Wednesday, November 23, 2011

Jerat Percintaan Miss Nasi Lemak - Tentang Dhia

Hmmm Soffiya dah habis. Skang Tentang Dhia. Layan jugak sbb tgok Nora Danish comel dalam tb tue. Hubby slalu tanya mak ayah orang melayu tapi dapat anak Pan Asian. Aku mesti gelak giler. Serius klakar. Hmm aku saun eleh yang u tue mak ayah orang melayu tapi mak u kata time u kuar dulu macam orang putih. Apa ada hal. Hehehehehe.

Okay skang aku pelik Dhia dah tak jadi kawin dengan cucu Tok Imam. Dia plak jual Nasi Lemak. Tolong mak dia la. Nak dijadikan citer, kalau dalam seremban ni ada ke orang jual Nasi Lemak cun macam tue. Dengan make up dan dress up macam nak pergi kenduri kawin. Wakaka... Tapi cerita punya pasal layankan saja. Aku gitau hubby, kalau ada awek jual nasi lemak cenggini, nasi lemak dia sold out dulu, regular customer dia mesti u. Dia senyum tanda setuju. Tapi realiti, orang jual nasi lemak mesti pakai tshirt dengan tracksuit. Wakakaka. Bagun pagi beb, mana ada masa nak makeup segala bagai.

Pagi nie aku gi keje ngan hubby. Amik Zaki kat rumah. Dan lalu tempat orang jual nasi lemak. Dan realitinya dalam sepuluh orang jual, tak ader sorang pon pakai lawa atau muka lawa atau lawa macam Dhia. Wooooo. aku pub gitau "Nilah realiti orang jual Nasi Lemak, kalau lawa macam Dhia mesti Nasi dah habis," mereka gelak sakan. Zaki turut setuju. I kalau beli datang dua kali, mula2 beli nasi lepas tue minta sambal sbb tak cukup. Haiii lelaki oh lelaki.... Agaknya manalah ada orang jual nasi lemak cun macam Dhia.

Tapi pertikaian pesal Dhia tak sambung belajar susah aku nak jawab. Mungkin sbb dia tak pandai dan mung Allah tu Adil. Sebab muka baik dan hati dia baik jadi kepandaian adalah subjektif untuk dia. Cita2 dia nak kawin anak tok imam okay bukan nak keje glamor. Lagipun diakan ajar mengaji. Aku saun suami, amboi pandai nak yang pandai dan cantik jer... aka macam saya.... Dia kata kalau tak berapa pandai susah gak nak masuk. Eceh... yelah orang belajar tinggilah konon..

So hati2 kalau hubby korang rajin beli sarapan sbb mesti awek yang jual lawa macam Dhia. Tapi sekadar beli sarapan dan menyedari cantiknya ciptaan Tuhan takpe. Jgn lebih dari itu sudah. Lelaki ni jgn disekat kalau setakat nak tgok sbb nanti mesti jadi benda lain. Kalau aku yang jual Nasi Lemak ensem macam Aaron Aziz mahu aku tersidai pagi2... Ops...


No comments: