Wednesday, September 22, 2010

8 P dari Dr. Siti Nurbaya dan Amalanku

Hmmm suka baca tips2 nie oleh tue kene amalkan.... meh kita tgok sket wether perlu diperbaharuai skill yang ada.

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Memang diamalkan sbb kita memang suka dipuji kalau dikritik kene membina bukan mengondem.... So far Alhamdulillah....

2. Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

Memang suka dihug ketat2... tgah tgok tv ker... bawak kereta ker... pagi nak pegi keje dan wajib bila balik keje....

3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Hadiah time yang sepatutnya ler... annivesary... tunang, kawin, couple .... walaupon kecik mesti dapat...

4. 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


Ini memang wajib.... Tapi buku belum baca lagik...

5.
P seterusnya mewakili 'persefahaman'

Alhamdulillah.... cuma kadang2 aku jer yang tak paham aper aku nak

6.
P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Masing2 kene sedar diri yang anda sudah berumah tangga jgn nak gedik. Gedik je ngan suami sniri.... Paling hebat pon dia kata u ni mengeletis ler... then terhegeh mintak cium....

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Hmm yang ini kurang.... So kene fikir2kan yerk....

8. Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ya Allah ikatkanlah kami dengan kasih sayang. Tingkatkanlah kesetiaan kami... Kurniakanlah kami cahaya mata. Sucikan lah kami dari dosa dan noda.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ial ah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Yang ini saya kene amalkann.... InsyaAllah....

No comments: