Saturday, February 11, 2012

Orang Memang akan Sentiasa Tak Puas Hati.....

Hmmm aku rasa perumpaan ini betul
Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI... - semua orang tak suka bila kita jahat. Allah tak suka orang pun tak suka..

Bila jadi baik, ORANG MELUAT... - mesti ramai kata bajetlah, berlakonlah dan memacam lagi tapi jgn jadi penat untuk berbuat baik sbb kalau jadi orang baik memang susah. Kalau senang dah lama orang Yahudi jadi baik..

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM... - cuba kita tegur orang atau ditegur orang mesti jawapannya kau saper, suka hati aku dan bla2... so ubah mentaliti lepas nie bila ditegur. Terima kasih sbb igtkan saya..

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..." - beselah bila kita dengar orang buang anak sana sini, tapi bila kita nampak orang yang belum kahwin PDA lelebih kita diamkan ajer. Sibuk nak tgur orang yang dah kawin. So bagi yang dah kawin sila beri galakan macam ni kat couple yang PDA - Adik/abang, nampaknya anda dah berada dalam zon bahaya iaitu diwajibkan kahwin kerana kalau tak membolehkan sesuatu yang buruk berlaku. Lalalala...

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA... - time skolah kalau gi library, tak makan dalam kelas akulah yang mengatakan orang lain skema... tapi bila besar kene beratur bayar utang on time and everything baru aku faham mereka bukan skema tapi berperaturan...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN... - cuba buat tengok... ko gi bank tak beratur, datang kerja suka hati... bayar utang tak on time...


Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS... -biasalah kalau tgur orang lain kadang-kadang jadi tak bertegur berbulan-bulan dan bertahun-tahun walaupun teguran itu benar. So next time make it critical thinking bukan teguran nak menyedapkan lauk jer...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...-cakap bebaik tak mau dengar mau kene tempelak. Hmmm nasiblah. Tapi kurangkan kekasaran dalam kehidupan....

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...-cuba kita jumpa orang tgok wayang pakai baju kurung.... hmmm kurung kedah ke aper ke....aku memang tak suka orang kata macam nie

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..- yang bese kene orang perempuan... dan yang mengata pun perempuan... yang lelaki biasanya... tgok jer kot.... dia tak buat apa2 pon....

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....." -cuba ko tegur orang cara mereka layan anak, suami dan adik dengan baik.... mesti kene fire cenggini....  Walaupun kadang-kadang nasihat tue berguna...

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."- tapi kalau dah guna cara baik then boleh praktikkan cara nie...
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"... -boss aku pon tak suka aku tolong kerja orang lain.....
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..-hmmm ni berlaku time kenduri kot...
Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :- Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia

No comments: