Thursday, September 29, 2011

3 Series and Still Not Married....

Hmm sejak akhir2 ni bayak aku tgok FB orang sentap sbb ditanya bila nak K. Kalau yang dah kawin tanya pada mereka yang dah nak dekat 3 series memang agak menyakitkan telinga... Semua orang ada masalah tersendiri untuk kawin dan bukan semua orang paham. Jadi bagi aku walaupun golongan ini belum kawin kita tak boleh nak hilangkan respek kt diaorang.

Kenapa mereka tak kawin itu hak mereka. Selagi tak mengacau laki orang, tunang orang atau boipren orang itu sudah cukup baik. Mereka boleh berdiri dengan kaki sendiri. Stop irritate them. Tapi kalau belum kawin tapi hubungan terlarang semua dihalalkan memang perlu ditegur.. walaupun kubur asing2 tapi bala datang terus bukan pada yang melakukan maksiat sahaja.

Ok skarang aku nak perjelas kenapa kadang2 mereka memang pilih untuk tak kawin buat sementara waktu... Tapi aku yakin masing2 akan punya pilihan akan datang....

1. NAK KUMPUL DUIT- betul time muda begini adalah masa untuk mengumpul dana dan segala harta. Walaupun orang selalu kata rezeki rumah tangga. Tapi kita tak boleh nak kawin semata2 mengharapkan rezeki sementara tidak berusaha. Jadi jgn pelik tgok pencapaian mereka yang single nie kadang kala diluar batas pemikiran... Bila orang yang kawin tgok pasti sttement alah ko x kawin lagi bolehlah... padahal bila mereka mengutarakan alasan mereka belum berkahwin mungkin kerana mengumpul harta mereka disekolahkan dengan alasan rezki selepas kahwin.

2. TAK SANGGUP BERKONGSI - Bukan kongsi suami atau pasangan tapi kongsi hidup. Suka duka, masalah, ibu bapa, tanggungjawab, duit, hutang dan macam2 lagi. Kita tak boleh fikir yang manis sahaja tanpa mengira apa yang tak manis... Benar kalau benar sayang atau cinta pasti sanggup. Tapi sejauh mana....Sanggup berteman kalau tahu pasangan berhutang keliling pinggang... Bagi yang menjadi anak harapan dan peneman ibu bapa pasti memilih untuk tidak berkongsi tanggungjawab ini kerana tahu betapa sukarnya untuk bertanggungjawab. Andai ada pasangan yang sanggup berkongsi tanggunjawab tersebut pasti mereka tidak berfikir.

3. PENTINGKAN DIRI - Bukan senang untuk menjaga anak orang... bukan senang untuk sudi dijaga oleh orang. Hati perasaan banyak orang perlu dijaga, mertua, ipar, adik beradik ibu bapa.... Nampak mudah tapi bukan mudah macam dalam drama sebenarnya.... Kadang2 hati dan perasaan sendiri menjadi mangsa... Mereka tak mahu menjadi mangsa jadi lebih baik mereka menjaga perasaan sendiri... So jangan salahkan mereka. Cerita yang selalu didengar.... semuanya menyakitkan telinga jadi......

4. ENJOY THE SINGLE LIFE - Benar selepas kahwin dan sebelum banyak perbezaan... KAlau sebelum kawin dulu balik kerja boleh tidur malam kalau lapar boleh makan megi atau roti. Tapi selepas kawin andai begitu pasti masalah besar akan timbul. Kalau dulu jalan kemana2 sendiri pasti tidak menjadi isu. Selepas kawin kalau pergi kenduri seorang diri mengundang syak wasangka walaupun sebenarnya pasangan bekerja. Pergi bercuti perlu berdua andai seorang diri pasti yang seorang lagi akan menjeruk hati....

5. SIMPLE AND STILL HAPPY - Hidup single ni simple. Kurang stress tapi happy. Hidup berkahwin banyak dugaan dan cabaran tapi bahagianya berbaloi. Sentiasa perlu berusaha untuk meningkatkan kebahagiaan.

No comments: