Monday, December 5, 2011

Outing with Dady and Baby - Part 1-Taiping

Hmm Minggu lepas aku ke Perak bersama suami untuk majlis perkahwinan Pais dan Intan. Wahhh mula2 takut juga nak bergerak jauh2. Dengan tak packing apa2 dan tido lewat dekat 2 pagi. Pagi Jumaat juga nak gerak pukul 7.30 pagi. Arghhh... Tapi sebab nak per Cameron juga digagahkan saja. Perancangan bercuti terawal sbb nak jimatkan bajet dan cuti. Kesian pula suami yang tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Aku pulak dah biasa tapi excited sbb nak ke perkampungan ala English style. Bala Chalet House. Nama memang tak commercial tapi tempat memang cozy.

Aku beritahu suami sampai ke Sungai Buloh biar aku yang drive sbb dia perlu simpan tenaga sampai ke Perak. Kaki dah mula sakit2. Urat dah mula bengkak. Habuan orang mengandung. Sabar yer mak buyung. Nasi baik di rumah Kak Lela ada sarapan, perut aku dah berlagu macam2... Roti dan air milo je jadi habuan dalam kereta tadi.

Perjalanan ke Perak memang penat, so aku tak banyak tido dalam perjalanan. Bantal2 dan toto dah bawak sbb takut bila ramai2 nanti tak cukup macam mana. Hotel di Ipoh masih belum lagi booking sbb tak tau mana yang dekat. Mana nak tido malam Ahad nie. Dalam kereta pon okay... Wargh...

Sampai Perak semua berkumpul di homestay. Aku dan hubby rasanya bakal tido ruang tamu sbb aircond dalam bilik pasti buat kaki aku merengkot. Menjelang petang kaki mula berdenyut. Urut dan gosok. Urat mula bengkak kata semua ibu2 yng pernah mengandung yang lain.

Dengan baby Nisa

Malam nikah, macam biasa pkai baju raya. Wah... pinggang dah ketat. Balkis dan Alia anak Kak Lela memang dah mekap awal2 lagi. Ada 3 lagi anak dara yang comel. Kawan Kak Lela. Tgah mekap2 berbual2 dengan Sarah. Budak ni banyak celotehnya, bercakap mesti nak menang. Bila dikenakan balik monyok panjang. Aku dan Ana cuma ketawa kisah bahan kimia yang tiada dalam makmal. Mak Cik pula kata macam water color barang mekap aku. Hmm suka2 jer, mahal2 hubby beli, bahan kimialah, water color lah. Haish... Pergi kesana, aku dikerumuini oleh banyak budak kecik. Tah kenapa. Agaknya sebab budak dalam perut nie kot. Kakak...panggil mereka. Bukan kakak, Autie. Dalam perut auntie nie ada baby tau. wah dah lama tak merasa panggilan nie. Adriana, Alysha dan Ayuni. Nak buat rambut seperti mereka, tapi aku mesti lemas sbb masuk dalam mata.

Amik gambar dengan pengantin sbb tok imam letak bantal nikah sebelah

Tok Imam dengan selamba letak bantal nikah sebelah aku. Berebut budak2 nak duduk. Lepas aku pujuk bagitau Mak Cu Intan nak duduk semua setuju bangun. "Mak Lang, bila Mak Cu Intan nak keluar, kenapa lambat?" tanya Balkis. "Mak cu Intan tengah pakai mekap, sbb tue lama. Mekap dia lawa. Tunggu tau"ujar ku. "Lawa macam nie ker"tanya Balkis sambil tangan ditunjukkan pada muka ku." Well memang kembang hati aku. "Tak bukan macam mak lang. Lagi lawa sangat. Macam princess"Kalau aku lebih lawa dari pengantin bahaya. Bila Intan keluar semua budak kecik kata wah...... Aku senyum bila tgok gelagat mereka.
Rupanya lepas majlis baru aku tahu yang Kak Lela, Kak Anne, ibu kepada budak2 comel tue pun nak ke Cameron cuma mereka tak bermalam. Esoknya apalagi terus pindah homestay lagi satu.

Lepas majlis esok, kami pergi makan Mee Udang Mak Jah. Besar sungguh udangnya. Adriana dan Ayuni nak ikut uncle dan auntie. Wah... baru jumpa auntie satu hari dah nak ikut usik Kak Anne. Sebab comel, cik hubby pon jatuh sayang. Kata Adriana, auntie ni macam orang KL. Statement yang memang tak boleh lupa. Kenapa tanya aku. sbb auntie nie pandai cakap, pandai mekap. Hahaha... orang kampung pun pandai.

Malam berehat sebab esok dah nak gerak ke Cameron Highland.

No comments: