Wednesday, October 5, 2011

Dendam - Tak perlu Dibalas.... Biar Allah Uruskan....

Rasa sakit hati dan tak puas hati masih bengkak dalam diri. Tapi kita harus akur "Dendam tak perlu dibalas. Keburukan yang dibuat pada kita akan dibalas oleh Allah. Kalau kita bernasib baik Allah akan memberi peluang untuk kita melihatnya" Hmm bila berlaku macam tue... kita pula akan terasa kasihan untuk dan terlupa semua sengketa. Muhasabah diri adalah yang paling penting.

Tapi sejak terjadi perkara itu. Aku mula menjauhkan diri. Itu adalah lebih baik. Aku mula mencari keserasian sendiri. Anak orang bukan anakku. Mungkin itu yang perlu aku sedar. Dan aku akan sentiasa mengingatkan itu semua pada diri ini.

*Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tapi bila orang tak suka baik jgn buat baik atau buat jahat... Buat tak tahu saja.

*Sayang jangan berlebihan - kadang-kala kemesraan dicemburui oleh orang lain. Hmm jadi kalau cemburu dah datang baik undur diri sahaja.

*Sebelum jaga hati orang baik jaga hati sendiri - Pentingkan hati sendiri kerasa jgn biarkan hati disakiti oleh orang lain. Hati yang sakit akan mengundang sakit yang lain.

*Maafkan orang lain - Walaupun berat bila kita sudah maafkan dia biar Allah yang uruskan hal apa yang dilakukan pada kita jadi jagan terus berdendam.

Langkah yang saya ambil untuk sekarang ialah:-

1. Mendiamkan diri kerana  diam adalah lebih baik...
2. Menjarakkan diri daripada keseluruhannya untuk mengelakkan hati disakiti....
3. Merenung dalam dasar hati yang sedih dan beristigfar....

Itu saja yang saya akan buat.

No comments: