Saturday, November 19, 2011

Wahai Sahabat Jangan Cepat Mengalah....

Daripada syak wasangka lebih baik bertanya untuk mengelakkan fitnah. Jangan cakap belakang, itu prinsipku. Perit didengar dan pahit untuk ditelan. Akhirnya dengan pengakuan jujur dari sahabatku, segalanya terjawab kerana kini statusnya sudah 3 bulan sendiri setelah hampir 4 tahun melayar alam perkahwinan. Meskipun terkejut, sebagai seorang kawan, aku tetap berada dibelakang sbb waktu begini kita akan tahu siapa kawan di masa susah dan senang. 

Puncanya... hmm seperti yang aku teka cuma 3 kemungkinan 1. masalah anak kerana mereka belum punyai cahaya mata tapi masih muda. 2.orang ke3 3.wang. Jawapan ke3 adalah yang tepat. Dia menceritakan keadaan sebenar bagaimana pasangan yang tidak mahu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Aku memberi pandangan, kalau kita kaya raya perkara itu tak menjadi masalah. Malangnya, kita cuma wanita biasa bukan Dato Siti Nurhaliza yang kaya raya. Apapun kau perlu kuat setelah memegang status J. Pintanya jgan beritahu sesiapa, tapi aku beritahu suamiku perlu tahu kerana beberapa kes terserempak perlu diterangkan.

Sewaktu bersama pahitnya lain, sewaktu berpisah pahitnya lain, seperti yang aku kata, kalau kita ni kaya, semua itu tak menjadi masalah. Aku suruh dia sabar dan hati2 sbb dengan status baru, pasti ramai lelaki yang berhidung belang berbanding yang jujur memandangkan kategori kita ni wanita yang lawa. Semangat perlu diberikan. Bagaimana peluang ke2? Katanya akan dipertimbangkan sekiranya ada perubahan pada bekas pasangan. Tapi kalau tak berubah juga lebih baik membawa haluan yang jelas untuk diri sendiri.

Menurutnya, sekiranya perpisahan berlaku, pasti perempuan dipersalahkan.
-Tidak punyai anak - perempuan tak boleh beranak
-Punyai wanita lain - perempuan tak pandai jaga
-Punyai lelaki lain - perempuan yang gatal
-Wang - perempuan terlalu berkira
-Malas- perempuan tak bagi motivasi


Pendek kata setiap kegagalan disandarkan atas perempuan. Hmm sungguh tak adil judgment ini.

No comments: