Wednesday, December 14, 2011

Target 2012 dan pencapaian 2012

Hmmm tak lama lagi tahun baru. Setiap tahun ada azam baru sempena tahun baru. Semoga kita sentiasa sedar bila semakin banyak azam kita buat sebenarnya semakin banyak umur kita. Apa yang dah tercapai tahun ni dan apa yang tak tercapai dan bagaimana untuk mencapaikan Azam itu.

Azam tahun 2011
1. Cahaya Mata sulung. Tak keluar lagi tahun ni so akan keluar tahun depan 2012 okay..
2. Sofa custom made - Bestnya bila tido kat sini...
3. Melancong bersama suami - Wahhh Cameron Highland. Just wish to have more days...
4. Melancong bersama keluarga - Hmmm tak tercapai tahun nie. Guys... kuching next year wokey...
5. Hutang rumah selesai - Cuma tinggal tukar nama letrik n air jer... Still january.
6. Sewakan rumah - Setel...
7. Zakat for hubby - Culas untuk 4 bulan, sila selesaikan bulan ni hokay.
8. Rajin masak breakfast - Pesal lah skang sejak pregnant tak rajin cuma makan malam je okay.
9. Selalu balik Melaka tgok orang tua - Alhamdulillah kesampaian kerajinan saya...
10. New IPO - Hmmm IPO tak dapat, saham bank rakyat jer. Sbb direjek. So far syukur jelah...
11. More saving - Alhamdulillah... cukup dan bertambah.
12. Kurangkan panggilan mak tiri - Arghhh macam mana nak buat dia sangat sayang pada saya....

Azam tahun 2012
Aku rasa aku perlu meletakkan azam untuk setaip bulan untuk melihat pencapaian atau target untuk mencapai azam baru tersebut baru boleh dilihat parameternya kelak.

1. Cahaya Mata sulong - InsyaAllah bulan April atau May 2012.
2. 6 bulan bayaran untuk rumah - Cuba bulan Februari 2012 untuk teknik pengurangan faedah.
3. Insuran hospital untuk diri saya - Target awal tahun juga Mayber March 2012.
4. RM 3000 untuk tabungan permata sulung - Setelah berusia 6 bulan, sbb dah boleh bukan akaun didik. So mari menabung untuk anak. Sebenarnya dulu bank persatuan tapi setelah delihat boleh penambahbaikan mari cuba akaun ASD pula. Permulaan RM 1000 dulu kemudian tambahan.
5. 20% Debt reduction - Wah 2012 hujung tahun December lihat hasilnya.
6. New IPO.... fishing around mungkin 2nd quarter.
7. Daftar haji - secepat mungkin.
8. 3 hari menu sarapan sendiri. Rasanya bila baby keluar mungkin berjaya.
9. Melancong bersama keluarga disertai dengan Dana yang diyakini - Semoga rancangan ke Sarawak berjaya.
10. Sedekah  di masjid dan surau - sekarang kene beli telekung banyak2. Target 12 tempat. Mari kita mulakan okay.
11. Kabinet pasang siap dapur - Hmm rasanya selepas bersalin baru boleh dapat sbb tak larat nak kemas nanti. Tapi mana tahu rezeki.
12. Tambahan Dana Modal - kalau diperlukan tak ada masalah rasanya.
13. Penambahan asset -hmmm kene berusaha lebih keras.
14. Penambahan simpanan - semoga berjaya.

Jadi sekarang... awal bulan perlu nyatakan azam saya then awal bulan depan kita lihat pencapaiannya.

1 comment:

Encik Hubby said...

Eh, tolong check Rimbunan Sawit ye