Thursday, November 24, 2011

Realiti yang Sebenar - Part 1

Hmmm ramai orang selalu kata kete tu asset tapi sebenarnya tak kete adalah liability sbb tibe kalau waris mati kete tak akan dapat free tapi akan ditarik kalau tak bayar. Melainkan dapat kete ansuran mudah macam aku dapat dari mak aku walaupun tak comel tapi suka ati aku nak bayar biler sampai dah berapa lama baru aku sedar dah habis bayar. Ramai juga kata rumah tu asset, ye tapi kalau kita dapat rumah free ataupun kita duduk rumah free macam rumah pusaka atau rumah sewa percuma (hush... untunglah customer aku nie 7 tahun tak payah bayar paper kecuali cukai tanah dan pintu) dan tiap2 bulan dapat sewa atau rumah kita sewakan dan cashflownya positif (alah baru ader 2 bijik nak lagi 3 sbb lepas tu kene pergi tanah suci dulu)   ataupun rumah tu kita boleh dapatkan keuntungan.

So kalau tak beli kete cane nak gi keje cari duit so nak keje kene melabur kepada liabiliti ini. Caner plak kalau tak beli rumah tapi tetiap bulan kene sewa macam rugi jer. Tetiba nanti ada orang tak bagi saya duduk rumah sbb dia nak jual mana saya nak duduk. Atau saya tumpang rumah sedara mara bayar memang sederhana tapi lama2 rumah nie jadi rumah dia. So sebenarnya rumah yang kita duduk adalah masih liabiliti selagi kita tak jadikan orang bayarkan rumah untuk kita sebenarnya. Aku ada satu sbb buat masa sekarang aku bayar dan duduk dengan suami, nak sewakan bilik kosong En. suami tak bagi sbb nanti tak pasal2 rumah dia menjadi sasaran. Lagipun dia selalu memakai pakaian yan seksi, dan aku plak... hmmm mini skirt so sangat2 bahaya. Rumah sendiri takpelah. Bila orang ketuk pintu sila lari dengan memakai pakaian yang sedap mata memandang bukan sedap nafsu memandang..

Agak2 kalau kita beli rumah lagi tinggi dari sewa rumah macam mana. Alah kalau seratus tu okeyah. Tapi kalau 2 kali ganda amacam.  Aku ingat dulu sewa Forest Heights RM400 then tiap bulan aku cuma bayar 60 jer. Hehehehe yang lain housemate tolong bayarkan. Itulah rahsia perabot aku banyak sbb aku beli pakai duit rolling orang sewa padahal bukan rumah aku. Macam2 dapat. TV, Video, mesin basuh, tilam, boleh kata hampir 2 lori barang2 cash and carry. Then duduk umah mertua dengan hubby... still tak bayar sbb umah mak dia takkan nak bayar bilik sewa kang kene luku ngan hubby aku sambil dia tanya u dah kenapa.... Tapi sbb duduk 3 bulan je kot... Time dah kawin dia kene uruskan. Pandai dialah. Then umah apartment. Byar 3x ganda dari bilik sewa mula 180 je kot then aku bayar lebih dalam 250 sbb nak cepat habis bayar. So what happen then. Tak sampai setahun, aku pindah lagi rumah teres bayar dua kali ganda RM 550 sebulan, tapi sbb rumah-rumah sewa boleh bagi income, aku cumpa bayar RM250 gak so tak le terbeban. Itu strategi aku.

Camner pulak orang yang gaji ciput lepas sewa rumah katalah amik rumah sewaku RM350 then pergi beli rumah baru harga RM 150k termasuk insuran, katalah interest 4%( nie bergantung pada KPA, kalau naik, then naiklah), then bulan nak bayar RM 750. Amboi lazatnya. Setahun dah RM 9000 tu habis. Belum masuk cukai segala bagai lagi. Tiap2 bulan2 kalau tak mampu bayar sewa rumah boleh lah pinjam mak n ayah atau minta tambahkan kalau tak cukup. Itu kalau mereka bagi dan hidup lagi dan muka tak berapa nak malu. Tapi kita kene berdikari dan jaga maruah suami, takkan nak mintak kat mak aku lagi walaupun dia banyak duit. Sepatutunya aku yang bagi dia duit, bukannya aku suruh dia tampung hidup aku, hish malu sey, maruah suami kene jaga. Kalau tak, baik letak muka kat dalam toilet bowl nanti. Nasib baik aku tak amik rumah harga nie, walaupun dah bayar booking, kira pandai juga perancangan aku nie.

Nak pindah rumah hakikatnya kene lagi keluar duit, ko ingat duit lampu, kipas, lori, dan segala bagai free ke. Belum masuk kabinet Itali aku yang dari sekarang tak sampai sbb kapal dah kene samun dengan Pirate Somalia. Hahahaha... Itali sangat... Takpelah sbb aku rajin masak suami dah buat kabinet khas monier dan hardware pon oklah. I am very sempoi tak kisah pon, still aku boleh masak jugak. Open house aku masak tok almost 100 orang lagi. Habis jer. Kira sedaplah tue. Sbb aku tgok ada yang bertambah makanan 2-3 kali. Wakakaka.Sila sediakan duit paling ciput pon RM 5000 melainkan kalau nak open concept macam Putrajaya tak payah pasang grill so RM 700 pon cukup tok kipas lampu. Lori aku je sorang boleh dapat RM100 siap dengan  3 orang pekerja. Ko pergi tempat lain lazat kau kene RM 500 minima. Haish.....

Mana nak cekau lagi lebihan RM 400 sebulan tue tolong citer sikit kalau perbelanjaan pon deficit. MLM ke... sowi aku follower SNTMLM. Kalau terus potong gaji berapa yang tinggal. Tak sampai seratus. Adeh.... skang tak pening dah star besok time rumah siap you better watch out. Time tue sebenarnya barulah tahu langit tinggi ke rendah. Hmmm pa lagi makan kangkung jelah. Sedap juga. Sbb megi pon dah mahal.... Mungkin sbb tue ramai orang kata barang mahal gaji tak cukup dan segala bagai. Realitnya kita pon tau mana duitnya.

Gaji RM 2200 - realiti majoriti gaji zaman sekarang. Bukan gaji aku okay... kalau banyak nie memang tak layak jer pakai GOLD CARD hehehe.... thanks to Public Bank dan Hong Leong Bank... saper nak tahu gaji aku sila sediakan geran tanah kalau ader. Now I know what they always offer me loan. Kat bawah sample tapi bukan hutang aku atau utang hubby aku. Sbb hutang aku memang ada kat notis board dalam rumah aku. Hubby pon sama. Tapi yang pasti aku tak ader utang keter - dha habis kete nama aku tak der sapaer nak tarik kalau tak bayar, utang umah-ada orang sewa so tak bayar juga, utang kahwin-cash okay hasil simpanan bertahun2 then habisnya untuk tak sampai setahun sebb tue kene kumpul duit bila nak kawin, utang peribadi-alah murah dari installment kete kancil... patutlah bank asik tefon suruh aku amik banyak sket. manyak cantik bank  ko.

-Rumah - RM 750 - (kalau pandai sila berguru macam mana nak jadikan half macam hubby dan free macam saya. kalau tk pandai sila pandai membodek mak untuk topup sket, kalau malu sila makan kangkung macam arnab)
-Bil api dan air untuk 2 orang - RM 50 (nak lagi jimat potong terus)
-Astro - RM90 (nasib baik aku tak ader tapi tahun depan kene ader arghhh delay rumah baru yer kanda...)
-Internet - RM79 (ces ni semua hubby punya godaan please cari side income nak bayar yerk)
-Handphone - RM100 (ada elaun)
-Makan - RM 160 (tapau jer, kalau malas nak tapau macam aku syukur Alhamdulillah... sila allocate RM6-8 sehari okay)
-Keter - RM 250 kancil murah
-Minyak kete - RM 200 kalau tak berjalan atau kaki ayam senanglah...
-Hutang peribadi- RM500 (courts mammoth, hantaran kawin, duit majlis kahwin, joli honeymoon, iphone, kabinet itali, raya aidilfitri, renovate rumah dan apa2 yang orang suka amik tapi tak bayar cash dan pinjam kat bank)
-Kredit kad - Letaklah angka sendiri

Akhirnya hanya tinggal RM 111. Wahhhh good number.... Semanis kurma kan2..... itu belum masuk elaun dapur, susu anak, baby sitter, emergency, tgok wayang, shopping dan macam2 lagi. Kalau anak sekolah, tuition dan sebagainya. Jadi pakah penyelesaiannya.... See u in part 2..... 

No comments: