb bulan Jan akan ada bonus untuk diriku jadi taklah berat sangat berbanding dengan dirinya.

Allah menduga sejauh mana sabar dan tawakal kami. January 2012, sepatutnya dapat dua bulan terus, tapi dikejutkan dengan berita yang suaminya ditipu. Hmmm oleh sebab tak mau panjang cerita aku mintak separuh dahulu... pun tak boleh... hmmm macam mana ni... Aku bertegas sikit tapi tak banyak sebab memikirkan anak kecil tue... Akhirnya dari satu minggu ke satu minggu, dia minta sampai 24 Feb. Adush... aku pun telefon kakak sedara yang sama tempat kerja dengan suaminya. Tanya pasal bonus kilang dia dan macam2 lagi. Katanya gaji 25.. hmmm macam mana nie...

Hari nie 24 hb. Kak Sal dah tepon aku gitau gaji dah masuk so pergi collect sewa segera. Hmmm malam ni dengan cergas akan panjat tangga rumah untuk amik sewa okay. Berapa ratus lah dapat. Tak mungkin 3 bulan terus sbb aku pun rasa mungkin 2 jek... or sebulan setengah. Apapun bila jadi tuan rumah kita tak boleh terlampau berlembut dan terlampau berkeras.

Adakah aku berlembut? Tak juga. Adakah aku berkeras? Pun tidak. Apapun malam nie aku dan suami akan ke rumah sewa untuk kutip sewa. Wahh rasa macam zaman dulu2 plak. Nak buat macam mana, dia memang tak suka masukkan dalam bank. So terpaksa pergi sendiri.... Yang penting dibayar... sebab kalau tak bayar parahlah saya...

P/s: Sila keluarkan resit rasmi yerk untuk pembayaran kali ini.

No comments: