Monday, December 5, 2011

Outing with Baby and Daddy Part 2

Esok pagi lepas sarapan bersiap ke Cameron Highland. Semoga dipermudahkan perjalanan. Sejuk dan nak pergi toilet. Beselah ibu mengandungkan. Dalam hati berdoa supaya baby tak buat mama muntah. Mula2 skali stop kat Bee Farm sbb kete Kak Anne berasap. Hmm Sarah naik kete dengan kami. Memang banyak keletah. Bila dengar cerita dia, macam rasa kesian. Sabar dik skang memng sunyi. Aku nasihatkan supaya tak mudah menangis. Dan kene anggap orang besar nie macam budak kecik dan kita perlu hormat. So dia takkan rasa nak menangis je bila kene usik.Kata Sarah Mak Lang nie garang.  Memang pun

Aku belikan Sarah earplug. Mula2 memang malu dia nak pakai. Lepas aku pujuk, bagitau cantik, baru dia pakai. Semua orang puji dan usik yang kesejukan. Aku pon pinjam nak ambik gambar. Kak Lela mintak tumpang anak Kak Anne, hasilnya Ayuni dan Arisha duduk dengan aku.... Sampai butterfly farm. Hubby hulur RM 50 untuk tiket tapi kene rejek dengan Bang Bahrin. Aku pass kat Kak Lela, segan orangnya kami nie. Takpelah kami rasanya masih mampu so next time je nak blanja. Kalau Mak Cik Miah kesian juga sbb suaminya dah tak ada. Dia pula suri rumah dan jaga budak kecik sebagai pendapatan sampingan.

 Mula-mula nampak malu tapi lepas dah pakai memang sesuai....

 Mummy dan baby

 Baby Nisa

 Alisya dan Ayuni

 Anak jelmaan


 Hot couple
 Bekfast mahal.... Mak Bee jangan marah

Hubby and kembar Steve Job (kat belakang)

Jalan ke depan, Kak Anne tertinggal. Aku tergelak. Tapi sebab tunggu mereka, berenti makan strawberri yang Sarah belanja. Ces tak mau bagi sample. Nasib baik bawak budak comel, so dia terpaksa bagi juga. 3 peket RM 10. Hmm makan dengan nutella. Budak2 dan aku memang suka.

Bayangkan nak pukul 3 baru dapat makan tengahari. Prut memang dah nyanyi macam2 lagu. Sampai je makan terus bedal, tak sempat nak amik gambar ke segala bagai. Aku suruh sarah lepak sampai esok tapi sbb dia ada KUMON so tak bleh lah. Hmmm sian dia. Tapi memang dia nak lepak. Lepas makan, Kak Lela, Kak Anne dan Pajey dah bersiap nak balik. Sarah, hubby belikan baju tok dia. Hmm muka memang sedih tapi mungkin sbb dia dah pandai kawal emosi macam aku ajar, dia tak nangis pon.... Tapi memang nampak sedih. Aku dan hubby gerak ke hotel yang ktaorang nak cek in. Letih just wanna sleep please....

Esok kami bangun pagi dan pergi ke ladang teh selepas sarapan. Murah juga. Tak macam genting. Inilah pentingnya tiada monopoli. Ermm pemandangan memang cantik. NAsib baik mai awal dapat amik gambar sbb lepas setengah jam dah penuh.

Then amik gambar kat Bala. Penatnya. MAcam mana nak shooting. Tapi sbb datang sini lagi skali tak tau biler, Ikutkan saja....

Lepas cek out, pergi makan aiskrim strawberri then balik.... Argh... bestnya.... Hubby kata next time cuti lama sket...

No comments: