Thursday, February 23, 2012

Kisah Mengidam Saya-Kue Tiaw

Hmmm dah 28 weeks... Apa yang pelik so far. Portion makan tak le banyak. Sbb bila pregnant perut akan jadi lebih kecik. Tapi keinginan untuk makan memang kuat. Sumer nak diterai... Dari kecik sampai besar aku memang tak makan kue tiaw or char kue tiaw so tak peliklah kalau aku tak tau masak. Kalau mak masak sarapan pagi mesti dia kene buat dua set sarapan sbb anak dia yang sulung dan yang ketiga mesti tak makan. Sentuh pun tak.

Masa zaman universiti, ramai kengkawan usik. Nanti suami kau feveret dia ke tiaw habis lah.... akak dengan konfiden biarlah dia makan tapi nak suruh aku masak.... sori ye bang... order kat kedai tau... Apa nikmatnya kue tiaw ek.... Sampai sekarang bila tgok mesti tekak aku kembang. Walaupun aku tak terai walaupun sesudu.

Aku ingat ada sekali mak mertua aku masak kue tiaw tok sarapan, (time mula2 kahwin duduk dengan mertua) dengan innocent aku cakap aku tak makan. Dia of cos terkejut..Sbb anak dia memang feveret kue tiaw. Tak pe boleh je abang nak makan tapi cuma saya yang tak makan. No hard feeling pon kalau orang nak makan depan aku. Tapi please no hard feeling also if aku tak sentuh langsung tau...

Entah macam mana, secara tiba2 bila masuk 6 bulan... aku bernafsu nak makan kue tiaw. OMG apakah. Adakah baby dalam perut ni yang meminta. Dengan selamba lepak kat JUARA CHAR KUE TIAW dan order kuetiaw special lagik.... aku memang tak tau rasa apa tapi tgok orang makan macam sedap. Sedap ke untuk orang yang tak pernah makan dan kalau makan mesti muntah macam aku nie. Tapi sbb baby mungkin nak rasa aku selamba je dengan Bismillah... Tekak aku rasa takut nak makan sbb kang muntah plak kat kedai tue malu den.... Boleh masuk... satu, dua dan tiga sudu dah masuk. Tapi malang nya bila tinggal suku aku dah tak boleh pergi... Otomatik kuar balik walaupun masih boleh isi lagi perut nie.... Tak pelah at least dapat baby rasa....Yang dah masuk sebelum tue tak muntah plak...

AKu tanya kak long aku.... pergh.... dia pun mengalami simtom yang sama iaitu mengidam kue tiaw ketika mengandung dan allegic balik bila dah bersalin... wakakaka.. so baru ku tahu....

Skang mengidam kue tiaw mak saya... omg... dah lah dulu mak masak tak mo makan....

No comments: