Sunday, October 30, 2011

Kalau Hati Kita baik Kita Memang Baik

Semoga anda dapat mengambil iktibar daripada apa yang dikatakan.

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…Al-Hadits

Renunglah kata-kata Guru saya sebagai pedoman hidup anda:

Orang yang mempunyai karomah di MULUTnya, apa yang dia perkatakan akan menjadi kenyataan. Tetapi orang yang MULUTnya masih kotor : suka berbohong, mengumpat, mencaci, menghina, mengutuk, merendahkan orang, suka berdebat, banyak cakap, banyak ketawa dan menyakiti hati orang, TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan. Kalau orang yang MULUTnya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Orang yang mempunyai karomah di FIKIRANnya, apa yang dia fikirkan menjadi kenyataan.Tetapi orang yang FIKIRANnya masih kotor : suka memfitnah, membuka rahsia dan aib orang, mengadu domba, menipu, mereka cerita, menjatuhkan orang lain, ingin menang sendiri TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan. Kalau orang yang FIKIRANnya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Orang yang mempunyai karomah di HATInya, apa yang dia inginkan akan menjadi kenyataan.Tetapi orang yang HATInya masih kotor :suka marah, benci membenci, dendam, irihati, sombong, angkuh, suka dipuji, cinta dunia, cinta pangkat TIDAK MUNGKIN MEMILIKI karomah.

Dunia ini sudah banyak kerosakan.Kalau orang yang HATInya kotor mempunyai karomah, akan bertambah kacaulah kehidupan di bumi ini.

Fii Sabilil Haq, Fastabiqul Khairaat.

(Dipetik dari Anugerah Agung Spiritual Development Centre)

No comments: